salam sejahtera, 1. Perkataan-perkataan di bawah ini merupakan kata tunggal atau kata berimbuhan? i. selepas ii. pelbagai iii. seminggu terima kasih | Wkslm, Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, iaitu tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau ka dasar yang lain, seperti itu dan sudah. Kata selepas dan seminggu ialah kata terbitan bukan kata tunggal yang menerima imbuhan berbentuk awalan 'se'. Manakala pelbagai merupakan kata tunggal. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 47.
| Tatabahasa | 20.07.2018 |
1) adakah perkataan "hak milik" merupakan kata majmuk? sila berikan penjelasan... 2) adakah perkataan "selepas" merupakan kata tunggal?? apakah proses yang terjadi dalam perkataan "selepas", kerana kata dasarnya adalah "lepas" | Saudara Norliana, i. Perkataan 'hak milik' ialah kata majmuk berbentuk istilah, iaitu rangkai kata yang membawa satu konsep. ii. Kata selepas ialah kata terbitan bukan kata tunggal yang menerima imbuhan berbentuk awalan 'se'. | Tatabahasa | 15.03.2010 |
Salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang jawapan yang diberi untuk pertanyaan yang ditanya dalam Khidmat Nasihat baru-baru ini: Sila pilih frasa yang betul dari aspek tatabahasa. Terima kasih. 1. sangat amat tinggi 2. sangat tinggi amat 3. sangat sungguh tinggi 4. sangat tinggi sungguh 5. sungguh tinggi sangat 6. terkenal sekali 7. paling popular sekali 8. amat indah nian 9. sungguh indah sekali Jawapan yang diberikan ialah: Frasa yang betul ialah "Terkenal sekali". Bukankah Kata Penguat "ter" dan "paling" tidak boleh digunakan secara serentak dengan "sekali"? Jawapan yang diberikan agak mengelirukan... | Pola darjah penghabisan yang betul ialah: (i) se- + kata adjektif + gadaan + kata nama (sepandai-pandai tupai) (ii) ter- + kata adjektif (terpandai) (iii) paling + kata adjektif (paling pandai) (iv) kata adjektif + sekali (pandai sekali) (v) ter- amat/sangat + kata adjektif (teramat pandai) (vi) amat/sangat/sungguh + kata adjektif + sekali (amat pandai sekali) Tiada contoh frasa yang diberikan menepati cara-cara di atas. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 08.03.2022 |