Apakah terjemahan bagi istilah 'seal washer'? (kategori: kejuruteraan) | Untuk makluman belum ada istilah khusus untuk seal washer. Walau bagaimanapun, istilah seal mempunyai beberapa padanan bahasa Melayu seperti tutup, kedap dan meterai. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk seal washer ialah sesendal penutup. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.12.2015 |
SIDE SEAL | KEDAP SISI | Istilah | 22.12.2010 |
MANUFACTURING OF ENGINEERED SEALING SOLUTIONS - PERUSAHAAN KEJURUTERAAN ........ MINTA TOLONG TERJEMAHKAN MAKSUD SEALING SOLUTIONS. Terjemahan yang saya perolehi adalah pengedap tetapi ianya tidak menepati maksud perniagaan yang kami jalankan. Dibawah adalah penjelasan apa itu sealing solutions. Kilang ini menjalankan aktiviti mengilang produk Rubber Seal, Rubber Packer, Injectable Seal Compound/Sticks, Tooling and Machining Parts | Kami sarankan tuan/puan ajukan soalan ini terus ke Persatuan Penterjemah Negara untuk mendapat istilah yang lebih tepat. Walau bagaimanapun, dalam data kami terdapat terjemahan secara literal bagi perkataan "sealing" ialah "Pengedap, Penyelakan, Pemateri dan Adangan". | Penyemakan dan penterjemahan | 21.10.2014 |
Selamat Sejahtera! Please assist in checking the BM translations as below: 1. Made of food contact grade material. BM transalation: Diperbuat daripada bahan gred bersentuhan makanan. 2. Plastic bag with strong seal to prevent breakage. BM translation: Beg plastik berdinding kuat supaya tidak mudah koyak. 3. Security seal packed to avoid contamination. BM translation: Berbungkusan meterai keselamatan untuk mengelakkan kontaminasi. Thank you. | Terjemahan: a) Made of food contact grade material. Diperbuat daripada bahan gred sentuh makanan. b) Plastic bag with strong seal to prevent breakage. Beg plastik kedap udara supaya tidak mudah koyak. c) Security seal packed to avoid contamination. Bungkusan meterai keselamatan untuk mengelakkan pencemaran. | Makna | 26.08.2019 |
Perkataan “seal” dipadankan dengan“melak”. Kami bercadang untuk menggunakan padanan “mengelak”. Bolehkah padanan ini digunakan dan adakah ia teratur dari sudut tatabahasa? Sebagai contoh dalam konteks ini: (1) Jika seorang pegawai yang diberi kuasa telah mengambil atau selainnya mendapatkan suatu sampel makanan mengikut seksyen 5 Akta bagi maksud analisis fizikal atau kimia, dia hendaklah— (a) membahagikan sampel itu kepada tiga bahagian berasingan dan hendaklah menanda serta melak atau mengikat tiap-tiap bahagian dengan apa-apa cara yang boleh mengikut keadaannya.”. Terima kasih. | Padanan seal dalam bidang undang-undang ialah tutup; materi; mohor; kedap; dan anjing laut bergantung pada konteks penggunaannya. Berdasarkan konteks ayat yang diberi cadangan kami seal diterjemahkan kepada tutup/menutup - Jika seorang pegawai yang diberi kuasa telah mengambil atau selainnya mendapatkan suatu sampel makanan mengikut seksyen 5 Akta bagi maksud analisis fizikal atau kimia, dia hendaklah— (a) membahagikan sampel itu kepada tiga bahagian berasingan dan hendaklah menanda serta menutup atau mengikat tiap-tiap bahagian dengan apa-apa cara yang boleh mengikut keadaannya.
| Istilah | 28.05.2021 |
Hello, I would like to apply for signs advertising banners. I need your seal. Thank you | Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. | Lain-lain | 30.06.2014 |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya ingin dapatkan padanan terjemahan untuk istilah "sign" dan "soul" bagi konteks ayat berikut: "In demonology, a seal, also known as a sigil, is the signature of a devil, demon or similar spirit, usually in order to sign a soul away." | Cadangan terjemahan yang sesuai mengikut konteks ayat yang diberikan bagi "usually in order to sign a soul away" ialah kebiasaannya untuk menggadaikan jiwa. | Makna | 25.01.2021 |
Apakah padanan dalam bahasa Melayu untuk perkataan "thereby reserved" bagi konteks ayat seperti berikut: AND WHEREAS by a Deed Poll dated 21 November 1930, under the hand and seal of Edward John Higgins and afterwards enrolled in the Central Office of the Supreme Court of Judicature in England the provisions of the Supplemental Deed of Constitution were (pursuant to a power in that behalf thereby reserved) added to and varied: | Untuk makluman, pihak DBP tidak membuat kerja-kerja penterjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila terjemahkan perkataan atau ayat bahasa asing tersebut dalam bahasa Melayu agar pihak kami dapat menyemak dan memberikan cadangan padanan yang sesuai. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.10.2023 |
Boleh saya dapatkan istilah ini dalam bahasa melayu yang tepat? 1 door lock 2 spare tire bracket 3 lorry wooden body 4 lorry body part 5 door holder 6 ventilation plate 7 nylon bush 8 lashing ring 9 fastener 10 cargo truck 11 partition hanger 12 aluminium edge 13 corner engle 14 cargo belt 15 rubber stopper 16 door seal 17 mud flap 18 door hinge seal 19 curtainsider tensioner 20 roller shutter 21 lorry steel body 22 lorry box van body 23 handle lock 24 handle 25 lock 26 oil tank cover 27 gas spring absorber 28 aluminium profile 29 awning 30 LED room lamp 31 LED pilot lamp 32 LED side lamp 33 LED tail lamp. Saya cuba menterjemahkan tetapi dibimbangi terjemahan itu salah. diharapkan pihak DPB dapat membantu untuk tugasan saya di tempat kerja. Terima kasih. | Istilah yang tepat mengikut bidang kejuruteraan adalah seperti berikut: 1. door lock = kunci pintu 2. spare tire bracket = pendakap tayar simpanan 3. lorry wooden body = badan kayu lori 4. lorry body part = bahagian badan lori 5. door holder = pemegang pintu 6. ventilation plate = plat pengalihudaraan 7. nylon bush = sesendal nilon 8. lashing ring = gegelang pengikat/cecincin pengikat 9. fastener = pengetat 10. cargo truck = trak kargo 11. partition hanger = penyangkut pembahagi 12. aluminium edge = pinggir aluminium/ tepi aluminium 13. corner angle = sudut/penjuru/bucu 14. cargo belt = tali pengikat kargo/sawat kargo 15. rubber stopper = penahan getah 16 door seal = penutup pintu 17. mud flap = penahan lumpur 18. door hinge seal = penutup engsel pintu 19. curtainsider tensioner = penegang penutup 20. roller shutter = penutup jendela gulung 21. lorry steel body = badan besi lori 22. lorry box van body = peti lori bersaiz van 23. handle lock = kunci pemegang 24. handle = pemegang 25. lock = kunci 26. oil tank cover = penutup tangki minyak 27. gas spring absorber = penyerap spring bergas 28. aluminium profile = profil aluminium 29. awning = sengkuap 30. LED room lamp = lampu bilik LED 31. LED pilot lamp = lampu panduan LED 32. LED side lamp = lampu sisi LED 33. LED tail lamp = lampu belakang LED | Istilah | 19.12.2019 |
Salam, apakah terjemahan bahasa Melayu untuk istilah inggeris berikut, "resealable plastic bag"? Terima kasih. | Untuk makluman belum ada istilah khusus untuk resealable plastic bag. Walau bagaimanapun, istilah seal mempunyai beberapa padanan bahasa Melayu seperti tutup, kedap dan meterai. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk resealable plastic bag ialah beg plastic boleh tutup semula. | Istilah | 20.09.2012 |