Apakah perbezaan antara sayur-sayuran dan sayur-mayur dari segi : 1-maksud 2-penggunaan. Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, sayur-sayuran dan sayur-mayur mempunyai maksud yang sama, iaitu bermacam-macam (berjenis-jenis) sayur. | Makna | 10.09.2011 |
1) Beburung berterbangan (betul / salah) 2) Burung berterbangan (betul/salah) 3) Dedaun berguguran (betul/salah) 4) Daun berguguran (betul/salah) 5) Banyak jenis sayur-sayuran/ kuih-muih(betul/salah) 6) Banyak jenis sayur/kuih(betul/salah) 7) Pelbagai sayur-mayur(betul/salah) | Dari aspek semantik, ungkapan yang betul ialah: Burung berterbangan; Daun berguguran; Banyak jenis sayur/kuih kerana berterbangan bermaksud terbang banyak-banyak, berguguran bermaksud gugur dengan banyaknya dan sayur-sayuran/sayur-mayur bermaksud bermacam-macam jenis sayur. | Tatabahasa | 10.04.2011 |
Yang manakah betul? 1. Para tetamu beransur pulang ke rumah masing-masing. / Tetamu beransur pulang ke rumah masing-masing. 2. Pelbagai jenis sayur / pelbagai jenis sayur-sayuran/ pelbagai jenis sayur-mayur. 3. bergai-bagai jenis buah/ berbagai-bagai jenis buah-buahan | 1. Tetamu boleh menunjukkan tunggal atau jamak bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Dalam ayat contoh yang diberikan jelas menunjukkan ramai tetamu kerana adanya frasa "pulang ke rumah masing-masing". Oleh itu, ayat yang gramatis ialah "tetamu beransur pulang ke rumah masing-masing". 2. Pelbagai sayur. Perlbagai juga bermaksud jenis. 3. Bergai-bagaiĀ buah. Berbagai-bagai sama maksudnya dengan bermacam-macam. | Tatabahasa | 07.10.2012 |