Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n see SEASON. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n st that adds flavour, perasa: I think the dish needs a little more ~, saya rasa masakan itu memerlukan perasa sedikit lagi; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seasoning


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Italian seasoningPerasa ItaliEjaan10.06.2013
Salam tuan, apa terjemahan bagi istilah 'seasoning' dalam mengilatkan(?) alat perkakas memasak? Terima kasih, tuan.Waalaikumussalam...
Maksud istilah seasoning dalam bidang kesenian, sosiologi dan kejuruteraan ialah pengeringan; perasa; pembiasaan.  
Makna16.03.2018
perasa atau perisa ?

Saudara,

Perkataan perisa ialah padanan bahasa Melayu bagi perkataan flavour dalam bahasa Inggeris, manakala perkataan perasa ialah padanan bahasa Melayu bagi perkataan seasoning dalam bahasa Inggeris. 

Istilah16.09.2010
Saya ingin tahu maksud perkataan perasa & perisa. Sekiranya saya ingin mengunakannya untuk produk makanan contohnya mee segera , mana yang lebih sesuai? Perisa ke perasa. Contohnya : Mee segera Perasa Sup @ Mee Segera Perisa Sup?Perasa bermaksud benda yang memberi rasa pada masakan dan sebagainya, manakala perisa ialah bahan yang dibubuh dalam makanan atau minuman untuk menambah rasa enaknya. Untuk membantu saudara membezakan kedua-dua perkataan tersebut, perisa ialah padanan bahasa Melayu bagi perkataan flavour, manakala perkataan perasa ialah padanan bahasa Melayu bagi perkataan seasoning.Makna09.05.2012
apakah perkataan yang sesuai untuk No Added Flavourings dalam bahasa melayu 1) Tanpa bahan perisa 2) Tanpa perasa tambahan

Padanan yang tepat untuk No Added Flavourings dalam bahasa Melayu ialah tanpa perisa tambahan. Untuk makluman saudara, perasa bermaksud benda yang memberi rasa pada masakan dan sebagainya, manakala perisa ialah bahan yang diletakkan ke dalam makanan atau minuman untuk menambah rasa enak. Untuk membantu saudara membezakan kedua-dua perkataan tersebut, perisa ialah padanan bahasa Melayu bagi perkataan flavour, manakala perkataan perasa ialah padanan bahasa Melayu bagi perkataan seasoning.


Istilah24.03.2020

Kembali ke atas