rakan sebaya,gejala sosial, pengangkutan awam ialah kata majmuk atau bukan? | Perkataan yang saudara senaraikan itu bukan tergolong dalam kata majmuk. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 133. | Istilah | 08.01.2010 |
Perkataan ketua, sebaya, pemuda & jurutera merupakan kata-kata yang mengalami proses pemajmukan atau pengimbuhan..?? | Semua contoh yang diberikan ialah perkataan yang menerima awalan ke, se, pe dan juru untuk membentuk kata terbitan yang baru. Lihat buku Tatabahasa Dewan, di bawah tajuk Awalan Kata Adjektif dan Awalan Kata Kerja untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 31.05.2011 |
1. Rakan sebaya memberi /memberikan impak yang besar dalam diri remaja. Soalan: memberi atau memberikan yang betul? | 1. Rakan sebaya memberikan impak yang besar dalam diri remaja. Memberikan bermaksud menyerahkan sesuatu kepada. | Tatabahasa | 17.08.2011 |
Saya ingin bertanya apakah terjemahan terbaik untuk istilah 'peer review'? | Untuk makluman, belum ada istilah khusus bahasa Melayu untuk peer review. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa istilah bahasa Melayu untuk peer, iaitu sebaya, setara, rakan, rakan sebaya, rakan sekerja, dan sejawat. Istilah untuk review pula ialah kajian semula, semakan, ulasan dan tinjauan. Oleh itu, tuan boleh memilih istilah yang sesuai dengan konteks penggunaan. | Istilah | 07.01.2013 |
Apakah perkataan yang sesuai bagi terjemahan perkataan 'peer evaluation'? Terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "peer evaluation". Walau bagaimanapun, terdapat beberapa istilah bahasa Melayu untuk "peer", iaitu sebaya, setara, sejawat, rakan sekerja, rakan sebaya. Istilah bahasa Melayu untuk "evaluation" ialah penilaian. Oleh itu, cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah tersebut ialah penilaian rakan sebaya, penilaian rakan sekerja atau penilaian setara. Walau bagaimanapun, tuan boleh memilih salah satu atau padanan lain yang diberikan bergantung pada konsep dan konteks penggunaan istilah tersebut. | Istilah | 29.07.2013 |
adalah boleh jika kita menggunakan kata tanya dalam ayat, tetapi pada akhir ayatnya kita tidak menggunakan tanda tanya? contohnya "hal ini berlaku, bila remaja terpengaruh dengan rakan sebaya.'" | Hal ini berlaku bila remaja terpengaruh dengan rakan sebaya. Ayat yang betul ialah: hal ini berlaku apabila remaja terpengaruh dengan rakan sebayanya. Di sini tidak memerlukan penggunaan tanda tanya kerana ayatnya bukan ayat tanya tetapi ayat penyata. Penggunaan kata tanya dalam ayat tersebut salah sepatutnya digunakan kata apabila. | Tatabahasa | 11.05.2007 |
Ingin mendapat maksud dengan lebih mendalam perkatanberikut: 1. Sikap pelajar 2. Iklim sekolah 3. Peranan guru 4. Pencapaian 5. Rakan sebaya | 1. Sikap pelajar ialah perbuatan atau pandangan pelajar yang berdasarkan sesuatu pendapat. 2. Iklim sekolah bermaksud suasana atau keadaan sekolah. 3. Peranan guru ialah bahagian atau fungsi yang dipegang oleh guru. 4. Pencapaian ialah apa yang telah dicapai (dihasilkan atau diperoleh) atau prestasi. 5. Rakan sebaya ialah rakan yang sama umur. | Makna | 29.08.2007 |
macam mana kita hendak mengenal pasti kata majmuk? ilmu pengetahuan, nilai murni, rakan sebaya itu kata majmuk ke? ibu bapa itu kata majmuk atau bukan ? | Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar ; bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, contohnya kapal terbang, ibu bapa sapu tangan dan perkataan yang sdr. tanyakan juga adalah kata majmuk. | Tatabahasa | 04.04.2007 |
ada perbezaan tak antara perkataan awak dan kamu, sana dan situ? terima kasih. | Awak ialah kata ganti nama diri kedua dan sama seperti engkau dan kamu. Walau bagaimanpun lazimnya kata Awak digunakan sesama rakan sebaya atau orang yang sama taraf dan umur, manakala Kamu digunakan kepada orang yang lebih rendah umur dan taraf. | Tatabahasa | 15.02.2011 |
1. Apakah kesalahan dalam ayat berikut, mengapa? -Ikan-ikan laga peliharaannya semuanya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan yang rapi. 2. Tolong pilih ayat yang betul daripada tujuh ayat di bawah dan terangkan kesalahan berkenaan. a) Adalah dimaklumkan bahawa majlis makan malam yang dicadangkan telah dibatalkan. b) Semua pelajar diminta hadir ke sekolah pada petang ini untuk latihan sukan. c) Ibu Laila menjual mi goreng pada waktu petang digerainya. d) Dalam ingatan saya, dia jarang mengambil cuti sejak dia bekerja di sini. e) Baju yang cantik-cantik itu menyebabkan saya rambang mata. f) Hujan lebat menyebabkan projek melebarkan jalan raya di kawasan itu tergendala. g) Remaja memerlukan rakan sebaya yang dapat membincang dan memberikan idea yang bernas untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. 3. Manakah frasa yang betul? Kesalahan penagihan dadah, atau kesalahan menagih dadah? Projek menceriakan sekolah, atau projek penceriaan sekolah? Projek melebarkan jalan raya, atau projek pelebaran jalan raya? TERIMA KASIH BANYAK BANYAK | 1. Ikan-ikan laga peliharaannya semuanya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan yang rapi. Ayat ini salah, kerana ikan-ikan telah menunjukkan jamak oleh itu, tidak perlu lagi diulang pernyataan jamak dengan perkataan semua. Ayat yan betul, "Ikan-ikan laga peliharaannya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan yang rapi". 2. a) Adalah dimaklumkan bahawa majlis makan malam yang dicadangkan telah dibatalkan. - salah, kata pemeri "adalah" tidak diletakkan di pangkal ayat. b) Semua pelajar diminta hadir ke sekolah pada petang ini untuk latihan sukan. - betul. c) Ibu Laila menjual mi goreng pada waktu petang digerainya. salah, di gerainya (kata sendi di + tempat) d) Dalam ingatan saya, dia jarang mengambil cuti sejak dia bekerja di sini. - tidak gramatis, ganti nama dia kali kedua tidak perlu lagi. e) Baju yang cantik-cantik itu menyebabkan saya rambang mata. - tidak gramatis, kata adjektif cantik perlu digandakan. f) Hujan lebat menyebabkan projek melebarkan jalan raya di kawasan itu tergendala. - betul g) Remaja memerlukan rakan sebaya yang dapat membincang dan memberikan idea yang bernas untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. - betul. 3. Kesalahan menagih dadah, Projek menceriakan sekolah, Projek melebarkan jalan raya. | Tatabahasa | 23.07.2009 |