Soalan 1 - Adalah paling dapat digunakan bersama sekali contohnya (paling baik sekali). Soalan 2 - Apakah perbezaan antara sebahagian dengan sebahagian daripada. Terima kasih, Tuan/Puan. | 'Paling' tidak dapat hadir bersama 'sekali'. Jadi, yang betulnya ialah paling baik. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tabahasa Dewan Edisi Baharu. 2. 'sebahagian' dan 'sebahagian daripada' adalah sama. | Tatabahasa | 18.09.2008 |
1. Sebahagian daripada anak-anak yatim 2. Sebahagian daripada anak yatim 3. Sebahagian anak yatim adakah ketiga-tiga ini jugalah betul? terima kasih. | Frasa yang tepat ialah sebahagian daripada anak-anak yatim. | Tatabahasa | 26.08.2013 |
tengah hari adalah dari pukul berapa sampai pukul berapa? sebahagian daripada buku atau sebahagian buku ? Ketua-ketua Menteri atau Ketua-Ketua Menteri? Yang Dipertuan Agong atau Yang di-Pertuan Agong? | 1. waktu tengah hari dari pukul 12.00 - 1.59 tengah hari. 2. sebahagian buku 3. Ketua-ketua Menteri 4.Yang di-Pertuan Agong. | Lain-lain | 14.01.2007 |
Perkataan 'di' untuk sebahagian samada disebahagian atau di sebahagian (dijarakkan atau didekatkan)..terima kasih | Di sebahagian dieja terpisah. | Lain-lain | 29.04.2013 |
yang manakah yang betul, "Sebahagian barang-barang keperluan" atau "Sebahagian daripada barang-barang keperluan"?Adakah perkataan "daripada" mesti dimasukkan? | Yang betul ialah sebahagian daripada barang-barang keperluan. Daripada di sini sebagai berfungsi sebagai kata sendi nama. | Tatabahasa | 28.02.2007 |
Yang mana ayat berikut betul. 1. Sebahagian murid-murid pergi ke Melaka. 2. Sebahagian daripada murid-murid pergi ke Melaka. 3. Sebahagian daripada murid pergi ke Melaka. Terima kasih. | Ayat yang lebih sesuai digunakan ialah ayat ke-2. Bagi membantu saudara mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan perkara ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 27.06.2007 |
1.yang manakah yang betul, "Sebahagian barang-barang keperluan" atau "Sebahagian daripada barang-barang keperluan"?Adakah perkataan "daripada" mesti dimasukkan? 2. yang mana satu benar- pada usia belasan tahun atau dalam usia belasan tahun | Ayat yang betul ialah "Sebahagian daripada barang-barang keperluan". Kata sendi nama 'daripada' dalam ayat tersebut menunjukkan perbezaan atau perbandingan. 2. Ayat yang betul ialah 'dalam usia belasan tahun' kerana 'pada' hanya merujuk masa dan tempat. | Tatabahasa | 22.03.2007 |
Ayat manakah yang tepat? a) Sebahagian hartanya didermakan untuk anak-anak yatim. b) Sebahagian daripada hartanya didermakan untuk anak-anak yatim. Adakah 'untuk' dalam ayat-ayat di atas dapat diganti dengan 'kepada'? | Ayat yang tepat ialah ayat (b) kerana kata sendi nama daripada dalam ayat ini menyatakan sebahagian daripada semua. Kata sendi nama untuk dalam contoh ayat ini boleh digantikan dengan kata sendi nama kepada. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 272 dan 276. | Tatabahasa | 12.07.2009 |
Bagaimana saya boleh menjadi sebahagian daripada organisasi anda? | Sdr. Narsyatika Usaha Memartabatkan bahasa Melayu merupakan tanggungjawab semua pihak. Oleh itu, sdr merupakan sebahagian kelompok masyarakat yang berperanan membantu DBP dalam menjayakan misi dan visinya. Salah satu peranan DBP ialah memperkembang bakat sastera dalam bahasa kebangsaan. Sekiranya sdr mempunyai bakat menulis, sdr dipelawa menghantar karya sdr ke Bahagian Majalah. Sekiranya sdr sebagai penulis atau karyawan sdr merupakan sebahagian daripada organisasi kami. Walau bagaimanapun, sekiranya sdr bukan penulis atau karyawan, sdr juga berperanan menggunakan bahasa kebangsaan yang betul dan memartabatkan bahasa kebangsaan di persada tanah air. | Lain-lain | 27.04.2008 |
soalan 1 1. Kak Lijah telah memberikan __________ daripada lauk gulai ayam yang dimasaknya kepada Puan Teoh A. sebahagian B. Separuh apa jawapannya dan kenapa soalan 2 1. __________ daripada alat tulis yang ada di dalam kotak pensel itu kepunyaan kakak saya. A. sebahagian B.Sebilangan soalan 3. 1. ______________ dia dilantik menjadi ketua kerana kebolehannya itu. A. selayaknya B. sebetulnya C. Bahawasanya. soalan 4. 1. __________________ datang ke rumah saya pada malam ini kerana bapa saya akan mengadakan kenduri kesyukuran . A. Jemput B. sila C. Minta D. harap bagaimana nak bezakan jawapan tersebut.terimakasih dengan penjelasan yang diberi | 1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, "sebahagian" dan "separuh" mempunyai maksud yang sama. Oleh itu, kedua-dua jawapan adalah betul. 2. Sebahagian bermaksud separuh atau setengah. Sebilangan bermaksud sejumlah atau sebanyak. Jawapan yang sesuai ialah "sebahagian". 3. Selayaknya bermaksud sepatutnya, sepantasnya. Sebetulnya bermaksud sebenarnya, sesungguhnya, nyata. Bahawasanya bermaksud i. bahawa ii. bahawa sesungguhnya, sesungguhnya, sebenarnya. Berdsarkan maksud yang diberikan, jawapan yang sesuai ialah "selayaknya". 4. Jawapan yang paling sesuai ialah "sila" kerana sila bermaksud minta dengan hormat supaya..., jemputlah, sudilah. | Tatabahasa | 19.04.2012 |