industri perikanan membawa sumbangan yang semakin penting dalam pertumbuhan ekonomi negara kita. mengapakah kesalahan tatabahasa ialah membawa? apakah perkataan yang sesuai menggantikan perkataan membawa jika membawa adalah salah. | Merujuk Kamus Dewan antara maksud membawa ialah mendatangkan, mengakibatkan, menyebabkan: masa tiga tahun belumlah membawa perubahan sebanyak itu. Berdasarkan keterangan makna dan contoh tersebut, ayat industri perikanan membawa sumbangan yang semakin penting dalam pertumbuhan ekonomi negara kita, betul cuma jarang digunakan. Yang biasa digunakan ialah memberi, padahal memberi juga bermaksud mendatangkan, mengakibatkan, menyebabkan. | Tatabahasa | 08.07.2008 |
Berapakah perkataan yang dikira dalam "selain itu" dan "di samping itu"? | "Selain itu" sebanyak dua perkataan dan "di samping itu" sebanyak tiga perkataan. | Lain-lain | 09.07.2009 |
Adakah betul untuk menggunakkan ungkapan capai hati? Terima kasih | Ungkapan capai hati tidak terdapat dalam data kami. Dalam Kamus Dewan, capai bermaksud ; mencapai 1. hendak memegang atau mengambil (dengan menghulurkan tangan dll); 2. bertemu dengan, sampai ke: Jerman berusaha menghalang bahan-bahan perbekalan dan alat-alat perang ~ Army ke-5; ia bernasib baik dapat meneruskan pelajarannya sehingga ~ tingkatan lima; 3. mendekati, memikat (hati dll): dengan bahasa Belanda, kami tidak lekas ~ jiwa manusia yang bersahaja itu, tetapi dengan bahasa Melayu lancar sekali; 4. menjayakan (harapan, rancangan, tujuan, dll), menghasilkan, menjadikan kenyataan (sesuatu matlamat dll): ia terpaksa memberanikan hatinya untuk ~ cita-cita itu; 5. mendapat (memperoleh, menghasilkan) sesuatu menerusi usaha: bagi ~ pengeluaran yang sebanyak itu, kita harus melipatgandakan bilangan buruh. | Tatabahasa | 16.09.2013 |
Apa perbezaan istilah pepasangan dan pemasangan. Betulkah ayat saya, " Sebanyak 2 pepasangan sistem pencegah kebakaran tidak berfungsi di bangunan itu. Oleh itu pemasangan baru sedang dijalankan. | Pepasangan tiada dalam rujukan kami. Ayat yang dicadangkan ialah sebanyak dua set atau dua pasang sistem pencegah kebakaran tidak berfungsi di bangunan itu. Oleh itu pemasangan baru sedang dijalankan. | Tatabahasa | 20.11.2008 |
Salam Sejahtera: Tuan: Soalan 1: Mengapakah perkataan "guris" tidak terdapat dalam kamus? Soalan 2: Bagaimanakah membezakan penggunaan antara "kian" dan ", "makin". Terima Kasih | 1. Perkataan guris tidak terdapat dalam Kamus Dewan kerana ejaan yang betul ialah gores. Sila lihat Kamus Dewan di bawah entri gores. 2. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kian mempunyai 2 maksud, iaitu 1. sebegitu, sebanyak itu (ini); sepuluh ~ sepuluh kali ganda itu; 2. makin, makin bertambah: ibu ~ hari ~ tua; bas itu berjalan ~ laju dan ~ jauh meninggalkan perhentian bas, manakala makin pula bermaksud 1. = semakin menjadi lebih, kian bertambah: hati Maskam ~ meradang; lanun-lanun itu ~ buas; 2. sl lebih-lebih lagi, apa lagi. Berdasarkan huraian tersebut, dapat disimpulkan bahawa kian dan makin ialah perkara yang sama dan boleh bertukar ganti. | Istilah | 25.08.2009 |
Salam sejahtera... 1. Adakah perkataan "keliru" tergolong dalam kata adjektif atau kata kerja ? 2. Apakah perbezaan penggunaan kata "boleh" dan "dapat" ? 3. "Harjit gagal dalam ujian itu kerana tidak menduduki peperiksaan". Yang manakah klausa utama dalam ayat tersebut ? Terima kasih. | 1. Perkataan keliru boleh tergolong dalam kata adjektif dan juga kata kerja. 2. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, boleh bermaksud 1. dapat, mampu (berkeupayaan): dgn wang sebanyak itu, mereka ~ hidup senang; ~ dikatakan dapat dikatakan, tidak salah kalau dikatakan; apa ~ buat apa yg hendak dibuat (tidak ada jalan lain); 2. tidak disekat atau dilarang (drpd berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan: sesudah makan mereka ~ bermain-main; tak ~ jadi tidak mungkin, mustahil; ~ juga a) dapat juga, mungkin juga; b) bp agak baik juga; (tak) ~ niaga (tidak) boleh bertukar hak milik, (tidak) boleh diterima bayarannya oleh orang atau pihak lain drpd yg dinyatakan (bkn cek yg dikeluarkan dsb); ~ tahan a) dapat tahan; b) ki agak baik, tidak buruk; manakala dapat bermaksud 1. boleh (melakukan sesuatu), berupaya, mampu: dia sedang mencari orang yg ~ menyelesaikan kerja itu dgn sempurna; ubat yg ~ menghilangkan rasa gatal-gatal pd kulit; 2. bp beroleh, menerima (wang, hadiah, keuntungan, surat, dll), menanggung, ditimpa (sesuatu yg tidak baik spt malu dll); 3. bertemu, bersua, menemui: cari dia sampai ~; tidak juga dia ~ barang yg hilang itu; anak ~ anak yg diambil (dipungut) di jalan; 4. berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yg dikehendaki): dgn kemenangan ini dia ~ memasuki pertandingan akhir; 5. faham (sesuatu yg diajarkan, dipelajari, dsb): Nadiah rajin mengaji, lekas ~, dan pandai pula mengambil hati; ~ angin mendengar risik-risik (desas-desus); ~ durian runtuh = ~ harta karun = ~ harta timbul prb mendapat keuntungan dgn tidak bersusah payah atau dgn tidak disangka-sangka; lepas putih hitam tak ~ prb apa yg diharapkan tidak dapat, sedangkan yg ada pula hilang; ~ terpijak memperoleh sesuatu dgn mudah atau dgn tidak perlu berusaha. 3. Klausa utama dalam ayat itu ialah Harjit gagal dalam ujian itu. Keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman433. | Tatabahasa | 23.10.2009 |
adakah sejemput gula bermaksud sama dengan secubit gula? terima kasih | Sejemput bermaksud sebanyak yang dapat diambil dengan hujung jari, manakala secubit ialah sebanyak yang dapat disepit dgn ibu jari dan jari telunjuk atau jari lain. Oleh itu, sejemput gula lebih banyak kuantitinya daripada secubit gula. | Tatabahasa | 14.04.2010 |
Sebilangan daripada peserta Program Latihan Khidmat Negara melahirkan rasa gembira setelah selesai menjalani latihan. Munsyi, saya kekeliruan mengapakah jawaban yang diberikan daripada adalah salah? TK | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, sebilangan bermaksud sejumlah atau sebanyak. Oleh itu, perkataan yang sesuai selepas sebilangan ialah kecil atau besar (Sebilangan kecil atau sebilangan besar). Ayat yang betul ialah Sebilangan besar (atau Sebilangan kecil) peserta Program Latihan Khidmat Negara melahirkan rasa gembira setelah selesai menjalani latihan atau Sebilangan peserta Program Khidmat Latihan Negara melahirkan rasa gembira setelah selesai menjalani latihan. | Tatabahasa | 08.04.2012 |
Salam sejahtera dan selamat berpuasa, Pertama, saya mengharapkan penjelasan daripada tuan mengenai fungsi 'dapat' dan 'boleh'. Kedua, saya ingin tahu perbezaan dan fungsi 'berburu / memburu' dan 'berbuat / membuat' Terima kasih atas informasi. | Cikgu Suhaimi terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Penjelasan bagi perkataan yang ditanyakan dapat dilihat daripada penggunaan imbuhannya di asmping makna yang disampaikan melalui ayat yang ditulis. Terima kasih. dapat - boleh (melakukan sesuatu), berupaya, mampu: dia sedang mencari orang yg ~ menyelesaikan kerja itu dgn sempurna; ubat yg ~ menghilangkan rasa gatal-gatal pd kulit; 2. bp beroleh, menerima (wang, hadiah, keuntungan, surat, dll), menanggung, ditimpa (sesuatu yg tidak baik spt malu dll); 3. bertemu, bersua, menemui: cari dia sampai ~; tidak juga dia ~ barang yg hilang itu; anak ~ anak yg diambil (dipungut) di jalan; 4. berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yg dikehendaki): dgn kemenangan ini dia ~ memasuki pertandingan akhir; 5. faham (sesuatu yg diajarkan, dipelajari, dsb): Nadiah rajin mengaji, lekas ~, dan pandai pula mengambil hati; ~ angin mendengar risik-risik (desas-desus); ~ durian runtuh = ~ harta karun = ~ harta timbul prb mendapat keuntungan dgn tidak bersusah payah atau dgn tidak disangka-sangka; lepas putih hitam tak ~ prb apa yg diharapkan tidak dapat, sedangkan yg ada pula hilang; ~ terpijak memperoleh sesuatu dgn mudah atau dgn tidak perlu berusaha; boleh - dapat, mampu (berkeupayaan): dgn wang sebanyak itu, mereka ~ hidup senang; ~ dikatakan dapat dikatakan, tidak salah kalau dikatakan; apa ~ buat apa yg hendak dibuat (tidak ada jalan lain); 2. tidak disekat atau dilarang (drpd berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan: sesudah makan mereka ~ bermain-main; tak ~ jadi tidak mungkin, mustahil; ~ juga a) dapat juga, mungkin juga; b) bp agak baik juga; (tak) ~ niaga (tidak) boleh bertukar hak milik, (tidak) boleh diterima bayarannya oleh orang atau pihak lain drpd yg dinyatakan (bkn cek yg dikeluarkan dsb); ~ tahan a) dapat tahan; b) ki agak baik, tidak buruk; berburu - mengejar utk menangkap (membunuh) binatang liar: apabila mereka tidak berlauk dan penat bekerja, mereka ~ ke hutan; memburu- mengejar atau menyusul utk menangkap sesuatu (orang, binatang, dll): ~ binatang; ~ pencuri; 2. meluru atau bergegas utk mendapatkan sesuatu: ia menanggalkan kasut terus ~ ke dlm; 3. berikhtiar sekuat tenaga utk mencapai sesuatu: aku tidak akan ~ dan berlumba-lumba utk mencapai kedudukan yg tinggi; ~ kekayaan (pangkat, wang) berikhtiar mendapat kekayaan dll; ~ selamat berikhtiar agar selamat; ~ masa (waktu) berikhtiar agar jangan terlambat; 4. = memburu-buru, memburu-burukan menggesakan, mempercepat: tak usah diburu-buru, masih banyak masa lagi; berbuat - mengerjakan (melakukan) se suatu: ~ baik (jahat, salah, dll); ia tidak ~ apa-apa; 2. sl = membuat: maka Sultan Mansor Shah memberi titah pd Bendahara Paduka Raja menyuruh ~ istana; maka baginda ~ sebuah negeri terlalu besar; ~ baik berpada-pada, ~ jahat jangan sekali prb berbuat baik hendaknya berhad (jangan berlebih-lebihan), pekerjaan jahat jangan sekali-kali dibuat; ~ kerja spt Mak Jujai prb orang yg selalu meninggalkan pekerjaan terbengkalai; membuat - memperbuat membikin, membentuk, mencipta: ~ rumah; ~ surat; 2. mengerjakan, melaksanakan, melakukan, menjalankan: apa yg hendak dibuat, nasi telah menjadi bubur; 3. menyebabkan, menimbulkan, menerbitkan, mendatangkan, menjadikan: ~ bagus; ~ buruk; ~ malu; ~ marah; ~ takut; ~ bodoh a) membodohkan; b) berpura-pura bodoh; 4. memperlakukan (orang dll): saya tak tahan melihatkan Narto dibuat begitu; 5. menggunakan utk, memakai utk: janganlah kain itu dibuat baju; 6. = membuat-buat berpura-pura, berlaku pura-pura, berbuat seakan-akan: senyuman yg dibuat-buat; ~ mahu, menuras tidak prb orang yg mencuba hendak membuat sesuatu pekerjaan, tetapi malas mempelajarinya; | Makna | 02.09.2009 |
Tuan, saya agak keliru tentang penggunaan perkataan 'sedikit banyak' yang digunakan oleh beberapa penerbit buku di negara kita. Adakah penggunaannya betul, bukan 'sedikit sebanyak'? Begitu juga dengan penggunaan perkataan 'di sebalik kejadian itu' dan 'di balik kejadian itu'. Yang manakah paling tepat? Sekian, terima kasih. | Frasa sedikit banyak dan sedikit sebanyak, kedua-duanya membawa makna lebih kurang. Oleh itu, tiada masalah dalam penggunaan frasa mana yang lebih digemari. Hal ini tidak sama bagi frasa di balik dan di sebalik. Di balik bermaksud di belakang, manakala di sebalik bermaksud pada bahagian (aspek dan sebagainya) yang terselindung atau tidak begitu ketara. Frasa yang betul ialah di sebalik kejadian. | Tatabahasa | 27.11.2012 |