Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata satunya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Antara "di kalangan" dan "dalam kalangan", yang mana satu betul? Misalnya, 1. Dia satu-satunya orang Asia di kalangan peserta seminar. atau 2. Dia satu-satunya orang Asia dalam kalangan peserta seminar.Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk tempat. Sementara kata sendi nama 'dalam' hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian 'lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak'. Oleh itu, kata sendi nama yang tepat ialah 'dalam kalangan'. Oleh itu, ayat yang betul ialah "Dia satu-satunya orang Asia dalam kalangan peserta seminar".Tatabahasa16.06.2011
Tuan, Penggunaan kata pemeri yang mana satukah yang betul dalam ayat di bawah? 1) Senyuman adalah satu-satunya perkara yang mampu membahagiakan seseorang seketika, walaupun dari jarak yang jauh. ATAU 1) Senyuman ialah satu-satunya perkara yang mampu membahagiakan seseorang seketika, walaupun dari jarak yang jauh. Mohon tuan sertakan jua penjelasan. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, ialah dan adalah tergolong dalam kata pemeri. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. Dalam konteks ayat tersebut, kata pemeri yang sesuai digunakan 'ialah'. Akan tetapi, jika perkataan 'ialah' dibuang, itu juga tidak menjadi satu kesalahan.Tatabahasa05.01.2016
dalam psikologi sukan,konsep kendiri salah satunya di pengaruhi oleh "self-vulnerability". Apakah istilah yg sesuai digunakan untuk "self-vulnerability"?Tidak ada padanan self-vunerabilty dalam bahasa Melayu dalam sumber rujukan kami.  Pada makna biasa vulnerable bermaksud mudah dipengaruhi dan dalam konteks yang saudara nyatakan self-vulnerabilty boleh membawa maksud mudah untuk dikalahkan.Istilah08.05.2009
Astro AWANI baru-baru ini ada meuar-uarkan beberapa perkataan ICT, salah satunya adalah "kawasan khas" yang bermaksud hotspot dalam bahasa Inggeris. Adakah perkataan kawasan khas ini benar-benar merujuk kepada kawasan yang menerima capaian Internet atau hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada kawasan khas yang fizikal/zahir?Assalamualaikum,
Merujuk kepada kawasan khas di sini ialah kawasan yang boleh menerima capaian Internet yang disediakan oleh mana-mana pihak yang berkaitan.
Sekian terima kasih
Makna22.11.2017
As salam. Kami sedang menaik taraf beberapa bilik dengan menamakan bilik tersebut. Salah satunya ialah BICARA PENDETA ZA'BA. 1. Adakah nama tersebut sesuai dari segi maksud dan ejaannya. 2. Adakah perlu diletakkan perkataan BILIK dihadapannya. Mohon respon.Nama BICARA PENDETA ZA'BA yang digunakan ini adalah betul ejaannya dan sesuai sahaja untuk digunakan bagi menamakan sesebuah bilik. Tuan/puan boleh sahaj meletakkan perkataan Bilik bagi menerangkan sesuatu nama bilik tersebut seperti BILIK BICARA PENDETA ZA'BA. Jika dewan boleh juga diletakkan perkataan DEWAN BICARA PENDETA ZA'BA.  Lain-lain18.03.2016
Apakah yang dimaksudkan dengan bitara, nilai-nilai bitara dan kebitaraan.Bitara bermaksud tiada taranya atau hanya satu-satunya. Kebitaraan bermaksud hal keadaan tiada taranya itu. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku/artikel yang berkaitan.Makna15.04.2011
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya, apakah beza penggunaan "berubah kepada" dan "berubah menjadi"? Adakah kedua-duanya boleh digunakan atau setiap satunya mempunyai fungsi yang berbeza? Diharap pihak khidmat nasihat DBP dapat memberikan contoh.Frasa "berubah kepada" dan "berubah menjadi" membawa maksud yang sama.Tatabahasa28.10.2015
Saya ingin bertanyakan istilah 'usaha sama'. Saya dapati ada ejaan 'usahasama' dan 'usahasama' dalam PRPM. Bolehkah tuan/puan terangkan apa makna setiap satunya dan apakah bezanya? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah 'usaha sama' dua perkataan yang membawa makna perusahaan (perniagaan dsb) yang diusahakan oleh dua atau beberapa orang pengusaha dengan berkongsi modal dan sebagainya. Dalam istilah sememangnya ada ejaan usahasama satu perkataan tetapi data tersebut merupakan data lama yang belum lagi dikemas kini.Ejaan05.10.2019
Encik, Apakah maksud perkataan 'kebitaraan'? Terima kasih.Cadangan kami ialah unik atau tiada bandingannya. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, bitara bermakna satu-satunya dan tiada taranya.Tatabahasa17.02.2009
Pengurus kilang itu sentiasa curiga tentang/terhadap/pada kejujuran anak buahnya. Yang mana satukah jawapan yang betul dan apa beza penggunaan dalam ayat ini bagi setiap satunya? Terima kasih.Pengurus kilang itu sentiasa curiga tentang/terhadap kejujuran anak buahnya. Terhadap dan tentang, kedua-duanya betul dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa05.05.2014
123

Kembali ke atas