Dengarlah sebaik-baiknya agar anda tidak melepasi peluang keemasan ini. Munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? TK | Dengarlah baik-baik agar anda tidak terlepas peluang keemasan ini. | Tatabahasa | 16.07.2012 |
Yang mana lebih betul? "Serat Diet" atau "Serat Pemakanan" | "Serat Diet" dan "Serat Pemakanan", kedua-duanya betul tetapi sebaik-baiknya utamakan bahasa Malaysia, justeru yang terbaik ialah "Serat Pemakanan" | Tatabahasa | 10.10.2007 |
KAVER?? | Perkataan kaver tidak wujud dalam bahasa Melayu. Berdasarkan maklumat yang diberikan penggunaan perkataan kaver terhad dalam kelompok tersebut. Walau bagaimanapun sebaik-baiknya kita bersama-sama menggunakan bahasa yang betul apatah lagi dalam paparan yang boleh dilihat oleh orang ramai. | Lain-lain | 29.10.2012 |
Munsyi Sebaik-baik pemuda itu ada juga melakukan kesilapan. atau Sebaik-baiknya pemuda itu ada juga melakukan kesilapan. TK | Sebaik-baik pemuda itu ada juga melakukan kesilapan. | Tatabahasa | 17.07.2012 |
Apakah ayat yang betul untuk menterjemah ayat "Best consumed within 2 days"? "Sebaiknya dimakan dalam masa 2 hari"? Terima kasih | Ayat yang betul ialah “Sebaik-baiknya dihabiskan dalam tempoh dua hari.” | Makna | 27.08.2024 |
Penggunaan perkataan "bagi" dan "untuk" boleh ditukar ganti kah? | Penggunaan 'bagi' dan 'untuk' boleh ditukar ganti tetapi bergantung pada konteksnya. Contoh : i. Bagi kami, itulah yang sebaik-baiknya. ii. Wang untuk / bagi membeli makanan. | Tatabahasa | 05.05.2008 |
Mohon cadangan bagi nama Pertandingan Perarakan Beroda Tanpa Enjin (Parade Of Wheels) yang menarik | DBP mencadangkan pihak puan memberikan nama pertandingan dalam bahasa Melayu sepenuhnya mengikut konsep yang ingin ditonjolkan. Sebaik-baiknya nama pertandingan tersebut turut menggambarkan citra Malaysia. | Lain-lain | 05.09.2018 |
Mohon pencerahan. Penggunaan titik noktah di penghujung ayat. Sekiranya penggunaan YBhg. Prof. Dr. di penghujung ayat, adakah YBhg. Prof. Dr. atau YBhg. Prof. Dr.. Terima kasih. | Tidak perlu dua titik. Cukup satu titik sahaja. Namun begitu, Sebaik-baiknya elakkanlah penggunaan YBhg. Prof. Dr. di akhir penghujung ayat. | Ejaan | 26.10.2017 |
Bagaimanakah untuk menggunakan perkataan "dimanfaatkan"? Bolehkah berikan contoh konteks ayat? | Mengikut Kamus Dewan Perdana, "dimanfaatkan" bermaksud menggunakan (sesuatu) sebaik-baiknya untuk mendapatkan manfaat daripadanya. Contoh penggunaan ayat, "Usaha Talib mengumpulkan maklumat kegiatan sastera dalam bentuk buku pasti akan dimanfaatkan pengkaji suatu hari nanti". | Tatabahasa | 30.01.2023 |
sila jelaskan panduan penyediaan kertas cadangan judul? | Salam sejahtera, Panduan penyediaan kertas cadangan judul yang ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Kertas cadangan judul perlu mengandungi maklumat yang berikut: 1. Halaman tajuk - cadangan tajuk lengkap dan subtajuk, sebaik-baiknya yang boleh menarik pembaca. 2. Jadual kandungan kertas cadangan - senarai kandungan kertas cadangan dan dinomborkan mengikut susunan. 3. Pernyataan konsep buku - menyatakan konsep asas dan skop buku dengan jelas. Dinyatakan anggaran tebal manuskrip dan jumlah ilustrasi, sasaran pembaca dan keistimewaan buku tersebut. Pernyataan kosep ini antara 50 - 100 perkatan dan tidak melebihi 250 perkataan. 4. Perihal buku - pernyataan konsep buku dengan lebih terperinci. Nyatakan manfaat kepada pembaca yang akan diperoleh daripada buku itu, huraikan keunikan buku dan mengapa buku tersebut wajar diterbitkan. 5. Perihal penulis - biodata penulis, maklumat yang menyokong kepakaran penulis dalam bidang berkenaan, pengalaman kerja, latar pendidikan serta anugerah dan penghargaan (jika ada) yang berkaitan dengan pengkaryaan. 6. Perihal saingan dan pasaran - buku perlu memenuhi keperluan semasa dan penulis perlu mengenal pasti judul yang serupa di pasaran. Penulis perlu menyerlahkan keistimewaan bukunya berbanding dengan judul lain. 7. Jadual kandungan buku - senaraikan kandungan buku yang dicadangkan termasuk bahan awalan, isi dan bahan akhiran. 8. Ringkasan bab - huraian secara ringkas untuk setiap bab. 9. Rancangan serahan bahan - nyatakan rancangan serahan bahan yang lengkap kepada DBP untuk urusan penerbitan. 10. Bab contoh - satu bab yang ditulis lengkap perlu disediakan untuk menilai keupayaan penulis menghasilkan karya tersebut. | Lain-lain | 12.07.2010 |