ISTILAH `CITIZEN SCIENCE' MERUPAKAN ISTILAH BARU YANG TELAH DIGUNAKAN SECARA MELUAS SEMENJAK AKHIR-AKHIR INI. APAKAH TERJEMAHAN YANG TEPAT DLM BM UNTUK 'CITIZEN SCIENCE' INI? UNTUK SEDIKIT PEMAHAMAN, CITIZEN SCIENCE MERUPAKAN ISTILAH UNTUK - ORANG BIASA YANG TIDAK TERLIBAT DALAM SAINS TETAPI MENYUMBANG DATA ATAU INFO KEPADA SAINTIS @ PENYELIDIKAN SAINS. | Pihak kami mencadangkan istilah ‘Citizen Science’ diterjemahkan kepada Sains Masyarakat atau Responden Kajian Sains, mengikut konteks yang sesuai. | Istilah | 11.11.2019 |
Salam, Alih bahasa: Diploma in Medical and Health Science Apakah cadangan DBP dalam Bahasa Melayu? Terima kasih. | Pihak DBP mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi Diploma in Medical and Health Science ialah "Diploma Perubatan dan Sains Kesihatan." | Lain-lain | 22.02.2022 |
Salam Sejahtera, saya dan rakan berminat untuk menterjemahkan satu buku oleh Dr Maurice Bucaille Bertajuk The Bible, The Qur'an and Science ke dalam bahasa melayu. Buku asal tulisan beliau adalah dalam bahasa French (La Bible, le Coran et la Science). Apakah prosedur yang perlu saya lakukan supaya buku tersebut dapat diterbitkan di bawah DBP? | Sebelum diterjemahkan, perlu mendapat izin daripada penerbit asal buku itu terlebih dahulu. Setelah semua aspek perundangan, izin dan hak cipta selesai, barulah buku itu boleh diterjemahkan dan dihantar kepada mana-mana penerbit yang berminat untuk menerbitkannya. Mungkin boleh dihantar ke Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) yang menerbitkan buku-buku terjemahan. Hal ini kerana DBP tidak lagi menerbitkan buku-buku terjemahan. | Lain-lain | 03.01.2013 |
Salam sejahtera. Boleh saya tahu apa terjemahan bagi perkataan "citizen science" dalam bahasa Melayu? Ketika ini, kami menggunakan istilah sains rakyat. Penggunaan isitlah ini dalam bidang sains dan juga sains sosial. Adakah isitlah ini betul? Terima kasih. | Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: citizen science - sains masyarakat Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 15.07.2021 |
Terjumpa istilah ini: SCIENCE POPULARIZATION. Apa terjemahan dalam bahasa Melayu? Adakah PEMPOPULARAN SAINS? Bagi perkataan dengan imbuhan "memper...kan", benarkah imbuhan "kan" dalam perkataan itu perlu/boleh digugurkan dalam penggunaannya? Contoh, cukup sekadar "mempertajam ilmu" bukan lagi "mempertajamkan ilmu." Adakah syarat ini terpakai dalam semua keadaan, dengan kata lain, apa-apa perkataan yang menerima imbuhan "memper...kan" boleh digugurkan imbuhan "kan"nya itu. Mohon nasihat. Terima kasih. | 1. Untuk makluman, tidak terdapat istilah khusus untuk SCIENCE POPULARIZATION. Walau bagaimanapun, terdapat istilah bahasa Melayu untuk popularization, iaitu popularisasi. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, popularization diterjemahkan sebagai usaha mempopularkan. 2. Awalan memper- dapat bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata tugas. Contohnya: memperalat (kata nama 'alat'), memperluas (kata adjektif 'luas' dan memperoleh (kata tugas 'oleh). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (ms. 177 - 181) | Istilah | 02.08.2011 |
Salam sejahtera, bolehkah Khidmat Nasihat DBP sarankan penterjemahan yang tepat ~ "Science of Learning in Education Center"? Adakah penterjemahan ini yang terbaik? : Pusat Sains Pembelajaran dalam Pendidikan Ribuan terima kasih Wassalam | Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "Science of Learning in Education Center" ialah Pembelajaran Sains dalam Pusat Pendidikan. Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat. | Makna | 23.03.2021 |
TERJEMAHAN CURRICULUM, INSTRUCTION. ASSESSMENT IN A DIVERSE SCIENCE CLASSROOM FOR EARLY CHILDHOOD AND PRIMARY | Mohon tuan/puan memberikan terjemahan ayat tersebut dalam bahasa Melayu supaya kami boleh menyemak dan mengesahkan penggunaan bahasa Melayu. Sekian. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.03.2018 |
Selamat Tengahari, Saya Sarah dari Tropical Marine Science Institute, Singapura. Saya perlukan sebuah buku cetakan Dr. Lokman Shamsudin pada tahun 1990. Tajuk buku ialah 'Diatom Marin di Perairan Malaysia'. Saya tidak dapat cari buku ini di online bookstore. Jadi, saya ingin tahu kalau DBP masih mencetak buku ini, dan berapa harga buku ini. Terima kasih. Sarah | Salam sejahtera Puan Sarah, Buku Diatom Marin di Perairan Malaysia sudah dihapus kira dan tidak dicetak ulang. Buku tersebut boleh dipertimbangkan untuk dicetak ulang sekiranya terdapat banyak permintaan daripada pembaca. Walau bagaimanapun, buku tersebut ada dalam simpanan Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, untuk pinjaman. | Lain-lain | 10.02.2010 |
Dear Sir/Madam, I am Kelvin Tan. I am final year student of Faculty of Computer Science and Information Technology in University of Malaya. Currently, I am doing my thesis with title "Malay Sentence Boundary Detection System". The function of this proposed system is to break a Malay text into sentences based on period, question mark, and exclamation mark. The motivation of this system is to support language translation, such as Malay to French, so that the result will be more accurate. I have questions about quotes used in the following text. As far as I know, it is compulsory to have an opened quote followed by a closed quotes. But why there is only one open quotes in the following sentences? How do you divide or break this text into sentences? ==================================== “Penyertaan kami pada Piala Dunia adalah pengalaman yang unik. Kami berada di sini untuk menikmati kehadiran kami, semua pemain sangat bersemangat. “Jika kami mahu mencatat keputusan yang baik, kami mesti memberi usaha dan tumpuan 100 peratus,’’ kata jurulatih kelahiran Jerman berusia 72 tahun itu, yang telah membawa Greece muncul juara Eropah pada 2004. =================================== Thank you for your time and cooperation. Yours Sincerely, Kelvin Tan Student Faculty of Computer Science and Information Technology, University of Malaya | Penggunaan tanda petik pembuka dan penutup hanya di awal dan di akhir pernyaataan. Contoh : "Bila sampai?" tanya Hussin. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan (halaman 77) atau buku-buku rujukan lain yang menerangkan berkenaan tanda baca. | Lain-lain | 15.06.2010 |
Saya sedang membuat terjemahan TedTeam untuk video bertajuk - The new science of "personalized vaccines." Ilmu sains baru tentang vaksin personal. Apakah makna personalized vaccine dalam bahasa melayu? Adakah maksudnya tepat? | Cadangan padanan bahasa Melayu untuk perkataan "personalized vaccin" ialah vaksin peribadi bergantung kepada konteks dan penggunaan ayat. | Istilah | 10.08.2020 |