Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebelum ini

Puisi
 

Orang hulu memalu nobat,
     Nobat dipalu kayu berangan;
Fikir dahulu sebelum buat,
     Kalau dibuat menyesal jangan.


Lihat selanjutnya...(8)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum,saya asrab khan dari kl ingin menyertai kembara bahasa 2013.sebelum ini saya ada menyertai tahun 2000.sebelum ini saya ada mohon menyertai tetapi tidak ada sebarang jawapan. saya benar-benar berminat menyertai program kembara bahasa 2013Untuk makluman tuan urus setia Kembara Bahasa 2012 ialah Bhg. Promosi dan Pengiktirafan, DBP. Urus setia pada tahun hadapan akan diputuskan oleh pihak pengurusan. Oleh itu, apabila hebahan mengenainya disiarkan segeralah tuan hubungi urus setia Kembara bahasa.Lain-lain05.12.2012
Terima kasih atas bantuan daripada pihak DBP sebelum ini. Cuma saya ingin bertanya jika ada makna dari sudut frasa bahasa sastera bagi perkataan kalbu ?Untuk makluman, pihak kami hanya dapat membantu memberikan makna berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke-4 seperti yang telah diberikan sebelum ini. Tuan/Puan mungkin boleh membuat semakan melalui kajian-kajian yang ada sebelum ini atau melayari laman web yang berkaitan jika mahu melihat huraian yang lebih terperinci.Lain-lain23.05.2017
bolehkah kita menggunakan perkataan contohnya diawal ayat untuk menyambung ayat sebelum ini atau contohnya itu perlu disambung. terima kasihContoh bermaksud model, manakala umpama bermaksud perbandingan atau ibarat. Perkataan contohnya merujuk model sesuatu benda (nya) yang telah dinyatakan sebelum ini dan perkataan ini boleh digunakan pada pangkal ayat dengan syarat mempunyai kesinambungan dengan ayat yang dinyatakan sebelum ini.Tatabahasa19.07.2013
Rahmat Ramli 9.57 PAGI Mohonlah DBP dapat usahakan sedikit peruntukan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka untuk pengambilan Munsyi Dewan pada tahun ini, jika sebelum-sebelum ini pemohon/calon Munsyi Dewan tidak perlu mengeluarkan apa-apa kos, tapi tahun ini, kami terpaksa keluarkan kos, Bahasa Melayu bahasa ibunda kita, Munsyi Dewan antara pejuang Bahasa Melayu kita, selayaknya diberi penghargaan..Kami ambil maklum cadangan tuan dan kami salurkan kepada pihak yang berwenang dalam hal ini.Lain-lain11.09.2017
Assalamualaikum, pertanyaan ini merupakan kesinambungan daripada pertanyaan saya sebelum ini iaitu berkaitan dengan pertanyaan kerja kosong di DBP. Di sini saya lampirkan resume saya untuk digabungkan sekali bersama keputusan peperiksaan saya yang dihantar pada pertanyaan sebelum ini. Jika ada apa-apa pertanyaan pihak tuan/puan boleh menghubungi saya di 0199886073 atau di emel amiraaqilah@gmail.comSalam sejahtera,

Jawatan Kosong di Dewan Bahasa dan Pustaka

Untuk makluman puan, sebarang pertanyaan berkaitan perjawatan di DBP boleh die-melkan kepada: pengambilan@dbp.gov.my. DBP telah menggunapakai sistem e-pengambilan bermula bulan Disember 2021. Sekiranya terdapat iklan kosongan jawatan, pihak kami akan menyiarkannya melalui surat khabar dan laman sesawang DBP iaitu: http://lamanweb.dbp.gov.my/. Sekiranya terdapat iklan jawatan kosong, pihak puan bolehlah mendaftar dan memohon jawatan tersebut.

Sekian, untuk pemakluman.
Lain-lain12.02.2022
Mohon penjelasan dari pihak tuan berkenaan dengan nama bangunan yang kami daftarkan sebelum ini UBE Banquet Hall D'Nilai 3 ejaannya sah. Dan kami hanya ingin menukar maklumat nombor telefon sahaja tetapi cadangan nama ditolak dan di minta tukar kepada UBE Dewan Bankuet Di Nilai 3. Sebelum ini cadangan nama tidak ada masalah. Mohon kerjasama dari pihak tuan untuk tindakan segera.
Sila kemukan permohonan anda pada domain KHIDMAT PENGESAHAN BAHASA DBP
Lain-lain12.05.2017
Terlebih dahulu ucapan terma kasih kerana menjawab soalan-soalan saya sebelum ini. Ini berkenaan kata ganti nama tanya. Apakah kata ganti nama tanya untuk masa? Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? Apakah hari perkahwinan anda? Bilakah hari perkahwinan anda? Apakah waktu sembahyang sekarang? Apakah waktu sekarang? Pukul berapakah sekarang? Hari apakah mesyuarat di adakan? Hari bilakah mesyuarat di adakan?Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:
1. Bilakah hari perkahwinan anda?
2. Pukul berapakah sekarang?
3. Hari apakah mesyuarat diadakan?
Tatabahasa22.02.2014
SEBELUM INI SAYA SUDAH MENDAFTAR TETAPI TIDAK DILULUSKAN. MENGAPA?1. Sila tukar & kepada dan
2. SDN. BHD. (jarakkan)
3. Sila letakkan keterangan aktiviti perniagaan di sebelah kiri atas seperti PEJABAT URUSAN
Untuk pengesahan iklan sila layari laman web http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/Pelanggan/login.aspx
Lain-lain21.09.2016
Jawapan sebelum ini adalah dirujuk. Saya merujuk "screenshot" atau paparan skrin seperti dilampirkan. Tertera perkataan penyengara. Adakah ia satu kesalahan atau macam mana?Untuk makluman, tidak ada perkataan "penyengara" dalam bahasa Melayu. Ejaan yang betul ialah penyenggara atau penyenggaraan. Sila rujuk Kamus Dewan. Perkataan pada paparan skrin yang dilampirkan adalah salah dan kesilapan tersebut ialah kesilapan penaipan semasa memasukkan data.Ejaan07.08.2014
Salam, sebelum ini pihak tuan minta sy hubungi pihak tuan semula tentang perkataan "posesi", namun sy hubungi daripada emel pihak tuan tidak memberi maklum balas. Di sini sy berikan contoh ayat yang menggunakan perkataan "posesi" ialah "...setelah disabitkan boleh dipenjarakan tidak me;ebihi lima tahun; dan segala penerbitan yang menghasut yang dijumpai dalam posesi orang tersebut atau digunakan sebagai keterangan dalam perbicaraan..." Apakah padanan yang sesuai dalam bahasa Melayu standard perkataan tersebut?Berdsarkan konteks ayat yang diberikan perkataan milikan sesuai untuk menggantikan perkataan posesi dalam ayat tersebut. Posesi dalam ayat tersebut ialah makna possession dalam bahasa Inggeris, tetapi kita tidak menterjemahnya secara langsung ke dalam bahasa Melayu.Tatabahasa27.03.2012
12345678910...

Kembali ke atas