apakah perbezaan antara dan lain-lain dengan dan sebagainya? contohnya, buah-buahan Malaysia terdiri daripada pisang, durian, ciku dan lain-lain atau dan sebagainya? | Tidak terdapat perbezaan antara "dan lain-lain" dengan "dan sebagainya". Berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, kedua-duanya merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan "et cetera". | Tatabahasa | 15.12.2013 |
Adakah perkataan istilah bahasa Arab dalam tajwid seperti Mad, Qasr, Ibtida' dan sebagainya perlu diitalikkan? Bagaimana pula dengan ejaan huruf Jawi seperti Ro, Hamzah, 'Ain dan sebagainya. Adakah perlu diitalikkan juga? | Istilah bahasa Arab dalam tajwid perlu diitalikkan. Contohnya, Mad, Qasr, Ibtida' dan sebagainya. Untuk ejaan Rumi bagi huruf Jawi juga perlu diitalikkan. Contohnya, ro (ر), hamzah (ء), ain (ع) dan sebagainya. | Lain-lain | 04.04.2022 |
Adakah ayat berikut betul? 1. Di dalam zoo terdapat pelbagai jenis binatang seperti gajah, zirafah dan sebagainya. 2. Terdapat pelbagai jenis binatang seperti gajah, zirafah dan sebagainya di dalam zoo. 3. Terdapat pelbagai jenis binatang di dalam zoo seperti gajah, zirafah dan sebagainya. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah Di dalam zoo terdapat pelbagai jenis binatang seperti gajah, zirafah dan harimau. (sebutkan lagi beberapa nama-nama binatang yang lain) atau Terdapat pelbagai jenis binatang di dalam zoo seperti gajah, zirafah dan lain-lain. | Tatabahasa | 08.02.2018 |
perbezaan antara pusat pembinaan dan pusat perkembangan bahasa melayu | Menurut data kami, maksud pembinaan ialah 1. perbuatan (kegiatan, usaha, dan sebagainya) membina (mendirikan, membangunkan): ~ jambatan; 2. pembangunan: ~ negara; 3. perihal membina (tubuh dan sebagainya): zat-zat yang membantu ~ tubuh; 4. perbuatan membina (bahasa): ~ bahasa; manakala perkembangan ialah perihal (proses dan sebagainya) berkembang (menjadi maju atau tersebar, membiak, meluas, dan sebagainya), pertumbuhan, kemajuan: ~ bahasa dan kesusasteraan Melayu; dengan~ perindustrian, banyaklah lagi hasil perusahaan yang dapat dikeluarkan; ~ politik; ~ ilmu pengetahuan; | Makna | 24.12.2015 |
Apakah yang dimaksudkan dengan kontijen? | Ejaan yang betul ialah "kontinjen" yang membawa maksud 1. "sekumpulan orang yang mewakili sesebuah pertubuhan, negara dan sebagainya dalam sesuatu pertemuan, acara, sukan dan sebagainya"; 2. "sepasukan tentera, polis, kenderaan tentera dan sebagainya"; 3. "beberapa kumpulan tentera atau polis yang digabungkan untuk membentuk pasukan yang besar bagi melaksanakan sesuatu misi". Sila buat carian kata melalui laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) untuk makna perkataan dan istilah bahasa Melayu. | Makna | 24.02.2023 |
Apakah maksud reka bentuk konvensional? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, reka bentuk bermaksud rancangan (corak, bentuk, dan sebagainya) yang menunjukkan susunan, struktur atau aspek-aspek sesuatu (binaan dan sebagainya). Konvensional pula bermaksud berdasarkan konvensi, mengikut atau sebagaimana yang ditentukan oleh konvensi atau sebagaimana kebiasaannya 2. tidak melibatkan penggunaan tenaga nuklear, kimia, biologi dan sebagainya (berkenaan dengan peperangan, senjata dan sebagainya). Oleh itu, reka bentuk konvensional merujuk “rancangan, struktur atau binaan berdasarkan amalan biasa”. | Makna | 16.12.2021 |
lanjutan daripada pertanyaan saya tentang dan lain-lain n dan sebagainya, saya ada menonton rancangan kelas sebelah di rtm1, menurut guru dalam racangan itu, ada perbezaan antara dan lain-lain n dan sebagainya. oleh sebab masa itu saya tidak dapat mendengar dengan jelas, saya harap tuan dapat mencari dan menrujuk serta menjelaskan perkara ini kerana kebiasanya kamus hanya memberikan maksud sesuatu perkataan dana bukannya menjelaskan hukum tatabahasa. terima kasih. | Kami menerima frasa dan lain-lain serta dan sebagainya sebagai sama, iaitu padanan et cetera dalam bahasa Melayu. Jika ada perbezaan pendapat daripada sumber yang lain, sila dapatkan kepastiannya daripada pihak yang berkenaan. | Tatabahasa | 18.12.2013 |
Adakah perbezaan dalam pengunaan 'dan lain-lain" dan "dan sebagainya"? | Tidak terdapat perbezaan antara "dan lain-lain" dengan "dan sebagainya". Berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, kedua-duanya merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan "et cetera". | Lain-lain | 27.08.2013 |
Assalamualaikum. Merujuk kepada yang berikut: Menurut buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, tanda koma berfungsi untuk mengapit aposisi ”dan sebagainya”, “dan yang lain”, “dan seumpamanya”. Contoh 3: Sayur kubis, bayam, salad, kangkung, sawi, dan sebagainya, banyak dijual di pasar tani. Adakah 'dan lain-lain' juga termasuk dalam kategori aposisi yang disebut di atas? Adakah tanda koma perlu diletakkan di hadapan 'dan lain-lain'? Sekian, terima kasih. | Wassalam. "dan lain-lain" juga termasuk dalam fungsi tanda koma mengapit aposisi seperti "dan sebagainya", "dan yang lain", dan seumpamanya. | Lain-lain | 18.11.2019 |
1. bijak mengurus masa atau bijak menguruskan masa? 2. (a) ... gajah, burung, dan lain-lain lagi. (b) ... gajah, burung dan lain-lain lagi. (c) ... gajah, burung, dan sebagainya. (d) ... gajah, burung dan sebagainya. Manakah penggunaan tanda koma yang betul? 3. dalam pengiraan perkataan untuk UPSR Kertas 2 Bahagian C, PMR Kertas 2 Ringkasan, berapakah perkataan untuk "ibu bapa", "alam sekitar"? | 1. Frasa yang tepat ialah bijak menguruskan masa. 2. Penggunaan tanda koma yang betul ialah (b) ... gajah, burung dan lain-lain lagi. (d) ... gajah, burung dan sebagainya. 3. Perkataan "ibu bapa"dan "alam sekitar" mempunyai dua patah perkataan. | Tatabahasa | 19.05.2013 |