Assalamualaikum, saya ingin bertanyakan tentang sebutan suku kata yang betul mengikut silibus terkini. Saya ada melampirkan rakaman suara untuk rujukan pihak tuan/puan. Contoh : b/a ba t/u tu = batu (dalam sebutan ejaan) b~ a~ ba t~ u~ tu = batu (dalam sebutan 'phonetics'/ sebutan suku kata terbaru) Seandainya tidak menjadi keberatan, sila sertakan sekali contoh dan keterangan bagi pertanyaan saya ini. Sekian, terima kasih. | Dalam sistem ejaan bahasa Melayu, sebutan adalah sepertimana yang dieja, contohnya perkataan batu, dieja b.a - ba + t.u - tu, maka disebut batu. Untuk makluman tuan sistem sebutan atau dalam istilahnya disebut fonetik diajar khusus dalam bidang linguistik, manakala pada peringkat asas pembelajaran bahasa Melayu lazimnya pelajar diajar menyebut sepertimana ejaan. | Tatabahasa | 05.06.2013 |
Seandainya - perkataan ini boleh digunakan di tengah ayat seperti berikut? Perlawanan bola sepak akan ditangguhkan seandainya hujan yang turun dengan lebat itu tidak berhenti lima minit dari sekarang | Boleh digunakan pada pertengahan ayat tetapi lazimnya kata seandainya/sekiranya digunakan pada pangkal ayat. | Tatabahasa | 07.10.2011 |
Seandainya timbul keperluan,adakah wajar kita menghapuskan satu spesis untuk kelangsungan hidup satu spesis yang lain? | Mohon maaf, Soalan Sdr tidak berkaitan dengan Khidmat Nasihat DBP. Sdr dicadangkan merujuk pihak-pihak lain yang berkaitan. | Lain-lain | 14.08.2010 |
Saudara, Apakah gunanya diwujudkan ruang Khidmat Nasihat DBP ini seandainya soalan-soalan yang dikemukakan tidak pun dijawab? Saya berasa amat kesal. | Khidmat Nasihat DBP merupakan salah satu saluran untuk membantu pelanggan dalam hal kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan. Jawapan yang kami berikan berdasarkan maklumat dalam sumber rujukan kami. Sebagai pengguna bahasa kita boleh merujuk sumber primer dan sekunder termasuk institusi lain seperti ITNM, pusat bahasa di IPTA, pakar bahasa selain buku tatabahasa. | Lain-lain | 18.04.2012 |
Saya ingin bertanya tentang kursus diploma lingustik atau seandainya di dewan bahasa. | Dewan Bahasa dan Pustaka tidak mengendalikan kursus Diploma Linguistik. Sdr. boleh mendapat maklumat tentang perkara ini daripada universiti awam di negara ini seperti Um, UKM, UPM dsb.. | Lain-lain | 05.09.2007 |
1.apakah perbezaan antara kalau atau sekiranya?adakah kalau digunakan di depan ayat manakala sekiranya tidak dapat? | Kalau boleh berfungsi sebagai kata hubung (kata sendi) untuk menyatakan syarat (sebagaimana yg dihuraikan berikutannya), seperti contoh ayat: pekerja-pekerja akan berhenti mogok kalau pihak majikan menerima tuntutan mereka; dan kalau juga boleh bermaksud seandainya, sekiranya, contoh: kalau/sekiranya/seandainya begitu tentu Ahmad tak akan lama tinggal di rumah bukan? ... | Tatabahasa | 25.08.2009 |
Ingn tahu peranan DBP untuk mengatasi penggunaan bahasa SMS yang kian berluasa penggunaannya dikalangan masyarakat. Bagimanakah seandainya penggunaan bahasa SMS tidak dapat di kawal. | Khidmat Pesanan Ringkas (short message service - SMS) merupakan suatu khidmat yang begitu popular dalam kalangan pengguna telefon bimbit. SMS telah dilancarkan secara komersial di Malaysia pada tahun 1995. Bahasa SMS ialah bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi secara tulisan melalui saliuran SMS, dan bahasa yang lazim digunakan ialah bahasa yang tidak baku atau bahasa basahan. Bahasa ini dari aspek leksikalnya mempunyai unsur-unsur campuran antara bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa daerah / dialek. Penggunaan bahasa SMS yang tidak terkawal dan sewenang-wenangnya oleh pengguna SMS, terutamanya dalam SMS yang disiarkan di TV telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ahli bahasa kerana gejala ini boleh memberi kesan buruk terhadap perkembangan bahasa Melayu. Dalam hal ini, DBP telah mengusahakan buku Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) sebagai rujukan pengguna, dan khususnya dalam penggunaan SMS bagi tujuan rasmi. Sdr. boleh membuat rujukan Panduan Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) bahasa Melayu di laman web ini http://www.dbp.gov.my/khidmatsms.pdf. Selain itu juga, bagi membantu sdr. menyelesaikan persoalan ini, sdr. bolehlah mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk membuat penyelidikan. Untuk makluman, keahlian Rakan Dewan terbuka kepada individu rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Keterangan tentang Rakan Dewan dan borang keahlian boleh didapati di laman DBP di bawah menu Perkhidmatan. Sdr. boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan. Sila kunjungi atau hubungi Pusat Dokumentasi Melayu di talian 03-2148 3541/3540 sekiranya sdr. memerlukan maklumat lanjut. | Lain-lain | 13.07.2010 |
Assalammualaikum dan salam sejahtera, terima kasih diatas maklumbalas menegenai penyertaan saya dalam sayembara 2005. Saya ingin bertanya, seandainya karya yang saya hantar tidak memenangi sayembara, adakah saya masih boleh menghantar hasil tersebut ke mana-mana pertandingan atau sayembara setelah saya membuat pembaharuan dan penambahbaikkan? | Saudara boleh menghantar karya saudara ke mana-mana pihak yang saudara inginkan, sama ada untuk menyertai sayembara atau peraduan lain, atau untuk diterbitkan, kerana pihak DBP tidak mengikat apa-apa perjanjian dengan saudara dan tidak memegang sebarang atas karya yang tidak memenangi sebarang hadiah. | Lain-lain | 21.06.2008 |
Bolehkah saya tahu kenapa ayat tanya dengan kata tanya dan ayat tanya mudah kerap digunakan di sesebuah novel? | Untuk makluman, ayat tanya atau kata tanya yang digunakan dalam sesebuah novel atau karya sastera kreatif itu bergantung kepada kekreatifan seseorang penulis. Tidak ada sekatan atau kesalahan seandainya diguna sekerap atau sekurang mana pun, asalkan sesuai pada cerita dan jalan ceritanya. | Lain-lain | 08.09.2015 |
Tuan, "cuba kata" ialah frasa atau kata majmuk? Adakah "cuba kata" ialah frasa atau kata majmuk (saya tak pasti) yang bertugas sebagai kata hubung (atau frasa hubung?) keterangan syarat? Kata hubung keterangan syarat seperti "jika", "jikalau", "andai kata", "seandainya". Jadi, adakah "cuba kata" ialah kata atau frasa hubung keterangan syarat? | Tidak ada maklumat dan contoh penggunaan "cuba kata" dalam pangkalan data kami. Untuk makluman tuan kata majmuk dibina dengan rumus yang tertentu, tidaklah dengan hanya menggabungkan mana-mana dua perkataan untuk menghasilkan kata majmuk. | Tatabahasa | 17.01.2015 |