Adakah ayat dalam Bahasa Melayu sama maksud dengan ayat tulisan Jawi? Gollll! Menangi hadiah eksklusif ini dengan Pakej Advance MaxCheck! * Tertakluk pada Terma & Syarat. Satu (1) cabutan bertuah bagi setiap pembelian pakej Advance MaxCheck. Tawaran sah sementara stok masih ada. Gوللل مآناgي هادياه آكسكلوسيف يني دآنgان باكآج ادفانثآ ماخشآثك! طآرتاكلوك بادا تآرما دان سيارات. صاتو (أ) ثابوتان بآرتواه باgي سآتياب بآمبآليان باكآج ادفانثآ ماخشآثك. طاواران ساه سآمتارا ستوثك ماسيه ادا | Lihat Lampiran. | Ejaan | 31.03.2014 |
Saya kurang pasti untuk menulis ayat berikut. Adakah saya tulis ini adalah betul seperti berikut: 1. Diluluskan cuti rehat selama satu (1) hari sahaja. 2. Diluluskan cuti tanpa gaji selama empat belas (14) hari. 3. Diluluskan cuti tanpa rekod selama tujuh (7) sahaja. 4. Diluluskan cuti separuh gaji selama sepuluh (10) hari. | Dalam penulisan teks, nombor satu hingga Sembilan dieja penuh dan nombor 10 ke atas ditulis nombor. Ayat yang betul ialah: 1. Diluluskan cuti rehat selama satu (1) hari sahaja. 2. Diluluskan cuti tanpa gaji selama 14 hari. 3. Diluluskan cuti tanpa rekod selama tujuh (7) sahaja. 4. Diluluskan cuti separuh gaji selama 10 hari. Nombor satu hingga Sembilan boleh dieja penuh dan di ikuti dengan nombor dalam kurungan. | Tatabahasa | 02.04.2014 |
Assalamualaikum, ayat ini lebih sesuai digolong dalam kata kerja yang mana satu? 1)...'mencetuskan' kontroversi. 2) mitos 'melampaui' fakta sejarah. 3) filem ini 'mengelirukan' kerana merujuk kerajaan... 4) sikap 'berfikiran' kuno 5) Siam 'mengambil' masa 6) 'mempersiapkan' pertahanan 7) tidak mahu 'menerima' kebenaran sy agak keliru antara kk transitif aktif & kk tak transitif berpelengkap | 1. Mencetuskan kontroversi - Kata kerja aktif transitif. 2. Melampui fakta sejarah - Kata kerja aktif transitif. 3. Mengelirukan ... - Kata kerja aktif transitif. 4. Berfikiran kuno - Kata kerja tak transitif berpelengkap. 5. Mengambil masa - Kata kerja aktif transitif. 6. Mempersiapkan pertahanan - Kata kerja aktif transitif. 7. Menerima kebenaran - Kata kerja aktif transitif. Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap mesti diikuti pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap ini hendaklah dibezakan daripada objek atau penyambut, kerana objek atau penyambut hanya hadir selepas kata kerja transitif aktif dan boleh mengalami proses pasif. Pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan maksud ayat. Ayat dengan kata kerja aktif tak transitif yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan. Untuk lebih memahami tajuk tersebut lihat penerangan dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 145. Untuk menguasai jenis kata kerja, sila rujuk tajuk pembentukan kata kerja kerana setiap subtajuk di bawahnya diterangkan jenis kata kerja yang terbentuk daripada proses tersebut. | Tatabahasa | 24.03.2012 |
Apakah cara penulisan nombor dalam ayat BM. Biasanya saya menulis " satu (1) kertas kerja", " dua puluh (20) kertas kerja". Penulisan Bahasa Inggeris ada peraturan bagaimana untuk menulis nombor 0-9 dan nombor dua digit contohnya, "I bought eight candy bars from the vending machine. I average eating 29 candy bars per month." Terima kasih. | Dalam penulisan teks, nombor satu hingga sembilan dieja penuh dan nombor 10 ke atas ditulis nombor. Frasa yang betul ialah "satu kertas kerja", " 20 kertas kerja". | Tatabahasa | 04.03.2015 |
Dalam ayat, penggunaan nombor satu (1) hingga sembilan (9) dieja penuh,iaitu satu, dua hingga sembilan. bagaiman pula dalam ayat matematik? contoh: Situasi berikut menunjukkan satu contoh kegunaan pecahan dalam kehidupan seharian. 3 orang sahabat berkongsi secara adil 1 biji kek. ‘Satu pertiga’ ditulis sebagai, 1 mewakili bahagian yang diberi kepada setiap orang. 3 mewakili bahagian yang sama rata daripada keseluruhan kek. tq | Dalam ayat nombor satu hingga sembilan dieja sepenuhnya. Walau bagaimanapun peraturan ini ditekankan dalam ayat matematik. Ayat matematik ditulis unitnya (1, 2 dan seterusnya) agar tidak mengelirukan pembaca/pelajar. | Tatabahasa | 26.01.2011 |
Adakah betul ayat berikut : 1. "Tidak berapa lama kemudian....." : penggunaan berapa 2. "Mohon dibetulkan @ Mohon diperbetul @ Mohon diperbetulkan". Terima kasih. | 1. Penggunaan "berapa" dalam ayat satu (1) betul. 2. Mohon betulkan | Tatabahasa | 03.09.2015 |
Salam sejahtera, Tuan/puan, Sila nyatakan yang mana betul. 1. satu per satu 2. satu persatu Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah satu per satu. | Ejaan | 28.05.2012 |
Yang manakah betul? A1. Bukan semua kata ganda mempunyai sempang. A2. Tidak semua kata ganda mempunyai sempang. B1. Satu per satu. B2. Satu persatu. C1. Dua per tiga. C2. Dua pertiga. | 1. Kata nafi yang betul ialah bukan. Bukan semua ganda mempunyai sempang. 2. Ejaan yang betul ialah satu per satu (bermaksud satu demi satu), satu perdua, satu pertiga, satu perempat dan satu perlima bermaksud satu bahagian daripada jumlah dua bahagian, tiga bahagian, empat bahagian dan lima bahagian. | Tatabahasa | 26.09.2013 |
Selamat sejahtera tuan/puan. Mohon pertolongan tuan/puan untuk menyatakan pilihan jawapan yang tepat berdasarkan pilihan jawapan di bawah. 1.a)Satu kilogram setengah ATAU satu setengah kilogram? b)Satu jam setengah ATAU satu setengah jam? c)Satu meter setengah ATAU satu setengah meter? 2.a)Lagenda ATAU legenda? Terima kasih tuan/puan. Maaf untuk mengganggu. | Menurut data kami, rangkai kata yang betul ialah i. satu setengah kilogram ii. satu setengah jam iii. satu setengah meter. Ejaan yang betul ialah legenda. | Lain-lain | 19.03.2019 |
yang manakah betul: 1)1.23 (tanpa peratus) - satu perpuluhan dua tiga atau satu perpuluhan dua puluh tiga tk. | Saudara, Yang betul ialah satu perpuluhan dua tiga. | Lain-lain | 06.10.2010 |