'SILA GUNA PINTU DI SEBELAH' @ 'SILA GUNAKAN PINTU DI SEBELAH' YANG MANA SATU YANG TEPAT PENGGUNAAN TATABAHASANYA? | 'SILA GUNAKAN PINTU DI SEBELAH' lebih tepat. | Tatabahasa | 13.11.2008 |
Adakah penggunaan peribahasa "bertepuk tangan sebelah,tidak akan berbunyi" betul dalam ayat ini? Kemajuan negara kita dalam bidang teknologi maklumat,perubatan,pertanian dan sebagainya tidak akan tercapai tanpa kerjasama daripada semua rakyat kerana "bertepuk tangan sebelah,tidak akan berbunyi". | Penggunaan peribahasa "bertepuk tangan sebelah,tidak akan berbunyi" tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut kerana maksud peribahasa itu ialah cinta kasih yang tidak berbalas. sebelah+tangan+tidak+akan+berbunyi&d=11">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bertepuk+sebelah+tangan+tidak+akan+berbunyi&d=11. Peribahasa yang sesuai dengan ayat tersebut ialah "bersatu teguh bercerai roboh" | Lain-lain | 24.12.2015 |
Beza mendukung dengan mendokong | Mendukung bermaksud membawa kanak-kanak kecil sama ada ia bercelapak pada pinggang (atau di belakang) atau dengan menyokong punggung kanak-kanak itu dengan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi diletakkan di bawah ketiaknya atau disebut juga menggendong. Tidak ada kata terbitan mendokong dan dokong ialah sejenis buah-buahan. | Makna | 06.07.2011 |
nak tanya berkenaan dengan peribahasa iaitu "limau masak sebelah, perahu karam sekerat" dan maksudnya pertimbangan tidak adil.. lambang limau merujuk kepada apa? adakah merujuk kpd orang miskin dan perahu merujuk kpda orang kaya? tq.... | Limau tidak melambangkan orang miskin dan perahu tidak merujuk orang kaya. Sebenarnya peribahasa "Limau masak sebelah" sahaja sudah memadai untuk membawa maksud hukuman yang tidak adil, iaitu hukuman yang dijatuhkan mengikut kedudukan atau taraf seseorang pesalah. Frasa "Perahu karam sekerat" adalah penguat kepada peribahasa "Limau masak sebelah" ini. "Perahu karam sebelah" juga boleh berdiri sendiri dan membawa maksud yang sama juga. | Makna | 10.03.2014 |
apakah maksud pertandingan bola sepak tujuh sebelah | Pertandingan bole sepak tujuh sebelah merupakan salah satu jenis permain bola sepak. Sila hubungi pihak yang arif mengenai sukan tersebut seperti Kementerian Belia dan Sukan untuk mengetahui keterangan yang lebih lanjut. | Tatabahasa | 30.10.2012 |
erti kata 'dasar' | Kata 'dasar' bermaksud : 1. bahagian yg di bawah sekali (laut, sungai, tasik, dsb), 2. bahagian yg di bawah sekali sama ada di sebelah dalam atau di sebelah luar sesuatu bekas (spt kuali, botol, dll), 3. lantai, 4. lapisan yg di bawah sekali (pd gambar, kain, dll), latar, 5. sifat, perangai (yg sudah sebati dgn seseorang), 6. pertimbangan (cara, sistem, dll) yg pokok bkn sesuatu, asas, prinsip, teras, 7. pendirian yg menjadi asas segala tindakan (sikap, keputusan, dll), polisi, 8. yg menjadi bahagian (faktor) terpenting, asas, pokok, 9. Id memang, sebenarnya, 10. kertas dsb yg dipotong mengikut bentuk baju dan dijadikan asas utk menggunting pakaian. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 12.03.2010 |
Saya ingin mendapatkan kepastian bagi penggunaan penjodoh bilangan untuk anggota badan yang merujuk kepada salah satu anggota badan yang berpasangan seperti tangan, kaki, mata dan telinga. Apakah kata 'sebelah' merupakan penjodoh bilangan untuk menunjukkan kuantiti yang bermaksud satu daripada dua anggota tersebut? Contoh: Dia kehilangan sebelah kaki. Sekian. | Merujuk Kamus Dewan sebelah bermaksud setengah, separuh atau sebahagian (daripada sepasang, dua benda) dan bagi benda yang berpasangan sebelah atau sebahagian daripadanya lazimnya merujuk kepada satu daripada pasangan benda yang tersebut. | Tatabahasa | 01.04.2013 |
aApakah perbezaan antara ke luar dengan keluar ? | Antara makna keluar ialah 1. bergerak (beralih dll) dr sebelah dlm sesuatu (bangunan, bilik, kawasan, dll) ke sebelah luarnya: pegawai-pegawai itu belum lagi ~ dr bilik mesyuarat; 2. muncul, menampakkan diri (dr berkurung dll): sejak kematian isterinya, ia tidak pernah~. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Ke luar pula ialah pergi ke sebelah luar. 'ke' ialah kata nama arah. | Tatabahasa | 21.01.2010 |
salam sejahtera... bolehkah pihak tuan memberi tunjuk ajar kepada saya bagaimana untuk membuat penulisan dengan berpandukan format yang betul bagi penulisan sebuah laporan teknikal. disini, dilamprkan 2 helaian utama yang menjadi isu dari segi: bagi muka surat pertama, susunatur dan saiz tulisan yang digunakan dan bagi helaian kedua persoalannya adalah, di bahagian manakah sepatutnya diletakkan gambar berkenaan. atas kanan atau atas tengah ataupun atas kiri...terima kasih atas perhatian dan bantuan yang diberikan. | Pada kelazimannya gambar diletakkan di bahagian atas sebelah sebelah kiri (bukan seperti dalam contoh yang diberikan - sebelah kanan). | Lain-lain | 15.02.2012 |
1. Sila lengkapkan “Pernyataan Setuju-Terima” pada muka surat sebelah sebagai mengesahkan persetujuan saudara terhadap kandungan surat ini. 2.Sila lengkapkan “Penyataan Setuju-Terima” pada muka surat sebelah sebagai mengesahkan persetujuan saudara terhadap kandungan surat ini. (Mana satu yang betul ? Saya agak keliru dengan pengunaan kata "Pernyataan/Penyataan"..Terima kasih) | Yang betul Pernyataan Setuju Terima. Pernyataan bermaksud kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dan sebagainya tentang sesuatu perkara. Penyataan bermaksud perbuatan menyatakan sesuatu. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1089. | Tatabahasa | 03.03.2009 |