ingin pasti pemenggalan suku kata untuk : makanan - ma.kan.an, sayur-sayuran-sa.yur-sa.yur.an, buah-buahan-bu.ah-bu.ah.an, beruang-be.ru.ang, bermain-ber.ma.in, membuang-mem.bu.ang, dia-di.a, laut-la.ut, siang-si.ang, bayaran-ba.yar.an, soal-so.al, buaya-bu.a.ya, tuala-tu.a.la | Pemisahan suku kata yang diberikan adalah betul: makanan ma-kan-an sayur-sayuran sa-yur-sa-yur-an buah-buahan bu-ah-bu-ah-an beruang be-ru-ang bermain ber-ma-in membuang mem-bu-ang dia di-a laut la-ut siang si-ang bayaran ba-yar-an soal so-al buaya bu-a-ya tuala tu-a-la | Ejaan | 23.03.2012 |
Apakah suku kata bagi perkataan " minuman" , "makanan", "pelajaran" , "dipelajari " ,"sayur-sayuran" dan "buah-buahan" ? contohnya , minuman- "mi-num-an" atau " mi-num-an" ? Terima kasih. | Suku kata bagi perkataan " minuman" , "makanan", "pelajaran" , "dipelajari " ,"sayur-sayuran" dan "buah-buahan" adalah seperti yang berikut: (i) mi-num-an, (ii) ma-kan-an, (iii) pe-la-jar-an, (iv) di-pe-la-jar-i, (v) sa-yur-sa-yur-an, (vi) bu-ah-bu-ah-an | Lain-lain | 22.04.2010 |
ayat dan frasa yang mana satu betul dan saya mohon penjelasan bagi setiap jawapan. 1a) Kim Ho menyangkutkan pakaian di dalam bilik b) Kim Ho menyangkut pakaian di dalam bilik 2 a) Hobi Adam ialah memelihara ikan hiasan b) Hobi Adam memelihara ikan hiasan 3 a)Tahun Baru Cina b) Tahun Baharu Cina 4 a)sayur sayuran b) sayur-sayuran | 1a) Kim Ho menyangkut pakaian di dalam bilik - kata kerja transitif aktif yang tidak membawa maksud menyebabkan dan manfaat seperti dalam apitan meN...kan. 2a) Hobi Adam ialah memelihara ikan hiasan b) Hobi Adam memelihara ikan hiasan. Kedua-dua ayat betul, kata pemeri ialah boleh hadir atau tidak dalam ayat tersebut. 3a) Tahun Baru Cina b) Tahun Baharu Cina - kedua-duanya diterima namun yang gramatis ialah Tahun Baharu Cina 4b) sayur-sayuran - kata ganda Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahsa Dewan, Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 20.02.2013 |
Penggunanaan perkataan galakkan dan elakkan adakah betul? Contoh ayat: Elakkan memakan makanan yang telah basi. Galakkan anak makan sayur-syuran. | Penggunaan perkataan tersebut betul kerana elakkan dan galakkan merupakan kata kerja yang menerima akhiran -kan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 183. | Tatabahasa | 23.12.2010 |
1. Respon kepada soalan saya yang lepas iaitu jika 'ya' merupakan kata pembenar, apakah bentuk kata terbitan 'ya' sekiranya digabungkan dengan imbuhan apaitan 'meN-...-kan'. Adakah 'mengeyakan', 'mengyakan' atau 'mengiakan'.( dengan membawa maksud bersetuju dengan pendapat orang lain) 2. "Saya" merupakan bentuk kata ganti nama diri orang pertama. Bagaimana pula dengan 'adik saya', 'abang saya' dan 'ibu saya'?. 3. Apakah bentuk ayat pasif bagi ayat aktif di bawah? i) Ibu saya menanam sayur di belakang rumah. | 1. Kata terbitan daripada perkataan ya ialah mengeyakan, jika perkataan ia menerbitkan perkataan beria-ia barulah menghasilkan perkataan mengiakan. 2. Saya ialah kata ganti nama diri pertama, manakala abang saya dan adik saya ialah frasa (bukan kata ganti nama diri). 3. Sayur ditanam ibu di belakang rumah. | Tatabahasa | 03.03.2012 |
1. Bolehkah perkataan "dan" dan "serta" muncul dalam satu ayat? Sebagai contoh: Ali pergi ke pasar bersama ibunya untuk membeli ikan, sayur-sayuran dan daging serta beberapa jenis barang runcit? 2. Adakah pembinaan ayat songsang hanya perlu menerbalikkan subjek dan predikat sahaja? 3. Biasanya apakah bezanya cara penggunaan imbuhan "me.....i" dan "me.....kan"? | Kata sendi 'dan' dan 'serta' boleh digunakan dalam satu ayat. Ayat songsang terbentuk melalui proses pendepanan atau penjudulan seluruh predikat atau sebahagian predikat. Walau bagaimanapun proses pendepanan secara berasingan boleh berlaku,iaitu pendepanan frasa adjektif, pendepanan frasa kerja dan pendepanan frasa sendi nama. Untuk keterangan lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 478. | Tatabahasa | 12.05.2009 |