Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata scholar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nama hotel bagi UTM ialah Scholar's Inn dan saya ingin nama ini ditukar kepada bahasa melayu. apakah nama dalam bahasa melayu yang sesuai bagi Scholar's Inn?Padanan scholar dalam bahasa Melayu ialah sarjana, cendekiawan, cerdik pandai, dan  orientalis. Kami berpendapat padanan ini tidak sesuai untuk digunakan sebagai nama hotel. Kami mencadangkan pihak tuan memilih nama tokoh ilmuwan tempatan khususnya dalam kalangan UTM sendiri untuk diabadikan pada nama hotel berkenaan.  Istilah19.08.2009
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya, adakah "Visiting Scholar" boleh diterjemahkan "Sarjana Pelawat"?Salam,

Untuk makluman, pangkalan data DBP memang tidak mempunyai istilah tersebut dan kami tidak dapat memberikan padanan yang tepat. Akan tetapi, terdapat contoh ayat dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP yang merujuk visiting scholar sebagai sarjana pelawat.
Penyemakan dan penterjemahan26.11.2015
Mohon khidmad nasihat untuk terjemahan perkataan 'Pendakwah' atau 'Mubaligh' khususnya kepada pendakwah atau mubaligh Muslim ke dalam Bahasa Inggeris. Contoh ayat seperti berikut:- Menurut cerita lisan tradisi, berabad-abad dahulu, para mubaligh belayar ke sepanjang kepulauan Melayu untuk menyebarkan agama Islam. According to traditional oral stories, centuries ago, missionaries sailed throughout the Malay archipelago to spread Islam. Adakah terjemahan perkataaan yang paling sesuai untuk ayat di atas. Cadangan : Muslim Preacher / Missionaries / Scholar Kerjasama dan khidmad nasihat dari pihak DBP amatlah di harapkan. Terima kasih

Perkataan Missionaries telah digunakan secara meluas untuk merujuk kepada penyebar agama. Cadangan kami supaya dimasukkan teks “muslim” atau “Islam” di hadapan perkataan Missionaries.

Istilah18.03.2022

Kembali ke atas