| perkataan english 'feacal', 'fecal' dan 'feces', apakah perkataan bahasa melayu paling tepat untuk menterjemahkan setiap satu nya? mengapa tidak dijadikan sebagai salah satu bahasa melayu terutamanya perkataan 'faecal'? | Ketiga-tiga kata yang diberikan mempunyai makna yang sama,iaitu tahi atau tinja. | Makna | 24.01.2008 |
| Salam sejahtera. Saya ada satu kemusykilan mengenai perkataan -nya. Kenapakah buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 3 muka surat 38 ada penggunaan nya yang merujuk kepada perkara? Ayat itu berbunyi begini, Hal ini bukanlah suasana yang baharu kerana beberapa buah sekolah di luar negara telah mengamalkannya. | Ada tiga fungsi "-nya", iaitu sebagai kata ganti nama diri orang ketiga, penegas dan pembenda. Perkataan "-nya" dalam konteks ayat tersebut berfungsi sebagai penegas. | Tatabahasa | 06.05.2022 |
| Kekeliruante tentang penggunaan Penanda Wacana yang kerap digabungkan dengan kata ganti nama 'nya', sedangkan 'nya' membawa maksud dia iaitu ganti nama diri ketiga. Contoh-contoh yang saya dapat melalui bahan taklimat pihak Kementerian Pelajaran iaitu, Seterusnya, Tamsilnya, Misalnya, Contohnya, Kesannya, Akhirnya, Natijahnya, Tegasnya, Sesungguhnya, Akibatnya dan Secara keseluruhannya. Bukankah penggunaan ini merupakan satu bentuk kesalahan umum dalam tatabahasa ? Sekian, terima kasih. | Puan Allison, Fungsi 'nya' dalam perkataan tersebut adalah sebagai kata pembenda. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 15.05.2010 |
| INGIN MENGETAHUI MENGENAI EJAAN YANG BETUL.. Kurnianya, Kurnia-Nya, atau KurniaNya. yang mana satu betul penggunaannay. Sebagai contoh Bersyukur ke hadrat Allah SWT, dengan limpah dan Kurnia-Nya | Ejaan yang betul ialah kurnia-Nya. Kata ganti nama yang merujuk Allah seperti -Nya dan -Mu hendaklah ditulis dengan huruf besar dan didahului tanda sempang. | Ejaan | 04.04.2012 |
| Mana satu yang betul? - gambar 'selfie'nya - gambar 'selfie'-nya | Perkataan tersebut tiada dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 03.11.2015 |
| Jika "nya" ialah kata ganti nama diri ke-3, apakah fungsi "nya" dalam ayat "Keterangan alat ialah unsur yang menerangkan perkakas atau benda yang digunakan yang bentukNYA terdiri daripada frasa sendi nama. Kata sendi namaNYA ialah dengan". Ayat ini dipetik daripada Tatabahasa Dewan Edisi ke-3. | Kata ganti nama diri orang ketiga –nya digunakan untuk merujuk manusia. Selain itu, dalam bahasa Melayu terdapat satu bentuk pascakata yang hadir selepas perkataan. Bentuk itu ialah –nya yang berfungsi sebagai penekan atau pembenda. Kata penekan ialah bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama. Oleh itu, fungsi –nya dalam ayat pertama ialah kata penekan dan ayat kedua ialah kata pembenda. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2013), halaman 104 dan 295-296. | Tatabahasa | 06.12.2025 |
| assalamualaikum. soalan saya, Kata ganti diri ketiga untuk tuhan iaitu '-Nya' dieja dengan tanda sengkang atau tidak? Yang mana satu betul: Allah dan Rasul-Nya atau Allah dan RasulNya dan apakah sebab-sebabnya? | Apabila huruf kecil ditulis bersama-sama dengan huruf besar, tanda sempang digunakan seperti dalam perkataan Allah dan Rasul-Nya. | Ejaan | 07.04.2008 |
| 1. Salah satu kata tugas ialah kata pembenda. Tolong jelaskan maksud "kata pembenda" ( seperti lajunya, sakitnya, baiknya ). 2. Apakah definisi lengkap "kata majmuk" ? 3. Adakah "kata" dan "perkataan" merujuk kepada makna yang sama ? | 1. Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama misalnya lajunya, sakitnya, lantangnya. 2. kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut. 3. Kata dan perkataan merujuk makna yang sama. | Tatabahasa | 09.04.2009 |
| 1)Diperkenalkannya imbuhan Ke pascakata sebab ade nya..kalau merupakan imbuhan apitan di-kan...nya bertindak sebagai apa 2)kebergantungan..imbuhan awalan apa?ke ade dua imbuahan awalan.. 3)pertama adakah kata tugas..persoalannya boleh kah menjadi imbuhan awalan per+tama | 1. Imbuhan dipeR- ...-kan ialah apitan yang membentuk kata kerja pasif transitif, contoh ayat: Dasar Wanita diperkenalkan untuk membantu kaum wanita. "Nya" ialah kata ganti nama diri orang ketiga. 2. Mengambil contoh perkataan "kebergantungan", terbit daripada akar kata gantung, mendapat awalan beR- menjadi berguna dan menerima pula apitan ke-...-an. Dalam bahasa Melayu, tidak wujud apitan kebeR-...-an untuk menghasilkan bentuk kata seperti kebergantungan. 3. Kata tugas ialah unit yang tidak dapat berdiri sendiri yang memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Fungsinya sebagai penghubung, penerang, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, dan pemeri. Contoh : dan, atau, wah, sila, maka, akan, sangat, pun, dan ialah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 91 - 93. | Tatabahasa | 07.08.2018 |
| Assalam 1. Adakah -nya dan -lah tersenarai sebagai kata imbuhan akhiran? 2. Mengapakah perkataan memperolehi tidak betul sedangkaan perkataan membaiki betul ? Terima kasih. | 1. Fungsi 'nya' ialah sebagai kata pembenda dan penekan selain bertindak sebagai kata ganti nama diri ketiga. Kata penegas atau partikel memberi penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat, iaitu -kah, -tah dan -lah. 2. Awalan memper- juga awalan pembentuk kata kerja yang wujud hanya dalam satu bentuk, iaitu memper-. Dalam bahasa Melayu bentuk ini biasa juga dirujuk sebagai hanya awalan per-. Namun demikian, dalam ayat aktif, per- tidak boleh wujud tanpa awalan men- kecuali dalam ayat perintah. Bentuk ini berubah menjadi diper- dalam ayat pasif seperti memperoleh. Awalan memper- dapat bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata tugas. Contohnya; alat - memperalat, daya - memperdaya (kata nama). Kata adjektif; luas - memperluas, tinggi- mempertinggi. Oleh- memperoleh. Kata tugas yang terdiri daripada kata sendi nama. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 177-178.
| Tatabahasa | 07.01.2014 |