Apakah perbezaan antara sayur-sayuran dan sayur-mayur dari segi : 1-maksud 2-penggunaan. Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, sayur-sayuran dan sayur-mayur mempunyai maksud yang sama, iaitu bermacam-macam (berjenis-jenis) sayur. | Makna | 10.09.2011 |
pelbagai jenis sayur-mayur/pelbagai jenis sayur | Satu daripada aspek makna penggandaan kata nama ialah penanda kepelbagaian jenis. Contohnya: sayur-mayur, kuih-muih, rempah-ratus. Kata pelbagai bermaksud berbagai-bagai macam atau jenis. Ayat yang betul ialah: pelbagai jenis sayur. | Tatabahasa | 25.04.2011 |
Yang manakah betul? 1. Para tetamu beransur pulang ke rumah masing-masing. / Tetamu beransur pulang ke rumah masing-masing. 2. Pelbagai jenis sayur / pelbagai jenis sayur-sayuran/ pelbagai jenis sayur-mayur. 3. bergai-bagai jenis buah/ berbagai-bagai jenis buah-buahan | 1. Tetamu boleh menunjukkan tunggal atau jamak bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Dalam ayat contoh yang diberikan jelas menunjukkan ramai tetamu kerana adanya frasa "pulang ke rumah masing-masing". Oleh itu, ayat yang gramatis ialah "tetamu beransur pulang ke rumah masing-masing". 2. Pelbagai sayur. Perlbagai juga bermaksud jenis. 3. Bergai-bagai buah. Berbagai-bagai sama maksudnya dengan bermacam-macam. | Tatabahasa | 07.10.2012 |
1)ibu menggoreng sayur di kuali 2)ibu mengoreng sayur dalam kuali 3)ibu menggoreng sayur di dalam kuali.mana satu ayat yang betul. | Ayat yang betul ialah 'Ibu menggoreng sayur di dalam kuali.' | Tatabahasa | 10.05.2011 |
1) Beburung berterbangan (betul / salah) 2) Burung berterbangan (betul/salah) 3) Dedaun berguguran (betul/salah) 4) Daun berguguran (betul/salah) 5) Banyak jenis sayur-sayuran/ kuih-muih(betul/salah) 6) Banyak jenis sayur/kuih(betul/salah) 7) Pelbagai sayur-mayur(betul/salah) | Dari aspek semantik, ungkapan yang betul ialah: Burung berterbangan; Daun berguguran; Banyak jenis sayur/kuih kerana berterbangan bermaksud terbang banyak-banyak, berguguran bermaksud gugur dengan banyaknya dan sayur-sayuran/sayur-mayur bermaksud bermacam-macam jenis sayur. | Tatabahasa | 10.04.2011 |
Ayat aktif: Kamu mesti menyiram sayur-sayuran di belakang rumah. Ayat pasif 1: Sayur-sayuran di belakang rumah mesti kamu siram. Ayat pasif 2 : Sayur-sayuran mesti kamu siram di belakang rumah. Ayat pasif 1 atau ayat pasif 2 betul dan kenapa? | Kedua-dua ayat pasif tersebut adalah betul. Ayat yang kedua ialah ayat pasif songsang. | Tatabahasa | 14.02.2011 |
Terima kasih atas jawapan yang diberikan. Adakah kita boleh digunakan dalam konteks ayat perpaduan kaum? Adakah sayur-sayuran dan buah-buahan menanda bilangan jamak? Adakah 'banyak jenis sayur-sayuran' dan 'banyak jenis buah-bauahan' boleh diterima? Terima kasih. | Kita ialah kata ganti nama diri yang bercakap dan sekelian yang mendengarnya, oleh itu penggunaan perkataan tersebut dibenarkan asalakan merujuk makna yang tersebut. Sayur-sayuran dan buah-buahan telah menunjukkan bermacam-macam jenis sayur dan buah yang ada dan telah membawa maksud jamak. Penggunaan yang tepat ialah banyak jenis sayur dan banyak jenis buah, sungguhpun begitu masih banyak yang menggunakan pelbagai jenis/banyak jenis buah-buahan dan sayur-sayuran. Penggunaan frasa ini menunjukkan penggunaan bahasa yang lewah atau pembaziran dalam penulisan . Oleh itu, saya mencadangkan saudara menggunakan frasa yang paling tepat, iaitu pelbagai/banyak jenis buah atau sayur. | Tatabahasa | 12.05.2010 |
Tuan, yang manakah sebenarnya betul? 1)Pelbagai jenis sayur-sayuran atau pelbagai jenis sayur? 2)Kanak-kanak itu berenang-renang di kolam renang atau kanak-kanak itu berenang di kolam renang? Terima kasih | 1. pelbagai jenis sayur 2. Kedua-dua ayat adalah betul. Berenang-renang bermaksud berenang ke sana sini. Berenang bermaksud melakukan perbuatan berenang. | Tatabahasa | 20.04.2011 |
Adakah ayat ini betul? 1) Saya mengasingkan sayur di tepi pinggan. (nak sampaikan maksud tidak suka makan sayur. 2) "Isteri saya sudah pulang," kata penguin. (adakah perkataan isteri di dalam ayat ini sesuai untuk merujuk kepada binatang?) | 1. Saya mengasingkan sayur ke tepi pinggan. 2. Dalam penulisan kreatif, penggunaan perkataan "isteri" untuk merujuk haiwan dibenarkan. | Tatabahasa | 03.09.2013 |
1.Sayur-sayuran yang dijual di Pasar raya Giant sangat segar. 11.Kata-katanya yang tajam itu masih segar dalam ingatan saya. 111.Dia berasa segar setelah mandi. 1V.Bunga mawar itu menjadi segar semula setelah menyirami air. jawapan :II,III &IV. mengapa 1 salah?? | Ayat yang betul ialah ii. dan iii. Ayat i. mempunyai kesalahan dari segi ejaan, iaitu perkataan "raya" sepatutnya dieja dengan huruf besar, iaitu Raya kerana Pasar Raya Giant ialah nama khas. Ayat iv. mempunyai kesalahan pada perkataan "menyirami". Ayat yang betul ialah: Bunga mawar itu menjadi segar semula setelah disirami air. | Tatabahasa | 23.11.2012 |