Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata satukan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mahu tanya, mana satukan yang betul?: pernyataan evidens atau penyataan evidensFrasa yang betul ialah pernyataan keterangan.Tatabahasa13.06.2013
Soalan : Nasi yang dimasak oleh kakak _______ kerana apinya kuat. Yang mana satukan jawapan yang paling tepat untuk soalan di atas. a) Hangit b) HangusNasi yang dimasak oleh kakakĀ hangus kerana apinya kuat. Sila rujuk makna perkataan hangit dan hangus dalam kamus untuk membezakan makna antara kedua-duanya.Tatabahasa20.07.2012
Salam DBP, Mohon nasihat bagi pilihan ayat yang lebih tepat: - Gabungkan semua pinjaman anda dan ringankan komitmen bulanan. atau - Satukan semua pinjaman anda dan ringankan komitmen bulanan. - Servis perbankan ke muka pintu atau - Servis perbankan di muka pintu Terima kasihAyat yang sesuai ialah gabungkan semua pinjaman anda dan ringankan komitmen bulanan. Frasa "servis perbankan ke muka pintu atau servis perbankan di muka pintu" betul dan penggunaan frasa tersebut bergantung pada maksud sesuatu itu begerak atau tidak. Sebagai contoh, kata sendi nama ke digunakan untuk sesuatu yang masih bergerak iaitu "Untuk pergi ke Kundasang, pengunjung perlu melalui perjalanan yang agak mencabar dari Kota Kinabalu". Kata sendi nama di pula digunakan untuk maksud sesuatu itu telah tidak bergerak lagi iaitu "Untuk tiba di Kundasang, pengunjung perlu melalui perjalanan yang agak mencabar dari Kota Kinabalu".

Lain-lain31.12.2015
Raja Shafril Mizan SAT 07:41 Saya ingin tahu kegunaan perkataan "kau" dalam ayat. Contohnya: Hutang itu sudah kau bayar ? Atau Hutang itu sudah kaubayar? Perkataan "kau" perlu di satukan atau dijarakan? Mohon penjelasan Sekian Terima KasihKata ganti nama kau ditulis serangkai dengan kata yang mengikutinya. Cara penulisan yang betul bagi pertanyaan anda ialah kaubayar.Tatabahasa15.04.2017
Assalamualaikum Tuan, Saya Sakinah dari Kolej Komuniti Pasir Salak, Perak. Saya hendak bertanya tentang penggunaan istilah yang betul. Kami kolej komuniti ada lebih 86 di seluruh Malaysia. Kemudian, untuk sebarang program, kita akan bahagikan ikut negeri. Contohnya di Perak ada 13 buah kolej. Maka, kita satukan program atas nama Wilayah Perak. Contohnya, "Konvensyen Penyelidikan Kolej Komuniti Wilayah Perak". Betulkah istilah ini? Jazakallah Khairan.Penggunaan perkataan yang sesuai dalam konteks tersebut ialah "negeri" kerana pembahagian yang dibuat amat jelas, iaituĀ mengikut negeri. Penggunaan perkataan wilayah boleh digunakan dalam konteks yang lebih luas seperti Konvensyen Pengguna Wilayah Utara yang menggabungkan negeri-negeri di bahagian utara.Tatabahasa24.06.2014
Sakinah Salleh Jun 24th, 5:10pm Assalamualaikum Tuan, Saya Sakinah dari Kolej Komuniti Pasir Salak, Perak. Saya hendak bertanya tentang penggunaan istilah yang betul. Kami kolej komuniti ada lebih 86 di seluruh Malaysia. Kemudian, untuk sebarang program, kita akan bahagikan ikut negeri. Contohnya di Perak ada 13 buah kolej. Maka, kita satukan program atas nama Wilayah Perak. Contohnya, "Konvensyen Penyelidikan Kolej Komuniti Wilayah Perak". Betulkah istilah ini? Jazakallah Khairan.Penggunaan perkataan yang sesuai dalam konteks tersebut ialah "negeri" kerana pembahagian yang dibuat amat jelas, iaitu mengikut negeri. Penggunaan perkataan wilayah boleh digunakan dalam konteks yang lebih luas seperti Konvensyen Pengguna Wilayah Utara yang menggabungkan negeri-negeri di bahagian utara.Tatabahasa24.06.2014
Perkataan belajar boleh menghasilkan kata terbitan pembelajaran dan pemelajaran. Boleh jelaskan cara kedua-dua kata itu terbentuk.

Masih banyak pengguna yang keliru tentang perkataan yang berapitan peN-..-an, terutamanya pembelajaran dan pemelajaran. Kedua-dua perkataan itu betul. Mari kita lihat pembentukan perkataan tersebut seperti yang di bawah ini:

Satu--> bersatu--> mempersatukan --> pemersatuan
Oleh-> beroleh -> memperoleh ---> pemerolehan
Badan--> berbadan-->memperbadankan---> pemerbadanan
Ajar---> belajar--> mempelajari---> pemelajaran

Dengan berdasarkan rumus tersebut di atas, pemelajaran bermaksud aktiviti mempelajari. (Transitif)

Sekarang, marilah kita lihat pembentukan perkataan pembelajaran pula dengan mengambil contoh pembentukan perkataan lain terlebih dahulu:

Jadi --> menjadi --> kemenjadian
Atur--> teratur-->keteraturan
Tanggungjawab -->bertanggungjawab--> kebertanggungjawaban
Ajar-->belajar-->pembelajaran

Dengan berdasarkan rumus tersebut, perkataan pembelajaran bermaksud aktivti belajar (tak transitif)

Kesimpulannya, kedua-dua perkataan tersebut betul. Oleh itu, terpulanglah kepada pengguna untuk menggunakan perkataan tersebut.

Tatabahasa07.12.2008

Kembali ke atas