Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata scout


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan yang lebih sesuai untuk "anti-reconnaissance device/anti scout device"? "Alat anti-tinjau" atau "alat anti-perisik"?Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

anti-scout device/anti-reconnaissance device - alat anti-peninjau

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain25.12.2021
Salam Sejahtera. Apakah terjemahan yang lebih sesuai untuk "Ant-Scout Device/Anti-reconnaissance device"? ""Alat anti-tinjau" atau "alat anti-perisik"?Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

anti-scout device/anti-reconnaissance device - alat anti-peninjau

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain25.12.2021
Saya ingin menanyakan maksud PENGAKAP (scout) High Clifford pernah mengatakan Dato' Bahaman ialah pengakap terhandal di Tanah Melayu. Apakah yang dimaksudkan dengan pengakap?Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, maksud "pengakap" ialah 1. persatuan beruniform yang dianggotai oleh kanak-kanak dan remaja, yang mengajar mereka membentuk sikap berdikari dan berperwatakan baik; 2. anggota persatuan ini; 3. orang yang mengintip seseorang atau sesuatu di sesuatu tempat untuk mencari atau mendapatkan maklumat.Makna24.12.2022
Apakah padanan yang sesuai untuk "apex predator" untuk ayat contoh di bawah: A sudden strike turns a location scout into a race against death and a personal trainer becomes the victim of an apex predator stalking the trails. Menurut Kamus Bahasa Inggeris, definisi yang diberikan ialah: n 1. highest point, peak, puncak, mercu, kemuncak; (tech) mercu, puncak: the ~ of a mountain,puncak gunung; the ~ of a triangle,mercu segi tiga; 2. pointed end, apeks; (of tongue, leaf) apeks, hujung: the ~ of the lung, apeks paru-paru; the ~ of the heart, apeks jantung; the ~ of the tongue, hujung lidah; 3. end, edge, crest of mineral vein, apeks; 4. climax, mercu, puncak: he was at the ~ of his career, dia berada di puncak kerjayanya. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan) Berdasarkan definisi di atas, mengikut pemahaman saya, "apex predator" merujuk kepada pemangsa yang berada di puncak piramid makanan. Mohon bantuan pihak Tuan/Puan untuk memberikan padanan yang sesuai mengikut konteks ayat contoh yang diberikan di atas. Terima kasih.Kami mencadangkan "apex predator" diterjemahkan sebagai "pemangsa puncak". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah18.06.2022

Kembali ke atas