Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sau.da.ra.ma.ra] | ساودارا-مارا

Definisi : semua kaum keluarga sendiri (jauh dan dekat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sau.da.ra.ma.ra] | ساودارا-مارا

Definisi : semua kaum keluarga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata saudara-mara

Puisi
 

Mari kita memasang lukah,
     Dapat seekor ikan tenggalan;
Lepas itu bolehlah bernikah,
     Saudara-mara dapat berkenalan.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Maksud 'Keluarga'Keluarga bermaksud saudara-mara, kaum kerabat, sanak- saudara; seisi rumahtangga (terdiri daripada suami, iesteri berserta anak-anak).Makna24.06.2008
definisi keluargaKeluarga bermaksud 1. saudara-mara ,kaum kerabat,sanak saudara.2. seisi rumahtangga(yang terdiri daripada suami,isteri atau berserta anak-anak. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 725.Makna22.06.2008
Di dalam bahasa Raja/Kesultanan apa kah makna KERABAT dan WARIS?Khas bagi negeri Perak Darul Ridzuan.Menurut kamus Dewan, perkataan kerabat bermaksud  kaum, kaum keluarga atau saudara mara, manakala berkerabat bermaksud ada hubungan keluarga; bersaudara-mara; atau berkeluarga. Waris pula bermaksud orang yang berhak menerima pusaka orang yang telah meninggal, penjaga atau wali (kanak-kanak). Saudara hendaklah merujuk kerajaan negeri Perak untuk mengetahui makna waris dan kerabat bagi kerajaan negeri Perak.Makna01.06.2010
Bunyi_____ dari rumah Azlan jelas kedengaran kerana_____ nya telah berkumpul untuk meraikan majlis perkahwinan anak sulungnya. a) Kelam kabut.......anak-anak b)hiruk pikuk...saudara mara c)kucar kacir...sahabat handai d)dentam-dentum...adik beradik

Saudara,

Ayat yang betul ialah : Bunyi hiruk-pikuk dari rumah Azlan jelas kedengaran kerana saudara-maranya telah berkumpul untuk meraikan majlis perkahwinan anak sulungnya.

Tatabahasa11.09.2009
Apakah makna SAUDARA..SEPUPU...SAUDARAMARA..KELUARGA...TKMerujuk Kamus Dewan, saudara ialah orang yg sama ayah dan ibunya (ibu atau ayahnya sahaja yg sama), abang (kakak) atau adik: ia berazam utk menuntut bela atas kematian ~ perempuannya; 2. orang yg ada hubungan kekeluargaan, sanak: dia bukan ~ saya, hanya kenalan sahaja; 3. orang yg sama darjat. Sepupu ialah saudara sedatuk (senenek). Saudara mara pula ialah semua kaum keluarga sendiri (jauh dan dekat). Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna10.12.2008
saya ingin mengetahui makna: Kata ganda penuh / seluruh, Kata ganda separa, Kata ganda berirama dan Kata ganda berimbuhan. Harap dapat tolong.Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Kata ganda penuh ialah penggandaan seluruh kata dasar jenis kata nama tanpa sebarang perubahan bentuk, contoh : buku-buku dan sekolah-sekolah. Kata ganda separa ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar, contoh : gegelang, sesiku dan sesumbu. Kata ganda berirama/berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar jenis kata nama mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar, contoh : kuih-muih, kayu-kayan dan saudara-mara. Kata ganda berimbuhan ialah menambah imbuhan awalan pada kata dasar yang diulang, contoh : beramai-ramai. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Makna27.02.2008
Apakah kata ganda berima bagi jerihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, jerih didefinisikan sebagai lelah, payah. Lazimnya kata "jerih" sering diikuti dengan perkataan "perih" tetapi "jerih perih" ialah kata majmuk yang mendukung maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa, bukan kata ganda berentak yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar tersebut, contohnya sayur-mayur, lauk-pauk, saudara-mara, lintang-pukang dan anak-pinak. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, halaman 135  atau  buku Kata Ganda Bahasa Melayu: Tinjauan Bentuk Berdasarkan Data Korpus, terbitan DBP.Istilah21.02.2009
Assalamualaikum/salam sejahtera... Saudara, Saya Nurul Hannis Arba'ie dan merupakan salah seorang pelajar Kolej Mara Banting. Kini, saya sedang dalam proses untuk menyiapkan kajian saya mengenai karya-karya Faisal Tehrani. Di sini, saya mempunyai beberapa perkara yang saya harap pihak DBP dapat membantu saya untuk menyiapkan kajian ini. 1. Berdasarkan pengamatan saya, kebanyakan karya-karya Faisal Tehrani adalah terbitan DBP dan menerima anugerah Sayembara DBP. jadi, bolehkan saya mendapatkan e-mel beliau memandangkan saya dan 4 orang lagi rakan yang lain bercadang untuk menemu bual beliau. Temubual ini merupakan antara prosedur yang perlu kami lakukan sebagai metodologi kajian kami. 2. Kajian saya memerlukan saya menggunakan teori budaya dan teori antropologi. Jadi, adakah mana-mana buku keluaran DBP yang boleh dijadikan rujukan teori-teori ini? Saya berharap saudara sudi membantu saya dan segala bantuan saudara kelak saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih.

Waalaikumussalam saudara Layla Witra,

Untuk makluman saudara, saya tidak menyimpan alamat beliau dan mungkin saudara boleh berhubung dengan beliau melalui FB.

Untuk mendapatkan maklumat berkaitan buku-buku teori budaya dan antropologi yang diterbitkan oleh DBP, saudara boleh melayari laman web Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) DBP http://pustaxa.gov.my. laman ini memaparkan KATALOG AWAM DALAM TALIAN (KAWAT). Cara menggunakannya ialah dengan menaip judul buku atau pengarang dan klik cari.

sekian, selamat mencuba.

Tokoh25.07.2011
Salam saya Nurul Hsima Binti Zainal dari Kolej MARA Seremban. Saya ingin menjalankan kajian tentang novel Diari Seorang Guru nukilan S. Hawa yang diterbitkan oleh Alaf 21. Saya tidak berjaya mendapatkan mana-mana maklumat tentang penulis tersebut. Oleh itu saya ingin meminta jasa baik DBP untuk mendapatkan maklumat, biodata ataupun nomboor dan alamat yang saya boleh gunakan untuk menghubungi penulis. saya juga ingin meminta maaf kerana sebelum ini saya telah mendaftar dan bertanya soalan menggunakan alamat e-mel nurulhasimaz@yahoo.com tetapi alamat itu tidak boleh digunakan. Jasa baik DBP amat dihargai. Sekian Terima KasihUntuk mendapatkan maklumat tentang penulis S.Hawa, saudara boleh menghubungi editor Penerbit Alaf 21 dengan membuka laman web penerbit berkenaan iaitu www.alaf21.com.myLain-lain16.08.2010
Saya merupakan seorang pelajar Kolej Mara Banting (program persediaan luar negara) dan perlu membuat kajian sastera. Kajian tersebut perlu dibuat pada karya sastera, puisi atau prosa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Jadi, saya ingin mendapatkan cadangan dari pihak tuan tentang novel yang sesuai untuk saya lakukan kajian?Mohammad Nizrull, pihak DBP telah menerbitkan banyak novel. Sebagai cadangan, saudara boleh mendapatkan dua buat novel yang diterbitkan pada penghujung tahun 2008. Saya berpendapat novel-novel ini baik jika dapat dikaji oleh saudara. Dua buah novel tersebut ialah 'Daun' karya Malim Ghozali Pk dan 'Panggil Aku Melaju' karya Rahmat Haroun. Saudara boleh mendapatkan novel ini di Kedai Buku DBPLain-lain16.02.2009

Kembali ke atas