| Saya ingin tahu apa maksud 'ADIK BERADIK TIRI' ? Hubungan yang macamana terjadinya adik beradik tiri. Apakan istilah untuk 'adik beradik sebapa atau seibu'. Adakah istilah adik beradik tiri boleh digunakan? Terima Kasih. | Adik-beradik kandung ialah beberapa orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan (kerana seayah atau seayah dan seibu), oleh itu adik-beradik tiri ialah anak ibu (berlainan bapa) atau bapa tiri. Adik-beradik sebapa ialah sama bapa tetapi berlainan ibu, dan adik-beradik sibu ialah sama ibu tetapi berlainan bapa. | Istilah | 18.09.2009 |
| apa maksud waris kadim | Kadim ialah kerabat, saudara yg dekat. Sekadim pula ialah seketurunan yg dekat (spt adik-beradik dll); saudara ~ saudara seayah. Waris pula ialah 1. orang atau pihak yg berhak menerima pusaka orang yg telah meninggal: apabila seseorang mati meninggalkan harta, maka harta itu mestilah diturunkan kpd ~nya; ahli ~ orang yg menjadi waris; 2. penjaga atau wali (kanak-kanak): apakah hukumnya jika penjaga atau ~ kanak-kanak yg berumur tujuh hingga sepuluh tahun mengabaikan ajaran sembahyang kpd kanak-kanak tersebut? | Makna | 30.12.2009 |
| Kalau sesebuah keluarga mempunyai 2 orang anak, ayat mana yang betul ? (a) Saya mempunyai dua orang adik-beradik. (b) Saya mempunyai seorang adik-beradik. ataupun penggunaan 'adik-beradik' tidak sesuai dalam konteks ini. Kalau begitu, bolehkah pihak tuan sila berikan skop penggunaan perkataan 'adik-beradik' yang betul ? Terima kasih. | Perkataan adik beradik bermaksud 1. (beberapa orang) yang mempunyai hubungan kekeluargaan(kerana seayah dan seibu), bersaudara. Yang betul ialah saya mempunyai dua orang adik- beradik. Sila rujuj Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 9. | Tatabahasa | 26.03.2009 |