MANA YANG BETUL AMANAT TAHUN BARU ATAU AMANAT TAHUN BAHARU | Menjawab persoalan saudara, "baru" dan "baharu" boleh digunakan. Perkataan baru atau baharu digunakan dalam konteks tahun baru/baharu; rumah baru/baharu. Perkataan tersebut dalam konteks ini ialah kata sifat atau adjektif. Perkataan baru digunakan dalam konteks baru tiba atau baru-baru ini dan dalam konteks ini perkataan baru ialah kata bantu. | Tatabahasa | 03.01.2013 |
yang mana satu betul? 1. Tahun baharu 2. Tahun baru Terima kasih. | Menjawab persoalan saudara, "baru" dan "baharu" boleh digunakan. Perkataan baru atau baharu digunakan dalam konteks tahun baru/baharu; rumah baru/baharu. Perkataan tersebut dalam konteks ini ialah kata sifat atau adjektif. Perkataan baru digunakan dalam konteks baru tiba atau baru-baru ini dan dalam konteks ini perkataan baru ialah kata bantu. | Tatabahasa | 16.02.2013 |
"Senarai Bahan Baru" dan "Senarai Bahan Baharu". Mana yang betul. Sekian, terima kasih. | Menjawab persoalan saudara, "baru" dan "baharu" boleh digunakan. Perkataan baru atau baharu digunakan dalam konteks tahun baru/baharu; rumah baru/baharu. Perkataan tersebut dalam konteks ini ialah kata sifat atau adjektif. Perkataan baru digunakan dalam konteks baru tiba atau baru-baru ini dan dalam konteks ini perkataan baru ialah kata bantu. | Lain-lain | 05.02.2014 |
Perkataan baru padanannya 'just'. Perkataan baharu padanannya 'new' Bagaimana pula terbaru @ terbaharu . Umum mula menggunakan TERBAHARU kerana beranggapan perkataan BARU sudah ditukar ejaannya menjadi BAHARU. Begitu juga BARU-BARU INI menjadi BAHARU-BAHARU INI.. Bukankah perkataan yang berkaitan dengan masa menggunakan BARU, jadi BARU-BARU ini ialah ejaan dan betul. Begitu juga Terbaru. Mohon penjelasan. | Kamus Inggeris - Melayu Dewan menterjemahkan new kepada baru dan baharu. Oleh itu, dalam kamus kita temui kedua-dua bentuk kata terbaru dan terbaharu bagi menandai latest dalam bahasa Melayu. Sila rujuk kamus dan saudara akan temukan kata terbitan yang lain, iaitu baru-baru, membarukan, membaharui, pembaharuan, memperbaharu dan kebaharuan. | Tatabahasa | 26.09.2012 |
Yang Yang Oct 6th, 4:33pm Boleh tanya tentang perkataan ini : selamat tahun baru cina dan tahun baru sudah sudah di tukar kepada selamat tahun Baharu Tahun Cina, Tahun Baharu? | Ungkapan "Tahun Baru Cina" dan "Tahun Baharu Cina" kedua-duanya adalah betul. Bagi menjawab pertanyaan saudara, baru kebiasaannya merujuk kepada masa. Bagi membantu saudara memahaminya, dalam bahasa Inggeris kata just digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contohnya, Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata baharu pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa Inggeris ialah new, contohnya, buku baharu dan kereta baharu. | Istilah | 06.10.2015 |
Penggunaan perkataan baharu dan baru bagi ayat : Selamat Tahun Baharu 2018 atau Selamat Tahun Baru 2017. Yang Mana lebih tepat, baharu atau baru? Terima kasih. | Ungkapan "Tahun Baru Cina" dan "Tahun Baharu Cina" kedua-duanya adalah betul. Bagi menjawab pertanyaan saudara, "baru" kebiasaannya merujuk kepada masa. Bagi membantu saudara memahaminya, dalam bahasa Inggeris kata "just" digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contohnya, Dia "baru" tiba dari Kuala Lumpur. Kata "baharu" pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa Inggeris ialah "new", contohnya, buku "baharu" dan kereta "baharu". | Tatabahasa | 21.12.2017 |
Assalamualaikum. Tuan, saya memohon Tuan dapat memberi penjelasan mengenai dua perkataan di bawah ini kerana saya agak keliru dengan penggunaannya; (i) baru (ii) baharu Melalui pembacaan saya sebelum ini; baru merujuk kepada 'just'. contoh penggunaan: baru sampai, dia baru tersedar, baru sahaja habis. manakala; baharu merujuk kepada 'new'. contoh penggunaan: baju baharu, pengantin baharu, tahun baharu, adik baharu Namun begitu timbul kekeliruan pada saya kerana lazimnya 'baharu' tetap juga ditulis dengan 'baru' seperti yang biasa ditemui: baju baru, pengantin baru, tahun baru, adik baru. Saya mohon Tuan dapat membantu tentang ketepatan penggunaan perkataan 'baru' & 'baharu'. Terima kasih, Tuan. | Pendapat saudara memang benar, kita biasa melihat frasa 'kereta baru' atau 'kereta baharu' dan 'buku baru' atau 'buku baharu'. Oleh itu, kata news kerap diterjemahkan kepada baru atau baharu. Namun begitu berbeza dengan kata just yang lazimnya diterjemahkan kepada baru seperti baru sampai dan baru sebentar tadi. | Tatabahasa | 07.12.2011 |
Salam sejahtera dan terima kasih atas nasihat yang telah diberikan. Saya ingin mohon sedikit penjelasan lanjut tentang maksud dan fungsi perkataan 'baru' dan 'baharu' dalam kamus DBP dan Buku Tatabahasa DBP yang sememangnya dijadikan pedoman. Bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan kita dan orang ramai selalunya merujuk kepada kamus DBP sebagai panduan. Jadi, mengapakah fungsi tersebut tidak dijelaskan dalam kamus DBP supaya tidak mengelirukan mana-mana pihak? Adakah penggunaan penjodoh bilangan di bawah betul? 1. pintu, tingkap - buah 2. cawan, gelas - biji 3. betik yang sudah dipotong dua - sepotong betik (untuk separuh betik? Terima kasih. | Menjawab persoalan saudara, "baru" dan "baharu" boleh digunakan. Perkataan baru atau baharu digunakan dalam konteks tahun baru/baharu; rumah baru/baharu. Perkataan tersebut dalam konteks ini ialah kata sifat atau adjektif. Perkataan baru digunakan dalam konteks baru tiba atau baru-baru ini dan dalam konteks ini perkataan baru ialah kata bantu. 1. Pintu, tingkap, cawan, gelas - buah 2. Sebelah betik | Tatabahasa | 11.02.2015 |
Salam sejahtera... Baru-baru ini saya menonton cerita lakonan Jins Shamsudin, arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Saya tertarik dengan penggunaan bahasa di dalam filem itu yang menggabungkan puisi lama seperti syair dan kata-kata dialog yang berbeza. Soalan saya kata-kata dialog yang digunakan itu adalah jenis apa...adakah gurindam, pantun..atau sesuatu yang lain yang saya tidak tahu. Soalan saya yang lain..apakah makna citra-daga..ada disebutkan di dalam filem ini.. Terima kasih .. | Gurindam ialah sejenis bentuk puisi yang terdiri daripada dua baris, berisi dengan berbagai-bagai pengajaran, pantun ialah sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yang selainnya mengandungi maksudnya). Sila lihat juga pelbagai bentuk gurindam, pantun, syair dan sebagainya yang banyak diterbitkan dalam bentuk cakera padat untuk lebih mengenali karya berkenaan. Untuk menjawab soalan saudara, saudara perlu meneliti semula filem tersebut dan kenali kategori manakah letaknya dialog tersebut. | Lain-lain | 03.06.2009 |
pebezaan penggunaan perkataan baru dengan baharu. kedua-duanya boleh digunakan atau pktn baharu sahaja yang digunakan pada masa ini. | Saudara, Perkataan baru atau baharu sebagai kata sifat digunakan dalam konteks 'tahun baru atau baharu'; 'rumah baru atau baharu'. Perkataan baru sebagai kata bantu digunakan dalam konteks 'baru tiba'; 'baru-baru ini'. | Makna | 20.10.2009 |