Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (sébat) Jk cepat, pantas, tangkas; kesebatan kecepatan, kepantasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pukul (dgn rotan dll): hukum ~; menyebat 1. memukul dgn benda yg halus dan lentur (rotan, lidi, dll), merotan: orang salah itu bukan sahaja boleh dipenjarakan, tetapi juga boleh disebat; 2. bp mengambil sesuatu tanpa kebenaran, mencuri, menye-robot: barang-barang kemasnya habis di-sebat pencuri; sebatan pukulan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : susah bernafas (kerana kena selesema), tersumbat (hidung kerana berhingus): dengkur yg kasar-kasar terlepas drpd hidung yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; menyebat 1 memukul dgn benda yg kecil tetapi keras (rotan dsb): ~ dgn rotan. 2 ki mengambil hak orang lain tanpa kebenaran; mencuri. menyebatkan memukulkan (rotan dsb) pd sesuatu; melecutkan. sebatan pukulan dgn rotan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : susah bernafas kerana tersumbat lubang pernafasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sebat
Kata Terbitan : menyebat, sebatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh saya terjemahkan 'backlash' kepada 'backlash' dalam Bahasa Melayu? Saya telah mendapat khidmat nasihat seorang jurutera yang juga seorang pensyarah di IPT kerana ini adalah satu istilah bidang kejuruteraan. Beberapa terjemahan lain telah diberi oleh pihak lain iaitu 'sebat balik', 'enjatan tak menentu' dan 'bidas ke belakang'. Ini adalah selain terjemahan DBP 'reaksi atau tindak balas yang hebat. Sila nasihatkan saya sama ada terjemahan lain selain dari yang diberi oleh DBP boleh digunakan? Tk.Padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah tindak balas atau libas balik mengikut penggunaan dalam konteks masing-masing. Istilah atau padanan bahasa Melayu daripada Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan istilah atau padanan yang baku.  Istilah06.03.2009
Ketika dia tersiuk-siuk melangkah dengan tiga kakinya....(cerpen Pahlawan Buntung Antologi Tingkatan 5 muka surat 123) apakah maksud tersiuk-siuk?

Saudara,

Perkataan tersiuk-siuk dalam ayat yang di atas bermaksud bunyi yang terhasil daripada proses pergerakan yang cepat contohnya  berjalan, bunyi seperti rotan di sebat di udara, atau bunyi  suara orang sedang dalam keadaan kepedasan. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi keempat halaman 1509.

sekian, terima kasih.

Sastera09.02.2011

Kembali ke atas