Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lain (adjektif)
Bersinonim dengan berbeza, tidak sama;,
Kata Terbitan : selain, melainkan,

Peribahasa

Bagai perahu karam sebelah.

Bermaksud :

Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai limau masam sebelah).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
lanjutan daripada pertanyaan saya tentang dan lain-lain n dan sebagainya, saya ada menonton rancangan kelas sebelah di rtm1, menurut guru dalam racangan itu, ada perbezaan antara dan lain-lain n dan sebagainya. oleh sebab masa itu saya tidak dapat mendengar dengan jelas, saya harap tuan dapat mencari dan menrujuk serta menjelaskan perkara ini kerana kebiasanya kamus hanya memberikan maksud sesuatu perkataan dana bukannya menjelaskan hukum tatabahasa. terima kasih.Kami menerima frasa dan lain-lain serta dan sebagainya sebagai sama, iaitu padanan et cetera dalam bahasa Melayu. Jika ada perbezaan pendapat daripada sumber yang lain, sila dapatkan kepastiannya daripada pihak yang berkenaan.Tatabahasa18.12.2013
maksud notabidaiNota bidai ialah nota yang berada di sebelah kiri dan kanan.Lain-lain24.07.2007
Adakah penggunaan peribahasa "bertepuk tangan sebelah,tidak akan berbunyi" betul dalam ayat ini? Kemajuan negara kita dalam bidang teknologi maklumat,perubatan,pertanian dan sebagainya tidak akan tercapai tanpa kerjasama daripada semua rakyat kerana "bertepuk tangan sebelah,tidak akan berbunyi".Penggunaan peribahasa  "bertepuk tangan sebelah,tidak akan berbunyi" tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut kerana maksud peribahasa itu ialah cinta kasih yang tidak berbalas. sebelah+tangan+tidak+akan+berbunyi&d=11">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bertepuk+sebelah+tangan+tidak+akan+berbunyi&d=11. Peribahasa yang sesuai dengan ayat tersebut ialah "bersatu teguh bercerai roboh"Lain-lain24.12.2015
Perlukah nama pengirim ditulis di sebelah kanan dalam surat tidak rasmi sebelum menulis alamat pengirim?Kebiasaannya dalam penulisan surat tidak rasmi, nama pengirim tidak perlu ditulis di bahagian atas sebelah kanan tetapi alamat pengirim sahaja yang perlu disediakan. Nama pengirim akan ditulis di bawah tandatangan pengirim surat. Lain-lain01.09.2021
ADAKAH LOGO SEPERTI INI BOLEH DIGUNAKAN? 1. Iklan untuk keperluan  papan premis perniagaan: tukar kepada KAFE DAN BAKERI dan ubah kedudukan perkataan tersebut di bahagian paling atas sebelah kiri.Lain-lain08.08.2017
Saudara, Sekiranya saudara ingin menyemak ejaan atau ingin mencari sesuatu perkataan (kamus, istilah, ensiklopedia, bahasa suku kaum peribumi Sabah dan Sarawak, arkib soalan dan lain-lain), klik Carian Kata dalam menu di sebelah kiri. Selamat mencuba. Salam hormat, SULAIMAN KAIAT Ketua Bahagian Sistem Maklumat Dewan Bahasa dan Pustaka sulaiman@dbp.gov.myUntuk permohonan iklan sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web DBP Sah Bahasa www.dbpsahbahasa.my.Lain-lain10.07.2017
Boleh jelaskan secara terperinci penggunaan "di" dan "pada" bagi ayat berikut? di bahagian utara negara itu ATAU pada bahagian utara negara itu? di sebelah timur dan selatan mereka ATAU pada sebelah timur dan selatan mereka? Sekian, terima kasih.Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat contohnya  "di rumah", "di sekolah" dan lain-lain. Manakala "pada" pula ialah  kata sendi nama digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat. Contohnya "pada peringkat", "pada hari raya" dan lain-lain. Jika prasa di atas merujuk kepada tempat, kata sendi nama yang betul ialah "di bahagian utara negara itu"  dan "di sebelah timur dan selatan mereka".   Tatabahasa11.06.2021
Semakan papan tanda perniagaan untuk Majlis Perbandaran KajangUntuk semakan visual papan iklan, sila tambahkan keterangan aktiviti perniagaan di bahagian atas sebelah kiri iklan. Contohnya PEJABAT URUSANLain-lain30.09.2024
salam sejahtera... bolehkah pihak tuan memberi tunjuk ajar kepada saya bagaimana untuk membuat penulisan dengan berpandukan format yang betul bagi penulisan sebuah laporan teknikal. disini, dilamprkan 2 helaian utama yang menjadi isu dari segi: bagi muka surat pertama, susunatur dan saiz tulisan yang digunakan dan bagi helaian kedua persoalannya adalah, di bahagian manakah sepatutnya diletakkan gambar berkenaan. atas kanan atau atas tengah ataupun atas kiri...terima kasih atas perhatian dan bantuan yang diberikan.Pada kelazimannya gambar diletakkan di bahagian atas sebelah sebelah kiri (bukan seperti dalam contoh yang diberikan - sebelah kanan).Lain-lain15.02.2012
Keluar atau ke luar? Saya agak bingung bila menggunakan perkataan ini. Dalam ayat berikut yang manakah betul? a) Sejak pemergian anaknya keluar negeri, ia termenung sahaja. b) Memohon keluar negeri c) Dia berjalan keluar melalui pintu belakang. soalan seterusnya bagaimana membezakan dan lain-lain (dll) dengan dan sebagainya (dsb). Saya ucapkan terima kasih atas keterangan yang akan diberi kelak.Keluar dan ke luar dalah perkataan dalam bahasa Melayu dan kedua-duanya mempunyai perbezaan. Keluar ialah bergerak (beralih dll) dr sebelah dlm sesuatu (bangunan, bilik, kawasan, dll) ke sebelah luarnya:2. muncul, menampakkan diri (dr berkurung dll):3. meninggalkan rumah utk pergi ke sesuatu tempat atau utk bersiar-siar: 4. timbul (muncul, mengalir, dll) dr bawah permukaan (air, tanah, dll) atau dr dlm daging (tubuh dll):  5. diumumkan (melalui siaran akhbar, radio, dsb), diterbitkan utk pengedaran (kpd orang ramai dsb): 6. dilafazkan, diucapkan (kata-kata), dilahirkan (perasaan, isi hati, dsb): 7. berhenti drpd menjadi anggota (persatuan dsb), berhenti drpd berkhidmat atau bersekutu (dgn sesebuah syarikat, jabatan, dll), meninggalkan (pekerjaan, persatuan, dll):  8. ark muncul (sbg pemenang dlm pertandingan); 9. menyeleweng atau menyimpang (drpd tajuk atau perkara yg diperbincangkan dll). Manakala ke luar pula ialah ke sebelah luar. a) ke luar negeri b) ke luar negeri c) keluar melalui pintu belakang. Lain-lain itu maksudnya tidak sama. manakala sebagainya bermasud untuk, bagi 2. jadi, menjadi, selaku:; 3. bertindak spt, selaku:  demikian pula, lebih-lebih lagi: a) lain-lain serupa (semacam) itu:  b) sepatutnya:. T.kasih.Lain-lain08.09.2008
12345678910...

Kembali ke atas