Minta bantuan bagi terjemahan ayat teknikal seperti berikut: Site Screening Level Site Specific Target Level Contoh ayat: 1)Site Screening Level for contaminated sites in Malaysia 2)In the event a site clean up is required, the responsible parties shall justify the Site-Specific Target Levels (SSTLs) that are protective of human health and ecological well being | Kami tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Apa yang dapat kami bantu adalah dengan menyemak ayat yang telah diterjemahkan terlebih dahulu. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.09.2015 |
Apakah terjemahan yang paling sesuai untuk "soil vapor screening" , "dekontamination" Adakah pihak DBP punya sebarang sumber berkaitan untuk mengetahu glosari yang sahih bagi merujuk terjemahan kaedah-kaedah atau istilah kejuruteraan awam/alam sekitar | Penggunaan yang betul dalam bidang kejuruteraan ialah dekontaminasi (bahasa Inggeris - decontamination). Tidak ada padanan khusus untuk soil vapour screening. Dalam bidang kejuruteraan screening diterjemahkan kepada penskrinan atau penapisan, vapour diterjemahkan kepada wap dan soil ialah tanah. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.08.2015 |
Site screening level bermaksud nilai saringan tapak atau tahap saringan tapak? yang mana lebih tepat? Site specific target level = nilai sasaran tapak khusus atau nilai sasaran khusus tapak atau tahap sasaran tapak khusus? mohon pandangan. | Kami bersetuju dengan cadangan terjemahan yang berikut: (i) Site screening level - tahap saringan tapak. (ii) Site specific target level - tahap sasaran tapak khusus. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.09.2015 |
Minta bantuan bagi istilah ' Site Screening Level' dan 'Site Specific Target Level' dalam bahasa melayu yang terkandung dalam buku Contaminated Land Management Guiidelines. | Pihak saudara dimohon untuk memberikan konsep istilah tersebut dalam bidang khusus yang berkenaan. Namun begitu, cadangan awal yang dapat kami berikan: "Site Screening Level" = Tahap Saringan Tapak, "Site Spesific Target Level" = Tahap Sasaran Khusus Tapak. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.09.2015 |