Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ba.gai.ma.na] | سباݢايمان

Definisi : seperti (yg dikehendaki dll), sama (halnya) dgn, seperti mana: sekolah itu dapat memberi pendidikan ~ yg dikehendaki; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ba.gai.ma.na] | سباݢايمان

Definisi : seperti (yg ada, yg dikehendaki, yg dirujuk dsb); sama halnya dgn: Dia melakukannya ~ yg dikehendaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebagaimana

Peribahasa

Buntar dikeping,
     suarang diagih.

Bermaksud :

Harta perserikatan dibahagi sebagaimana mestinya apabila suami isteri atau orang yang berkongsi bercerai. (Peribahasa lain yang sama makna: Suarang diagih, sekutu dibelah). buntar = bulat; suarang = harta milik.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pasangan "Sebagaimana...begitu juga" tergolong dalam kata apa dalam BM? Contoh ayat: Sebagaimana dengan ibunya yang mengabaikan keluarga, begitu juga dengan anaknya yang kurang ajar. Soalannya: Adakah "dengan" diperlukan selepas "sebagaimana"" Atau memadai setakat mengatakan "Sebagaimana ibunya yang mengabaikan keluarga, begitu juga dengan anaknya yang kurang ajar"? Terima Kasih.Sebagaimana bermaksud sama halnya dengan, oleh itu tidak perlu lagi diikuti kata dengan.Tatabahasa08.09.2011
Salam sejahtera. Penggunaan kata sebagaimana dalam ayat ini betul? Ayat: Kita haruslah menghargai masa sebagaimana Siti bangun awal setiap pagi.

Berdasarkan Kamus Dewan, "sebagaimana" bermaksud seperti (yang dikehendaki dan lain-lain), sama (halnya) dengan, seperti mana. Oleh itu, "sebagaimana" boleh digunakan dalam ayat yang diberikan dengan sedikit pembetulan. Ayat: Kita haruslah menghargai masa sebagaimana Siti yang bangun awal setiap pagi. 

Tatabahasa15.02.2014
Sebagaimana yang diketahui, perkataan tuan atau puan sekiranya tidak merujuk kata nama khas kepada seseorang adalah ditulis dengan huruf kecil. Sekiranya perkataan YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan berada ditengah-tengah ayat, adakah T dan P juga hendaklah huruf kecil iaitu YBhg. Dato'/Datin/tuan/puan. Contoh ayat: "Kami berharap dengan sumbangan daripada YBhg. Dato'/Datin/tuan/puan akan memudahkan urusan pengendalian program ini" atau T dan P hendaklah ditulis huruf besar juga. Sekian, terima kasih atas penjelasan tuan.Dalam surat rasmi, di bahagian kata sapaan permulaan ayat Tuan/Puan perlu dieja dengan huruf besar. Manakala ejaan tuan/puan di tengah ayat ialah huruf kecil.Ejaan05.05.2020
Sebagaimana yang kita sedia maklum, kata pemeri 'ialah' digunakan sebelum kata nama. Bolehkah kita menggunakan kata pemeri 'ialah' sebelum kata kerja? Contoh : Hobinya ialah memancing ikan.

Kata pemeri 'ialah' tidak boleh digunakan sebelum kata kerja. Hobinya memancing ikan.

Tatabahasa31.03.2010
Penggunaan 'seperti' atau 'sebagaimana'.. MBK mengikuti aktiviti kokurikulum seperti murid lain... atau MBK mengikuti aktiviti kokurikulum sebagaimana murid lain. Mana ayat yang betul?Perkataan sepertimana, sebagaimana dan seperti mempunyai maksud yang sama (boleh rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat). Maka, penggunaan salah satu daripada sepertimana, sebagaimana atau seperti betul dalam ayat yang dikemukakan.Tatabahasa13.09.2018
Operasi besar-besaran hendaklah dibuat sebagaimana yang telah dilakukan dalam usaha membanteras VCD cetak rompak. (Munsyi, saya ada membaca tentang istilah sebagaimana , seperti mana tidak sesuai digunakan dalam ayat, sama seperti yang mana, di mana. adakah ini benar? TK)Perkataan sebagaimana dan sepertimana boleh digunakan. Penggunaan perkataan ini tidak sama seperti perkataan yang mana dan di mana dalam ayat penyata. Perkataan yang mana dan di mana tidak digunakan kerana frasa ini lebih merupakan terjemahan langsung bagi perkataan which dan where dalam ayat penyata bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu.Tatabahasa05.04.2012
Assalamualaikum, Sebagaimana yang saya sedia maklum, terjemahan Bahasa Melayu bagi istilah "box office" ialah "pecah panggung", tetapi bagaimana pula terjemahan Bahasa Melayu bagi "box office bomb" yang membawa maksud berlawanan dengan "box office" Sekian, terima kasih.

Frasa box office bomb belum ada dalam sumber rujukan kami. Cadangan terjemahan untuk box office bomb ialah gagal pecah panggung.

Istilah17.11.2011
sepertimana atau sebagaimana?

Saudara Fazli,

Perkataan sepertimana, sebagaimana dan seperti mempunyai maksud yang sama. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. 

Tatabahasa18.04.2010
1) SEBAGAIMANA ATAU SEBAGAI MANA (MANAKAH AYAT YANG BETUL) 2) PENGGUNAAN PERKATAAN 'BAHARU' DAN 'BARU'1. Ejaan yang betul ialah sebagaimana
2. Menurut Kamus Dewan baru dan baharu sebagai kata adjektif kerap kita temui dalam ayat seperti rumah baru/baharu, kawan baru/baharu dan kereta baru/baharu. Walau bagaimanapun sebagai kata bantu perkataan baru digunakan seperti baru sampai dan baru sebentar tadi.
Tatabahasa26.02.2018
Perkataan asas tender. ayat mana betul :- 1) Tandatangan Pentender / Penender Perkataan asas Sebutharga. ayat mana betul :- 1) Tandatangan Penyebutharga / Pensebutharga ayat mana betul :- 1) Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub dalam / di dalam sebutharga ini. 2) Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub di bawah / bawah sebutharga ini. 3) a) Laporan hendaklah dihantar pada 5hb. setiap bulan. b) Laporan hendaklah dihantar setiap 5hb pada tiap - tiap bulan. * a atau b yang betul? Terima kasih1) Tandatangan Pentender / Penender
Kedua-dua boleh digunakan. Penender ialah orang/pihak yang membuat atau memberikan tender. Petender ialah orang/syarikat yang mendapat tender.

2) Tandatangan Penyebutharga / Pensebutharga  
Tandatangan Penyebut harga

3) Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub dalam / di dalam sebutharga ini.
Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub dalam sebut harga ini.

4 ) Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub di bawah / bawah sebutharga ini.
 Perkataan bawah tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut.

5) Laporan hendaklah dihantar pada 5hb. setiap bulan. b) Laporan hendaklah dihantar setiap 5hb pada tiap-tiap bulan.
Kedua-dua ayat tersebut betul penggunaan tatabahasa.
Tatabahasa27.03.2013
12345678910...

Kembali ke atas