Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ya] | ساي

Definisi : 1. ganti nama diri pertama (lebih halus drpd aku), hamba: nama ~ Ahmad; 2. ya, benar: ~ encik; sahaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ya] | ساي

Definisi : 1 kata ganti nama diri pertama (lebih halus drpd aku): ~ hendak makan nasi. 2 kata yg diucapkan ketika menyahut panggilan orang; ya: ~, tuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata saya

Puisi
 

Apa diharap padi di paya,
     Padi di paya buahnya kasar;
Apa diharap pada saya,
     Saya sudah burung di sangkar.


Lihat selanjutnya...(838)
Peribahasa

Melihat riak air,
     saya sudah tahu pendayungmu.

Bermaksud :

Orang yang arif dengan segera dapat mengetahui maksud yang tercantum dalam perbuatan seseorang itu.

 

Lihat selanjutnya...(10)

360

To each his own

Setiap orang berbeza kesukaannya.

Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati.

Many people go for pretty singers, but if you ask my opinion, I'd prefer an ugly singer to preety one -> to each his own !

Kebanyakkan orang menyukai penyanyi yang cantik, tetapi jika anda bertanyakan pendapat saya, saya lebih suka penyanyi yang hodoh, bukannya yang cantik. Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(110)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya mendengar apa yang encik beritahu saya. Saya dengar apa yang encik beritahu saya. Ayat yang manakah betul?Ayat yang betul ialah “Saya mendengar perkara yang encik sampaikan kepada saya.”Tatabahasa01.08.2024
Saya mengambil ubat yang doktor beri saya. Saya mengambil ubat yang doktor berikan kepada saya. Ayat yang manakah betul?Ayat yang betul ialah “Saya mengambil ubat yang doktor berikan untuk saya.”Tatabahasa28.11.2023
"Saya meminta maaf daripada guru saya. ""Saya meminta maaf kepada guru saya. "Nak tanya mana satu yang betul

Ayat yang betul ialah “Saya meminta maaf kepada guru”. Kata sendi nama “kepada” dalam ayat tersebut digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, DBP 2015, halaman 272 - 274.

Tatabahasa04.09.2024
1) Saya telah membuat laporan polis tentang kemalangan kereta saya kepada polis. 2) Saya telah melaporkan kemalangan kereta saya kepada polis. 3) Saya telah mengadukan kemalangan kereta saya kepada polis. 4) Saya telah membuat aduan tentang kemalangan kereta saya kepada polis. Ayat yang manakah salah?"Saya telah membuat laporan polis tentang kemalangan kereta saya kepada polis." - Ayat ini kurang tepat.Tatabahasa12.01.2025
Maafkan saya, saya mempunyai soalan yang ingin diajukan. Dalam kamus Perdana, saya mendapati lembu daging didefinisikn sebagai lembu yang berwarna putih, merah keperang-perangan, hitam atau kelabu. Selain itu, lembu daging juga didefinisikan sebagai lembu yang berbonggol di bahagian atas bahu badannya dan diternak khusus untuk dagingnya. Jadi, soalan saya, adakah lembu yang berwarna coklat tetapi mempunyai ciri-ciri dalam definisi tadi dikatakan juga sebagai lembu daging? Atau lembu-lembu yang telah dinyatakan warnanya sahaja serta yang mempunyai ciri-ciri tersebut dikatakan sebagai lembu daging?Ya. Lembu yang berwarna coklat termasuk dalam kategori lembu yang berwarna merah keperang-perangan. Yang penting ciri utamanya ialah lembu tersebut diternak untuk dagingnya, bukan untuk susu atau untuk membuat kerja.Makna31.03.2023
Saya mahu mempunyai penghawa dingin di rumah saya. Saya telah menasihatinya supaya menjadi budak yang baik tetapi sebaliknya belaku. Dia menjadi budak jahat. Adakah kedua-dua ayat di atas betul?

Ayat yang betul ialah seperti yang berikut:

1. Saya mahu mempunyai penyaman udara di rumah saya.

2. Saya telah menasihatinya supaya menjadi budak yang baik tetapi sebaliknya berlaku. Dia menjadi budak yang jahat. 

Tatabahasa30.04.2024
Saya merupakan PIC penerbitan di fakulti saya. Saya berniat untuk menjemput pihak DBP untuk memberi taklimat tentang penerbitan buku dan perkhidmatan yang sedia ada di DBP untuk memudahkan penghasilan buku sperti buku teks dan bergambar. Saya memohon untuk mendapatkan wakil pihak DBP untuk dihubungiBagi tujuan tersebut, saudara boleh menghantar surat permohonan kepada Ketua Pengarah seperti maklumat yang berikut:

Ketua Pengarah,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Aras 30, Menara DBP,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
50460 Kuala Lumpur.

E-mel: hazami@dbp.gov.my/dina@dbp.gov.my
Lain-lain16.06.2023
Saya terlupa bahawa saya meletakkan beg saya di rumah. Ayat ini betul ke?Ayat ini betul: Saya terlupa bahawa saya meletakkan beg saya di rumah. Tatabahasa09.12.2022
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA PIHAK PUAN/TUAN SAYA INGIN MAKLUM DAN DAFTARKAN NO RUJUKKAN SURAT SAYA, SAYA TELAH MEMBUAT SATU SURAT BERNAMA SURAT PENGESAHAN DAN PEMBERITAHUAN. SAYA INGIN MINTA PIHAK PUAN/TUAN UNTUK DAPAT DAN DAFTARKAN NO RUJUKKAN SAYA SEKIAN, TERIMA KASIH MUHAMMAD JUSTINE BIN ABDULLAH (NO.IC:080624-01-1019) -29/09/2023Soalan ini bukan soalan yang berkaitan dengan bahasa Melayu, kami tidak dapat memberikan maklum balas berkaitan dengan perkara ini.Lain-lain29.09.2023
Adakah ayat berikut betul? Sekiranya salah, apakah justifikasinya. Terima kasih! 1. Saya berharap agar saya dapat berkunjung ke dusun datuk lagi. 2. Saya berharap saya dapat berkunjung ke dusun datuk lagi. 3. Saya berharap dapat berkunjung ke dusun datuk lagi.Ketiga-tiga ayat tersebut betul.

1. Saya berharap agar saya dapat berkunjung ke dusun datuk lagi.
2. Saya berharap saya dapat berkunjung ke dusun datuk lagi.
3. Saya berharap dapat berkunjung ke dusun datuk lagi.
Tatabahasa11.04.2025
12345678910...

Kembali ke atas