1. Guru itu mengajar pelajar-pelajar cara menulis sebuah karangan. 2. Guru itu mengajar Bahasa Malaysia. 3.Guru itu mengajarkan Bahasa Malaysia. 4. Guru itu mengajarkan pelajar-pelajarnya Bahasa Malaysia. Adakah ayat-ayat tersebut betul atau salah. 1. Sebaris kata-kata atau sebaris kata. terima kasih | 1. Guru itu mengajar pelajar cara menulis karangan. 2. Guru itu mengajarkan Bahasa Malaysia. 3.Guru itu mengajarkan Bahasa Malaysia. 4. Guru itu mengajar pelajarnya Bahasa Malaysia. 1. Sebaris kata. | Tatabahasa | 10.03.2010 |
A. dua baris ayat yg tidak gramatis dalam karangan ini. B. dua potong ayat yg tidak gramatis dalam karangan ini. yang manakah betul? apakah perbezaan bagi "sebaris ayat" dan "sepotong ayat"? Terima kasih. | Sebaris ayat lazimnya digunakan bagi menggambarkan deretan ayat dalam baris yang sama, manakala sepotong ayat bermaksud potongan ayat yang diambil sebahagian daripada keseluruhan ayat. | Tatabahasa | 06.01.2013 |
Terjemahan 1. Super motor 2. base jumping 3. inline skate 4. bugee jumping 5. tree climbing 6. caving 7. paragliding 8. wind surfing 9. kite surfing | 1. Super motor-motor lasak (aktivitnya - lumba motor lasak) 2. base jumping-terjun tapak 3. inline skate-kasut luncur sebaris (aktivii - luncur sebaris) 4. bugee jumping-terjun lelabah 5. tree climbing-panjat pokok 6. caving-jelajah gua 7. paragliding-luncur layar 8. wind surfing-luncur angin 9. kite surfing-pelayaran layang-layang | Makna | 01.04.2014 |
saya mahasiswa YIU ingin bertanya,bagaimanajaramembuwatpantaug | Untuk makluman saudara, pantun dibina/dibuat oleh lima(5) ciri yang paling asas, iaitu pembayang, maksud, rima akhir, jumlah perkataan, dan jumlah suku kata.Contohnya untuk pantun 4 kerat, 1.Pembayang ( baris pertama dan baris kedua). Contoh: Padi muda jangan dilurut/Kalau dilurut pecah batangnya, 2. Maksud( baris ketiga dan baris keempat). Contoh: Hati muda jangan diturut/Kalau diturut susah datangnya. 3. Rima akhir( Persamaan bunyi suku kata pada baris akhir pantun iaitu ab,ab) 4. Jumlah perkataan dalam sebaris. Umumnya pantun 4 kerat terdiri daripada 3 perkataan sebaris, 4 perkataan sebaris dan 5 perkataan sebaris.Contoh: Pisang emas bawa belayar/Masak sebiji di dalam peti/Hutang emas boleh dibayar/ Hutang budi dibawa mati. 5. Jumlah suku kata dalam baris pantun, antara 8-12 suku kata. | Lain-lain | 14.07.2010 |
Saya mahasiswa YIU ingin bertanya, berkaitan dengan cara membuat pantun dalam Bahasa Melayu. | Untuk makluman saudara, serangkap pantun dibuat atau dibina oleh 5 ciri yang paling asas iaitu pembayang, maksud, rima akhir, jumlah perkataan dan jumlah suku kata. Contohnya lihat pantun empat kerat. 1. Pembayang dimaksudkan baris pertama dan baris kedua pantun. Contoh: Padi muda jangan dilurut/ kalau dilurut pecah batangnya, 2. Maksud pula untuk baris ketiga dan baris keempat pantun.Contoh: Hati muda jangan diturut/Kalau diturut susah datangnya. 3. Rima akhir( persamaan bunyi suku kata pada baris akhir pantun, iaitu ab,ab) 4. Jumlah perkataan dalam sebaris. Umumnya pantun 4 kerat terdiri daripada 3 perkataan sebaris, 4 perkataan sebaris dan 5 perkataan sebaris.Contoh: Pisang emas dibawa belayar/ Masak sebiji di dalam peti/ Hutang emas boleh dibayar/ Hutang budi dibawa mati. 5. Jumlah suku kata dalam baris pantun ialah antara 8-12 suku kata. | Lain-lain | 14.07.2010 |
Bagaimana penggunaan pangkat seperti D.I.M.P., A.M.N.,S.I.S,A.M.S adakah diletakkan sebaris bersama nama, seperti:- DATO' DR. JUHARI BIN AHMAD D.I.M.P.,A.M.N.,S.I.S.,A.M.S ATAU diletakkan di bawah baris nama DATO' DR. JUHARI BIN AHMAD D.I.M.P.,A.M.N.,S.I.S.,A.M.S | Penggunaan Darjah Kebesaran Persekutuan atau Darjah Kebesaran Negeri biasanya diletakkan di bawah nama penerima darjah kebesaran tersebut. Sekiranya ingin diletakkan sebaris dengan nama penerima, darjah kebesaran tersebut perlu dimasukkan dalam tanda kurung ( ) serta disusun mengikut urutan darjah tertinggi. Namun, hal ini bergantung pada protokol khusus sesebuah negeri dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, tuan bolehlah menghubungi Bahagian Istiadat & Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri. | Lain-lain | 21.01.2020 |
Bagaimanakah handak membuat pantun didalambahasamelayu | Untuk makluman saudara, serangkap pantun dibina oleh lima(5) ciri yang paling asas iaitu pembayang, maksud, rima akhir, jumlah perkataan dan jumlah suku kata. Contohnya seperti Pantun Empat Kerat ini. Pucuk pauh delima batu/Air sembilan di tapak tangan/Sudah jauh di negeri satu/Jauh di mata di hati jangan. 1. Pembayang merupakan baris pertama dan baris kedua pantun .Contohnya, Pucuk pauh delima batu/ Air sembilan di tapak tangan 2. Maksud pantun pula pada baris ketiga dan keempat pantun. Contohnya, Sudah jauh di negeri satu/ Jauh di mata di hati jangan. 3. Rima akhir (persamaan bunyi suku kata pada baris akhir pantun tersebut ialah ab,ab) 4. Jumlah perkataan dalam sebaris umumnya pantun 4 kerat terdiri daripada 3 perkataan sebaris, 4 perkataan sebaris dan 5 perkataan sebaris. Contohnya seperti pantun di atas. 5. Jumlah suku kata dalam baris pantun ialah antara 8-12 suku kata. | Lain-lain | 28.07.2010 |
Adakah perkataa guli-gundu wujud dalam kosa kata BM? Dan bolehkah berderet-deret digunakan sebagai penjodoh bilangan untuk sebaris kereta? | Perkataan “guli” dan “gundi” wujud dalam kosa kata bahasa Melayu, tetapi tidak wujud kata ganda berentak “guli-gundu” kerana gundi juga merujuk kepada guli. Kata “berderet-deret” ialah kata kerja bukannya penjodoh bilangan. | Tatabahasa | 13.03.2014 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bolehkah saya menterjemahkan "strip mall" sebagai "medan jalur" memandangkan "shopping mall" diterjemahkan oleh DBP sebagai "medan beli - belah" dan "strip" sebagai "jalur". Terima kasih didahulukan. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah medan beli-belah sebaris. | Istilah | 15.07.2016 |
Bagaimana cara penulisan darjah/pingat kebesaran selepas nama seseorang? Beliau menerima pingat kelakuan terpuji (p.k.t.). | Penggunaan Darjah Kebesaran Persekutuan atau Darjah Kebesaran Negeri biasanya diletakkan di bawah nama penerima darjah kebesaran tersebut. Sekiranya diletakkan sebaris dengan nama penerima, darjah kebesaran tersebut perlu dimasukkan dalam tanda kurung () serta disusun mengikut darjah tertinggi. Contohnya, Tn. Hj. Muhammad bin Daud (P.K.T.). Namun hal ini bergantung pada protokol khusus sesebuah negeri dan sebagainya. | Lain-lain | 28.02.2020 |