Salam sejahtera. Samakah maksud seantero dunia dengan tersohor. Sekian. | Seantero bermaksud seluruh dunia, manakala tersohor pula bermaksud termasyhur. | Lain-lain | 07.08.2016 |
Salam, bolehkah tanya (seantero masyarakat) boleh digunakan? | Seantero bermaksud seluruh, namun lazimnya kita menggunakan frasa seluruh masyarakat bukan seantero masyarakat. Seantero dunia ialah perkataan yang lazim ditemukan dalam pelbagai wacana. | Tatabahasa | 30.09.2013 |
saya telah mencari maksud bg saentero namun tidak memperolehi jwpn, walaupun digunakan dalam penyiaran. adakah wujud penggunaan ayat 'saentero'. adakah ayat ini boleh digunakan dalam 'saentero dunia'? | Ejaan yang betul bagi perkataan saentero ialah seantero. Kata dasar bagi seantero ialah antero yang membawa maksud seluruh, segenap. Ia berasal daripada bahasa Portugis dan ia boleh digunakan untuk menyatakan berkenaan dunia, seperti seantero dunia (seluruh dunia). | Makna | 07.12.2006 |