Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sau.da.ra] | ساودارا

Definisi : 1. orang yg sama ayah dan ibunya (ibu atau ayahnya sahaja yg sama), abang (kakak) atau adik: ia berazam utk menuntut bela atas kematian ~ perempuannya; 2. orang yg ada hubungan kekeluargaan, sanak: dia bukan ~ saya, hanya kenalan sahaja; 3. orang yg sama darjat (sekutu, segolongan, dll): ~ sekampung; 4. kawan, sahabat, teman: ~ sepermainan; 5. bh kata ganti diri kedua (spt awak, kamu, anda) yg digunakan ter-utamanya pd lelaki: ~, boleh saya tumpang bertanya? 6. tembuni, uri (yg keluar meng-iringi bayi yg lahir); 7. ki sesuatu yg hampir sama (keadaan, sifat, dll): menipu itu ~ mencuri; ~ angkat orang lain yg dipelihara oleh ibu bapa seseorang atau yg diakui sbg saudara sendiri; ~ anjing saudara seibu tetapi berlainan bapa; ~ baru (panggilan yg ditujukan kpd) orang yg baru memeluk agama Islam; ~ bau bacang (embacang) saudara yg telah jauh pertaliannya; ~ belahan saudara yg sama nenek moyangnya; ~ daging semua kaum keluarga jauh dan dekat; ~ dekat = ~ rapat saudara yg masih dekat; ~ dua pupu saudara yg datuk atau neneknya adik-beradik; ~ jauh = ~ renggang saudara yg telah jauh; ~ kandung (sekandung) saudara sendiri, saudara seibu sebapa; ~ kembar adik-beradik yg dilahirkan sbg anak kembar; ~-mara semua kaum keluarga (jauh dan dekat); ~ pungut saudara angkat; ~ pupu saudara yg masih dekat; ~ sejalan sejadi saudara yg sama ibu bapanya, saudara kandung; ~ seperjuangan teman yg sama-sama berjuang (berusaha, berjerih payah) utk sesuatu; ~ sepupu saudara yg datuk atau neneknya sama; ~ susu = ~ susuan = ~ setetek saudara yg bukan saudara sendiri tetapi menyusu pd perempuan yg sama; ~ tiri a) anak ibu atau bapa tiri; b) Id saudara drpd bapa (ibu) yg sama tetapi ibu (bapa) yg berlainan; bersaudara 1. mempunyai saudara: aku tidak ~ dan tidak berkeluarga; 2. adik-beradik: maka datang pula raja beruk empat ~; 3. ki mempunyai sifat (keadaan dll) yg hampir serupa: bakteria ialah sejenis tumbuhan yg ~ rapat dgn kulat; badan ~, emas takkan ~, kasih saudara sama ada prb bagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan tetapi dgn mudah juga dapat diceraikan kerana orang lebih mengutamakan harta benda; saudara-bersaudara sl sesama saudara, adik-beradik: apa kerja kita berkelahi ~? bersaudarakan mempunyai (seseorang) sbg saudara: dia lebih rela ~ orang miskin drpd saudara-saudaranya yg hidup mewah dan angkuh itu; mempersaudarakan menjadikan (spt) ber-saudara: anakanda ini ayahanda persaudara-kan dgn anak ayahanda sekalian ini; persaudaraan perihal bersaudara, perhu-bungan spt bersaudara, pertalian yg rapat sekali (seolah-olah bersaudara): merekalah yg menguatkan tali ~ antara berbagai-bagai kaum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sau.da.ra] | ساودارا

Definisi : 1 orang yg sama ibu bapanya (atau ibu atau bapanya saja yg sama); adik-beradik: ~ku sembilan orang. 2 orang yg ada pertalian darah; keluar­ga: Dia ~ sepupu saya. 3 orang yg se­golongan (spt sedarjat, sekampung, seagama); teman; sahabat: Apa khabar ~-~ kita di kampung? ~ anjing saudara (adik-beradik) seibu tetapi berlainan bapa. ~ kandung adik-beradik seibu sebapa. ~-mara (daging) semua kaum keluarga yg jauh dan yg dekat. ~ seperjuangan teman yg sama-sama berjuang atau berusaha utk sesuatu tujuan. ~ susu orang yg bukan sau­dara kandung tetapi menyusu pd pe­rempuan yg sama. ~ tiri anak kpd ibu tiri atau kpd bapa tiri hasil drpd perkahwinannya yg terdahulu. bersaudara 1 ada sau­daranya (adik-beradiknya, kaum keluarganya): Aku tidak ~ lagi. 2 adik-beradik: anak raja empat ~. 3 berhubungan sbg saudara: Semua orang Islam ~. persaudaraan perhubungan kerana bersaudara; per­hubungan sbg saudara; perhubungan yg rapat sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata saudara

Puisi
 

Dapat seekor ikan tenggalan,
     Lalu ditaruh di atas peti;
Saudara-mara dapat berkenalan,
     Bertambah mesra kasih di hati.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Jikalau tiada rial di pinggang,
     saudara yang rapat menjadi renggang.

Bermaksud :

Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang).

 

Lihat selanjutnya...(27)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Siapa saya dalam buku SalinaPertanyaan saudara tidak jelas. Adakah saudara bermaksud ganti nama saya itu adalah merujuk saudara sebagai pembaca teks novel Salina atau sebagai ganti nama saya yang merujuk pada watak-watak tertentu dalam novel Salina. Jika soalan saudara itu merujuk diri saudara sebagai pembaca teks, maka saudara sendirilah yang menentukannya mengikut perspektif saudara hasil daripada dapatan bacaan saudara. Jika saudara bermaksud untuk merujuk ganti nama saya itu sebagai merujuk pada watak tertentu dalam novel Salina maka saudara akan menemui puluhan ganti nama saya digunakan secara meluas untuk merujuk ganti nama bagi watak-watak seperti Zarina, Siti Salina, Benggali dan sebagainya. Sila pastikan maksud/tujuan sebenar soalan yang saudara kemukakan. salam takzimLain-lain11.11.2010
Dalam bentuk ayat adakah penggunaan "saudara-saudari sekalian" dan " di kalangan saudara- saudari" betul, ataupun "saudara saudari sekalian" dan "dikalangan saudara saudari" ?Frasa yang betul ialah dalam kalangan saudara saudari..., saudara saudari sekalian...Tatabahasa22.01.2013
Bagaimana hendak menjadi penulis yang baik?Soalan saudara terlalu umum kerana saudara tidak menyatakan bidang apa yang saudara minati. Oleh itu, pertama sekali saudara perlu kenal pasti karya apa yang saudara hendak tulis misalnya karya kreatif seperti novel, cerpen, dan puisi; atau karya umum seperti buku motivasi  dan lain-lain. Untuk belajar menjadi penulis kreatif misalnya, terlebih dahulu saudara perlu banyak membaca karya orang lain. Teliti  cara penulis itu menulis dari segi pengadunan plot, watak perwatakan, latar, gaya, bahasa, teknik dan lain-lain. Untuk menulis karya umum pula, saudara perlu mempunyai ilmu yang cukup tentang bidang yang saudara hendak tulis. Kemudian bacalah buku panduan tentang teknik penulisan yang kini terdapat banyak di pasaran. Selain daripada pembacaan, saudara boleh mengikuti bengkel-bengkel penulisan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, persatuan penulis, penerbit swasta, syarikat akhbar, akademi penulis dan lain-lain. Cubalah menulis karya yang pendek dahulu seperti cerpen, puisi, atau esei dan hantar kepada surat khabar atau majalah kerana untuk menjadi penulis yang baik, ia perlu melalui proses pengalaman yang panjang. Dan, mahu tidak mahu, untuk menjadi penulis yang baik juga ia banyak bergantung kepada bakat seni yang semula jadi di dalam diri.Lain-lain04.12.2010
Saya berminat menghantar manusktip novel, siapakah pihak DBP yang boleh dihubungi?Saudara boleh menghantar manuskrip saudara kepada Ketua, Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur, sekiranya karya saudara untuk bacaan dewasa, jika untuk kanak-kanak dan remaja, saudara boleh menghantarnya kepaa Ketua, Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur.Lain-lain11.11.2010
nyatakan 24 sistem dalam bahasa melayu?

Pertanyaan saudara tidak jelas. Sila jelaskan dengan lebih terperinci pertanyaan ini bagi membolehkan pihak kami membantu saudara. Sekiranya saudara maksudkan sistem ejaan bahasa Melayu, saudara boleh merujuk Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu dalam Daftar Kata Bahasa Melayu, Edisi Kedua, terbitan DBP

Tatabahasa01.11.2010
tuan, yang manakah ejaan yang betul? sanak saudara atau sanak-saudaraEjaan yang betul ialah sanak saudara.Ejaan16.07.2012
Ruangan manakah yang saya boleh salurkan bakat saya mencipta sajak atau pantun dalam web ini?Saudara boleh menghantar karya saudara kepada Ketua Bahagian Penerbitan Sastera, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur.

Saudara juga boleh menghantar karya saudara kepada Ketua Bahagian Majalah, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur.
Tatabahasa09.05.2013
Saudara, Apakah 'laminating sheet' di dalam bahasa Melayu? Saya tidak dapat mencari perkataan Melayu bagi item ini sedangkan laminating sheet ini kerap digunakan di sekolah-sekolah. Terima Kasih. Yang Fakir, SodiqinUntuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "laminating sheet". Walau bagaimanapun, terdapat istilah untuk "laminating", iaitu perlaminaan dan istilah untuk "sheet" ialah helaian, kepingan dan lapisan. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah lapisan perlaminaan atau helaian perlaminaan.Istilah16.07.2013
Saudara & saudari, Bolehkah berikan padanan untuk "stilt walker" dalam bahasa Melayu.Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu dalam pangkalan data kami untuk stilt walker. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk stilt ialah kaki bajang. Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah orang kaki bajang.Istilah12.06.2012
Saudara, Apakah gunanya diwujudkan ruang Khidmat Nasihat DBP ini seandainya soalan-soalan yang dikemukakan tidak pun dijawab? Saya berasa amat kesal.

Khidmat Nasihat DBP merupakan salah satu saluran untuk membantu pelanggan dalam hal kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan. Jawapan yang kami berikan berdasarkan maklumat dalam sumber rujukan kami. Sebagai pengguna bahasa kita boleh merujuk sumber primer dan sekunder termasuk institusi lain seperti ITNM, pusat bahasa di IPTA, pakar bahasa selain buku tatabahasa.  

Lain-lain18.04.2012
12345678910...

Kembali ke atas