Dalam penulisan surat, yang mana satu betul? "Dengan hormatnya saya merujuk surat tuan ..." atau "Saya dengan hormatnya merujuk surat tuan ..." | Encik Yahaya, jawapan yang betul ialah - Dengan hormatnya saya merujuk surat tuan , atau Dengan segala hormatnya surat tuan.......................... dirujuk. Terima kasih. | Tatabahasa | 04.03.2010 |
Mohon bantuan, yang mana lebih tepat ( pendahuluan surat rasmi) dan harap dibetulkan jika ada kesilapan : 1. Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2. Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas. Terima kasih | Ayat yang gramatis ialah Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas. | Tatabahasa | 29.06.2012 |
Harap dapat tuan jelaskan penggunaan perkataan "adalah" di dalam penulisan surat seperti yang berikut: "Adalah saya dengan hormatnya merujuk surat tuan ...." | Encik Yahaya, Kita tidak boleh menggunakan kata pemeri adalah pada permulaan ayat. Terima kasih | Tatabahasa | 04.03.2010 |
Saya ingin bertanya, sekiranya dalam mengarang surat rasmi, apakah bentuk penulisan yang betul? betulkah ayat seperti dibawah? 1) Dengan hormatnya saya merujuk perkara diatas. 2) Adalah saya dengan hormatnya merujuk perkara diatas. 3) Perkara diatas adalah dirujuk Yang mana satu betul? pohon pandangan Pihak DBP | Penggunaan yang lazim ialah Dengan hormatnya saya merujuk perkara yang di atas. | Lain-lain | 04.01.2011 |
Penggunaan perkataan bahawa: Yang mana betul. a. Mesyuarat mengambil maklum bahawa cadangan ... atau b. Mesyuarat mengambil maklum cadangan... Yang mana betul a. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan telah berjaya... atau b. Sukacita dimaklumkan tuan telah berjaya... Yang mana betul a. Dengan hormatnya saya merujuk kepada ..... atau b. Saya dengan hormatnya merujuk kepada.... | Frasa yang betul ialah "Mesyuarat mengambil maklum cadangan ..." dan "Sukacita dimaklumkan bahawa tuan telah berjaya ..." dan "Dengan hormatnya saya merujuk ...". | Tatabahasa | 03.05.2012 |
"Dengan segala hormatnya saya merujuk pada perkara di atas" atau "Saya dengan segala hormatnya merujuk pada perkara di atas"? | Ayat yang gramatis, dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. | Tatabahasa | 06.12.2012 |
Assalamualaikum dan Selamat pagi. Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. Soalan: Ayat dalam bahasa inggeris untuk menerangkan selang kelas bagi nilai output atau pun nilai harta adalah | Harap maaf. Khidmat Bahasa DBP tidak memberi perkhidmatan penterjemahan. Kami memberi nasihat bahasa terhadap terjemahan yang telah dibuat. | Lain-lain | 13.05.2011 |
Saya ingin bantuan untuk memperbetulkan dari segi susun bahasa contoh seperti di bawah:- untuk maklum balas 1) Dengan segala hormatnya saya menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara tersebut di atas. untuk jawab maklum balas 2) Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada minit bebas @ surat no. rujukan ....., bertarikh ...... seperti perkara di atas. 3) Dukacita dimaklumkan bahawa bahagian ini tiada wakil untuk sertai jemputan tersebut. 4) Saya ini memahami maksud penggunaan "Minit bebas", "Minit ceraian" dan "minit curaian". 5) Saya amat lemah dari segi penggunaan tatabahasa untuk mengarang sesuatu surat atau apa2 dalam bentuk ayat. Jadi, adakah buku yang sesuai untuk dijadikan bahan rujukan saya. Saya harap mohon bantuan dari tuan/puan. terima kasih | i. Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara di atas atau Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. ii. Dengan segala hormatnya saya merujuk surat tuan bertarikh ... yang berkaitan perkara di atas. iii. Dimaklumkan bahawa bahagian kami tiada menghantar wakil untuk menyertai majlis ini. iv. Minit ceraian ialah cabutan minit daripada minit induk; minit curai ialah laporan ringkas yang disediakan oleh pegawai yang kembali menghadiri seminar atau kursus untuk dikemukakan kepada ketua jabatan sebelum minit lengkap atau laporan lengkap diterima daripada penganjur. | Lain-lain | 19.05.2010 |
"Saya dengan hormatnya diarah merujuk surat tuan GS/Klo/CO7 bertarikh 16 mei 2007 dan perbualan telefon diantara pn sumalee dari pihak tuan dan cik suzini pada 24 Jun 2008 mengenai perkara di atas." Apakah Kesalahan ejaan yang terdapat dalam pernyataan diatas? | Tiada kesalahan ejaan dalam tatabahasa tersebut tetapi kesalahan Tatabahasa. Ayat yang betul ialah 'Dengan hormatnya, surat tuan..........................bertarikh 16 Mei 2007 dan perbualan telefon antara Puan Sumale dengan Cik Suzili pada 24 Jun 2008 dirujuk.' Harap maklum. | Tatabahasa | 25.06.2008 |
Salam, Saya ingin bertanya mana satu ayat yang betul a) Adalah dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara diatas , atau b) Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkata di atas.. | YM Tengku, Ayat yang betul ialah " Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas ... | Tatabahasa | 08.11.2010 |