apakah istilah bahasa melayu yang sesuai bagi scalability? | Salam sejahtera, Tuan, Pihak kami belum ada padanan perkataan scalability. Tetapi, kami ada padanan terjemahan untuk perkataan scalabale fon = fon boleh berskala dan scale drawing= lukisan berskala. Jadi, pihak kami mencadangkan padanan terjemahan untuk scalability ialah boleh skala jika sesuai dengan konteks ayat tuan. Sekian, terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.12.2017 |
Apa terjemahan scalable dan scalability dalam bidang peniagaan? | Padanan bagi istilah scalable dalam bahasa Melayu ialah boleh skala dan istilah scalability ialah kebolehskalaan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 02.08.2024 |
Apa terjemahan scaleable dan scaleability ? | Padanan bagi istilah scalable dalam bahasa Melayu ialah boleh skala dan istilah scalability ialah kebolehskalaan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.
| Istilah | 02.08.2024 |