Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebagai mana


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) SEBAGAIMANA ATAU SEBAGAI MANA (MANAKAH AYAT YANG BETUL) 2) PENGGUNAAN PERKATAAN 'BAHARU' DAN 'BARU'1. Ejaan yang betul ialah sebagaimana
2. Menurut Kamus Dewan baru dan baharu sebagai kata adjektif kerap kita temui dalam ayat seperti rumah baru/baharu, kawan baru/baharu dan kereta baru/baharu. Walau bagaimanapun sebagai kata bantu perkataan baru digunakan seperti baru sampai dan baru sebentar tadi.
Tatabahasa26.02.2018
Encik Zainal dan isterinya berasa kecewa kerana anak mereka ,Roslan gagal masuk mana-mana universiti sebab keputusan peperiksaannya yang tidak cemerlang Beberapa orang penduduk kampung itu sedang berusaha tanah yang dibiarkan sebagai sahutan saranan kerajaan menghijaukan bumi. Dalam setiap ayat di bawah,terdapat beberapa kesalahan.“Mana-mana”sepatutnya jawaban yang betul ialah “mana” ya?Minta Puan/Tuan (Beliau )boleh membantu saya.Terima kasih

Ayat yang betul:

1. Encik Zainal dan isterinya berasa kecewa kerana anak mereka, iaitu Roslan gagal memasuki mana-mana universiti disebabkan keputusan peperiksaannya yang tidak cemerlang.

2. Beberapa orang penduduk kampung itu sedang mengusahakan tanah yang terbiar sebagai langkah menyahut saranan kerajaan supaya menghijaukan bumi.

Untuk makluman, penggunaan perkataan “mana” tidak betul dalam contoh ayat yang diberikan. Walau bagaimanapun, perkataan “mana-mana” juga boleh ditiadakan atau digugurkan kerana teks “gagal memasuki universiti” sudah menunjukkan yang Roslan tidak dapat memasuki unversiti kerana keputusannya yang tidak cemerlang.

Tatabahasa15.01.2021
Salam sejahtera, Bagaimanakah penggunaan ayat 'di mana' & 'yang mana' dengan betul. Ini kerana saya sering kali lihat ayat 'di mana' wujud di pertengahan ayat sebagai penghunga ayat. Sebagai contoh: "penerbitan buku ini amat penting di mana ianya merupakan sumber rujukan kepada ...... " Adakah ini betul?Untuk makluman, frasa 'yang mana' dan 'di mana' sebagai kata hubung tidak boleh digunakan dalam ayat kerana merupakan terjemahan langsung bagi perkataan which dan where dalam ayat penyata bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Frasa 'Di mana' hanya digunakan dalam ayat tanya, seperti 'Di mana dia belajar?.Tatabahasa14.07.2017
Salam sejahtera, Bagaimanakah penggunaan ayat 'di mana' & 'yang mana' dengan betul. Ini kerana saya sering kali lihat ayat 'di mana' wujud di pertengahan ayat sebagai penghubung ayat. Sebagai contoh: "penerbitan buku ini amat penting di mana ianya merupakan sumber rujukan kepada ...... " Adakah ini betul? Adakah 'di mana' merujuk kepada tempat sahaja dan 'yang mana' : merujuk kepada yang mana satu daripada beberapa benda? Mohon pencerahan selanjutnya... Sekian, terima kasih.Untuk makluman, frasa 'yang mana' dan 'di mana' sebagai kata hubung tidak boleh digunakan dalam ayat kerana merupakan terjemahan langsung bagi perkataan which dan where dalam ayat penyata bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Frasa 'Di mana' hanya digunakan dalam ayat tanya, seperti 'Di mana dia belajar?.Tatabahasa14.07.2017
Salam, saya ingin bertanya mengenai kata hubung di mana dan yang mana yang menjadi kekeliruan untuk digunakan sebagai kata hubung. Benarkah, tiada perkataan di mana sebagai kata hubung, sebaliknya perlu menggunakan yang mana untuk menghubungkan ayat? Sekian, terima kasih "Sepanjang tahun ini, pelbagai perancangan dan aktiviti berimpak tinggi telah dijalankan oleh LGM terutamanya di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) di mana empat Projek Permulaan (EPP) telah dikenal pasti. ".Perkataan "yang mana" dan "di mana" tidak digunakan kerana frasa ini lebih merupakan terjemahan langsung bagi perkataan which dan where dalam ayat penyata bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Berdasarkan ayat contoh yang diberikan, ayat yang gramatis "Sepanjang tahun ini, pelbagai perancangan dan aktiviti berimpak tinggi telah dijalankan oleh LGM terutamanya di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Empat Projek Permulaan (EPP) telah dikenal pasti  di bawah NKEA".Tatabahasa27.08.2012
Berhubung dengan penggunaan perkataan 'hazard' dalam mana-mana teks versi bahasa kebangsaan. Saya mendapati perkataan 'hazard' telah digunakan secara meluas dalam teks bahasa kebangsaan sekiranya ianya melibatkan isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Malah rujukan saya terhadap laman sesawang Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan atau lebih dikenali dengan DOSH juga menggunakan terma 'hazard' dalam apa-apa sumber rujukannya. Persoalan saya adakah menjadi suatu kesalahan sekiranya mana-mana dokumen atau manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan versi bahasa kebangsaanmenggunakan perkataan' hazard' tanpa diterjemahkan ke dalam versi bahasa kebangsaan. Rujukan saya terhadap khidmat nasihat dalam laman web dbp mendapati bahawa perkataan ini hendaklah diterjemahkan ke bahasa kebangsaan. Persoalah saya juga adakah relevan sekiranya perkataan 'hazard' dikekalkan penggunaannya tanpa perlu diterjemahkan memandangkan ianya telah dipakai secara meluas. Sekiranya DBP tidak bersetuju, adakah pihak di luar sana maklum bahawa pengunaan perkataan ini dalam mana-mana dokumen versi bahasa kebangsaan adalah tidak dibenarkan. Pohon jawapan segera. Kerjasama didahului dengan ribuan terima kasih. Sekian.Perkataan "hazard" tidak diterima sebagai kata pinjaman dalam bahasa Melayu. Perkataan "hazard" perlu diterjemahkan dan mempunyai beberapa padanan bahasa Melayu seperti bahaya, mudarat, risiko, ancaman, halangan, bencana, mala petaka dan nahas.Istilah14.05.2014
Bercadang untuk menggunakan perkataan 'trade' dan commerce' dalam satu ayat. Apakah padanan bagi perkataan 'trade' dan 'commerce' dalam BM? contoh ayat: apa-apa usaha niaga atau penglibatan dalam mana-mana tred , perdagangan, profesion, pekerjaan atau mana-mana aktiviti seumpamanya yang lain adakah tred perkataan yang tepat bagi membezakan perkataan 'trade' dan c'comerce'?Tiada perbezaan yang ketara berkaitan perkataan "trade" atau "commerce" kerana kedua-dua perkataan ini diterjemahkan sebagai "perniagaan" atau "perdagangan". Kedua-dua perkataan ini juga boleh digunakan di dalam satu ayat secara bersilih ganti. Tiada istilah "tred" yang merujuk bidang Perniagaan atau Perkhidmatan Kewangan.Makna20.04.2022
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Dalam usaha memartabatkan bahasa Malaysia, saya mohon khidmat nasihat tuan untuk perkataan yang sesuai bagi perkataan "relief" di dalam Bahasa Malaysia. Adakah terdapat perkataan lain yang lebih sesuai daripada perkataan Inggeris yang dimelayukan kepada "relief". Struktur ayat adalah seperti berikut: Tiada seorang pun, dalam mana-mana prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan benda yang disita pada menjalankan atau yang berupa sebagai pelaksanaan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Enakmen ini, berhak mendapat kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau RELIEF lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah. Sekian, terima kasih.

Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu “pampasan”. Padanan ini bergantung pada konteks dan konsep penggunaannya.

Lain-lain19.03.2024
mengapa ejaan Ehsan di dalam Selangor Darul Ehsan dibenarkan? dan bukan dieja sebagai Ihsan? Jika mana-mana syarikat mahu menggunakan nama ihsan tetapi dieja sebagai contohnya : Ehsan Takaful Berhad; adakah ini menjadi kesalahan, ataupun adakah ini dibenarkan kerana ia adalah suatu ejaan unik yang dimahukan oleh sesebuah syarikat. Adakah ejaan ini akan diberi/dianggap sebagai pengecualian seperti di dalam Selangor Darul Ehsan?Terima KasihEjaan yang betul ialah ihsan. Tidak ada kata ehsan dalam bahasa Melayu kecuali yang telah digazetkan kepada Selangor Darul Ehsan. Oleh itu, penamaan dan ejaan yang betul ialah Takaful Ihsan Berhad.Lain-lain29.10.2010
7. Mana-mana pinjaman atau bahagian pinjaman yang diberikandibuat daripada Kumpulan Wang dan caj perkhidmatan yang kena dibayar berkaitan dengan pemprosesan, kelulusan, pengurusan, penebusan dan mendapatkan bayaran dapatan balik pinjaman hendaklah disifatkan sebagai hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan dan hendaklah didapatkan semula dengan sewajarnya. 7. Any loan or part of a loan made out of the Fund and service charge due in connection with the processing, approval, management, redemption and recovery of the loan shall be deemed to be a debt due to the Government and shall be recovered accordingly. Apakah padanan bagi recovery of the loan? Adakah sesuai jika dubah kepada 'pemerdapatan pinjaman'?Cadangan terjemahan dalam bahasa Melayu bagi recovery of the loan ialah dapatan balik pinjaman.
Penyemakan dan penterjemahan28.03.2022
12345678910...

Kembali ke atas