Selamat sejahtera, Bolehkah "Save over" diterjemahkan kepada "Simpan ganti"? "Save over" bermaksud menyimpan nilai tetapan yang baru dan menggantikan tnilai tetapan yang lama pada aplikasi/perisian (topik: teknologi maklumat) . Sekiranya tidak sesuai, sila berikan pendapat anda. Terima kasih DBP. | Salam sejahtera. Perkataan "save over" tiada dalam data kami. Cadangan tuan untuk menterjemahkan perkataan ini sebagai "simpan ganti" boleh diterima. | Istilah | 22.05.2015 |
1. Terjemahan Save the info on your hard drive ialah Simpan maklumat itu dalam pemacu keras anda Tetapi, 'pemacu keras' ialah benda fizikal, sama seperti 'kotak kasut', tidakkah, 'di dalam' lebih sesuai? 3. Padanan renewable energy ialah tenaga boleh diperbaharui. Tolong betulkan di website PRPM http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=renewable+energy untuk mengelakkan kekeliruan kerana ramai yang menggunakan istilah 'tenaga boleh baharu'. | Pemacu keras (pemacu cakera keras) bukanlah benda yang boleh dilihat fizikalnya secara nyata seperti gelas dan kotak. Penggunaan yang betul ialah ...dalam pemacu keras. Istilah renewable energy - tenaga boleh diperbaharui boleh dilihat dalam Glosari Sains untuk Sekolah. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.06.2015 |
Apakah terjemahan BM yang sesuai untuk frasa ‘Save the Date’ ? (digunakan untuk undangan majlis/ RSVP. Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu untuk "save the date" ialah tempah tarikh ini. | Makna | 06.09.2021 |
Selamat sejahtera, Bolehkah 'save over' diterjemahkan kepada 'simpan ganti'? Jika pihak DBP tidak bersetuju, sila cadangkan terjemahan yang lebih sesuai. Terima kasih. | Untuk makluman, dalam data rujukan kami tiada padanan khusus bagi istilah save over. Mohon pihak puan mengemukakan konsep dan bidang yang menggunakan istilah tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 20.05.2015 |
harap dapat bantu saya. terima kasih | 1. Terjemahan Save the info on your hard drive ialah Simpan maklumat itu dalam pemacu keras anda 2. Terjemahan Save your data to Google Drive ialah Simpan data anda dalam Google Drive. 3. Padanan renewable energy ialah tenaga boleh diperbaharui. | Tatabahasa | 23.06.2015 |
Assalammualaikumm, Saya ada soalan berkenaan penggunaan perkataan "menemui" dan "menemukan". Untuk ayat ini, adakah penggunaan ayat ini betul? Bahasa Inggeris Asal: People may find other ways to save messages Bahasa Melayu: Pengguna mungkin menemui cara lain untuk menyimpan mesej Saya melihat beberapa rujukan yang menyatakan "menemui" boleh digunakan untuk objek tidak bernyawa dan penggunaannya sesuai untuk konteks berbeza. Saya kurang pasti untuk konteks Teknologi Maklumat, adakah penggunaan konsep ini sama. Terima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan menemui sama makna dengan menemukan, iaitu berjumpa dengan apa yang dicari dan lain-lain, mendapat, mendapati. Oleh itu, penggunaan perkataan menemui dalam contoh ayat yang diberikan adalah betul. | Tatabahasa | 19.07.2022 |
Salam sejahtera. Apakah penterjemahan "Embracing Change" ke dalam bahasa Melayu? "Embracing Change" bermaksud "menerima perubahan" terhadap aspek yang dibincangkan dalam konteks penggunaan frasa tersebut. Contohnya, "To save the environment, people should embrace changes to their lifestyle; for instance, by forgoing the convenience of using cars and plastic products" | Cadangan terjemahan bagi embracing change ialah "menerima perubahan" boleh digunakan dalam konteks ayat yang diberikan. | Makna | 10.01.2022 |
Kami hendak mendapatkan pengesahan dari pihak DBP untuk penterjemahan berikut (versi Bahasa Inggeris sebulem Bahasa Melayu). Ini adalah untuk iklan pelanggan kami. Sila ambil perhatian bahawa VERSI 1 menggunakan perkataan 'tap' merujuk kepada tarian 'tap'. Kami memerlukan pengesahan secepat mungkin. Harap dapat maklum balas tuan/puan supaya iklan kami boleh kami bentangkan kepada pelanggan kami (pagi Isnin depan). Terima Kasih. VERSI 1: Just tap & save! It’s time to groove to more savings at the pump. ‘Tap’ aje & jimat! Kini tiba masanya untuk lebih penjimatan di pam petrol. VERSI 2: FAST CARD. BIG SAVINGS. It only takes a tap to save you 10% in petrol rebates! Kad pantas. Penjimatan besar. Hanya sentuh untuk mendapatkan penjimatan 10% dalam rebat petrol! | Kami tidak jelas dengan pertanyaan tuan, terutamanya kaitan antara tarian tap dengan petrol, berkemungkinan jika dilampirkan visual lebih mudah untuk kami memahaminya. Sila kemukakan terus iklan tuan dalam domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", iaitu domain yang dibangunkan khusus untuk pengesahan iklan. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.07.2015 |