Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (sébar); bersebar 1. bertabur (benih dll), berserak: tetamu ~ dlm kelompok tunggal atau berdua, bertiga, pd satu meja; 2. ber-kembang (ajaran, agama, dll), meluas: agama Islam ~ di negeri itu; bersebaran bertaburan (di merata tempat), berserakan; menyebarkan menabur (benih dll), meng-hamburkan, menyerakkan: cara pokok ~ buah berserta bijinya berlain-lain; mereka berani mengorbankan apa saja utk ~ agama Islam; tersebar terdapat di mana-mana, terserak, tersiar (ajaran, pendapat, dll): berita angin mulai ~ mengenai kekalahan Jepun; ketersebaran keadaan tersebar: ~ komoditi sejajar dgn ~ budaya; sebaran (sesuatu) yg disebarkan, tebaran (cahaya dll); surat ~ surat yg dibahagi-bahagi-kan kpd orang ramai; ~ am media massa (spt surat khabar, radio, televisyen, dsb); persebaran perihal bersebaran: ~ geografi dialek-dialek Melayu; penyebaran perihal (kegiatan, usaha, dsb) menyebarkan, penaburan, pengembangan: perubahan besar telah berlaku dlm cara ~ agama Islam; penyebar 1. orang yg menyebarkan (mena-burkan, mengembangkan, dll), penabur, pengembang (agama dll): para ~ agama; 2. alat utk menyebarkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sebar (bertabur atau berkembang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. berasa kebas, kesemutan; 2. beriberi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; bersebar 1 bertabur merata-rata; berserak: Biji-biji padi ~ di atas lantai. 2 berkembang ke serata tempat (bkn sesuatu ajaran agama dll); meluas: Agama Islam ~ di kepulauan Melayu sejak dahulu lagi. menyebarkan 1 menaburkan sesuatu supaya berserak-serak; menyerakkan: ~ benih. 2 mengem­­bangkan sesuatu agama dll; menyiarkan: Mereka sanggup berkorban apa saja utk ~ agama Islam. tersebar terdapat di mana-mana; terserak; tersiar ke serata tempat: Berita kekalahan Jepun mula ~ di Tanah Melayu. sebaran se­suatu yg disebarkan. ~ am alat-alat spt surat khabar, radio yg menyebarkan sesuatu berita. penyebaran perbuatan atau proses menyebarkan sesuatu: Melaka menjadi pusat ~ agama Islam pd kurun ke-15. penyebar 1 orang yg menyebarkan: ~ agama Islam. 2 alat utk menyebarkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Bagaimana membuat kata ulang (jamak) bagi: i. Yang Berhormat ii. Yang Berbahagia iii. yang Mulia 2. Ada penulis yang mencantumkan penulisan kata perintah SEBARLUASKAN, ada pula yang menceraikannya, seperti SEBAR LUASKAN. Mana satu yang betul? Sejauh ini saya mencantumkan bentuk kata perintah TINDAKLANJUTI kerana mengikut rumus transfomasi ayat dasar. Mohon khidmad nasihat.1.Kata ganda bagi sapaan ialah Yang Berhormat-Yang Berhormat, Yang Berbahagia-Yang Berbahagia, Yang Mulia-Yang Mulia.  2. Sebar luaskan dieja berpisah, begitu juga dengan Tindak Lanjut,kecuali ada apitan awal dan akhir seperti menyebarluaskan.Ejaan12.09.2008
Assalamualaikum, Berita melaporkan bahawa DBP telah mengeluarkan 140 istilah baharu sejak 8 bulan yang lalu. Dimanakah saya boleh dapatkan senarai penuh istilah - istilah baharu yang dikeluarkan untuk saya sebar luaskan melalui media sosial?Belum ada satu terbitan khusus tentang istilah baharu berkenaan. Walau bagaimanapun Fb Dewan Bahasa dan Pustaka ada menyiarkannya melalui laman web dari semasa ke semasa. Majalah terbitan DBP juga ada menyiarkannya secara berkala dalam terbitannya. Kami amat menghargai keprihatinan tuan dalam hal ini dan kami ucapkan terima kasih.Lain-lain20.08.2017
Apakah perbezaan antara istilah berikut: - disebarluaskan; dan - dilebarluaskan? Apakah istilah yang paling sesuai bagi ayat berikut sama ada 'disebarluaskan' atau 'dilebarluaskan': " Berbanding DPN 2006, Kajian DPN2 telah disebarluaskan ke Negeri Sabah dan WP Labuan. " Terima kasih.Perkataan yang tepat ialah disebarluaskan. Kata dasarnya ialah sebar luas yang bermaksud me­nye­barkan sesuatu secara meluas; menyebarkan sesuatu dengan berbagai-bagai cara sehingga diketahui di serata tempat.Makna24.05.2016

Kembali ke atas