| Salam. Apakah terjemahan tepat bagi istilah bahasa Inggeris "splash screen"? Splash screen merujuk kepada paparan grafik yang dipaparkan semasa sesebuah perisian baru dimulakan. Maklumat lanjut boleh diperoleh di sini: https://en.wikipedia.org/wiki/Splash_screen . Terima kasih | Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut: splash screen - skrin tampil Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 29.01.2022 |
| Apakah maksud istilah "print screen"? | Padanan bagi istilah print screen dalam bahasa Melayu ialah cetak skrin. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 25.02.2025 |
| Assalamualaikum, tuan/puan. Saya ingin menanyakan dua soalan. PERTAMA sekali, saya ingin menanyakan tentang istilah "splash screen", iaitu sebuah skrin/paparan yang muncul pertama kali sebaik sahaja kita membuka sesebuah aplikasi. Contoh yang paling dekat adalah pada aplikasi WhatsApp. Setelah kita menekan ikon aplikasi WhatsApp pada telefon pintar kita, akan keluar satu skrin yang memaparkan logo WhatsApp di tengah-tengah dan ada terlulis "from Facebook" di bawah. Itulah yang dipanggil "splash screen". NOTA: Tuan/puan mungkin perlu menutup aplikasi WhatsApp dengan menyingkirkannya daripada skrin "recents" supaya ia berhenti berjalan di latar dan membuka aplikasi tersebut semula untuk melihatnya. Untuk aplikasi lain, sama sahaja kebiasaannya. Ia akan memaparkan logo aplikasi tersebut di tengah-tengah sebelum ia membuka aplikasi sepenuhnya. Jadi, saya ingin mengetahui apakah istilah bagi "splash screen" tersebut dalam bahasa Melayu. KEDUA, saya ingin menanyakan tentang istilah "loading screen". Saya telah merujuk laman PRPM. Namun, tiada yang spesifik untuk istilah "loading screen". Kebanyakan istilah untuk komputer dinyatakan sebagai "pemuatan". Akan tetapi, bagi saya "skrin memuat" kedengaran lebih sesuai. Bagi pihak tuan/puan, adakah istilah yang sesuai bagi "loading screen" ialah "skrin pemuatan" atau "skrin memuat" atau ada istilah yang lebih sesuai. Saya inginkan pencerahan. | Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut: splash screen - skrin tampil loading screen - skrin pemuatan "pemuatan" merupakan proses memuatkan sesuatu kandungan atau pengisian. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 03.09.2021 |
| Salam DBP, Apakah padanan bahasa Melayu "mashrabiya screen" dalam bahasa Melayu? Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah mashrabiya screen ialah tabir mashrabiya.Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 15.12.2022 |
| Tuan, apakah terma bahasa melayu bagi: 1. projector 2. white screen (untuk projector) Sekian. | projector: projektor white screen : skrin Setakat ini, belum ada istilah yang khusus bagi perkataan yang dinyatakan. | Istilah | 02.08.2012 |
| Terjemahan untuk 'screen media devices', non-handheld gaming console, hanheld gaming console dan tablet | Cadangan terjemahan yang sesuai bagi perkataan yang diberikan ialah: screen media devices'- Peranti media layar non-handheld gaming console - Konsol permainan tanpa pegang hanheld gaming console dan tablet – tablet dan konsol permainan pegang | Makna | 04.06.2021 |
| Salam Tuan / Puan, Boleh saya dapatkan penjelasan apakah terjemahan istilah 'share screen' (yang biasa digunakan dalam aplikasi mesyuarat dalam talian) dalam Bahasa Melayu? | Cadangan terjemahan untuk 'share screen' ialah "kongsi skrin" | Penyemakan dan penterjemahan | 09.02.2022 |
| saya ingin mendapatkan makna istilah yang tepat dalam bahasa malaysia tentang: 1. i-pad 2. e-book 3. touch screen mobile phone 4. GPS (global positioning system) 5. PDA (personal digital assistant) 6. digital photo frame terima kasih | Padanan bahasa Melayu untuk istilah yang dikemukakan adalah seperti yang berikut: 1. i-pad - i-pad 2. e-book - e-buku 3. touch screen mobile phone - telefon bimbit skrin sentuh 4. GPS (global positioning system) - sistem kedudukan sejagat (GPS) 5. PDA (personal digital assistant) - pembantu digital peribadi (PDA) 6. digital photo frame - bingkai gambar digital | Istilah | 16.05.2012 |
| Salam. Saya ingin buat semakan dengan tuan/puan berkenaan ayat yang dipaparkan pada "graphics on screen" sebelum program bermula; "Adut themes" dalam ayat di bawah, adakah terjemahan sesuai ialah "paparan seksual eksplisit" atau bagaimana ya? Begitu juga dengan "This content contains...." Kita boleh terjemah sebagai "Program ini mengandungi" atau "Kandungan ini mengandungi"? "Kandungan" dan "mengandungi" bunyi macam kurang sesuai (berulang). Ayat: THIS CONTENT CONTAINS ADULT THEMES THAT MAY BE UNSUITABLE FOR SOME VIEWERS. VIEWER DISCRETION IS ADVISED. Saya ambil maklum "Viewer discretion is advised" diterjemah sebagai "Kebijaksanaan penonton amat diharapkan". Terima kasih atas segala maklum balas. | Kami mencadangkan terjemahan seperti yang berikut: Program ini mengandungi adegan yang mungkin tidak sesuai untuk sesetengah penonton. Kebijaksanaan penonton amat diharapkan. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.11.2018 |
| adakah terjemahan ini betul "screenshot" "syot skrin" | Istilah bahasa Melayu untuk screen shot ialah tangkap layar atau syot layar. | Istilah | 16.10.2012 |