Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebelumnya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, Soalan: 1. Apakah maksud/perbezaan bagi sebelum and sebelumnya? 2. Jika saya ingin menterjemah perkataan bahasa Inggeris "Previous" dan "Next" dalam bahasa Malaysia. Apakah perkataan yang sesuai bagi kedua-dua perkataan ini? Sekain terima kasih.1. Penggunaan "-nya" pada perkataan "sebelumnya" membawa fungsi sebgai "kata pembenda" iaitu perkataan yang menjadikan sesuatu perkataan yang asalnya bukan kata nama sebagai nama kata nama, contohnya; Kesannya, Akhirnya, Natijahnya, Tegasnya, Sesungguhnya, Akibatnya dan Secara keseluruhannya termasuk juga Sebelumnya
2. "Next" boleh diberikan pelbagai padanan contohnya  sebelah;sesudah; selepas; berikutnya;  manakala "previous" boleh diberikan padanan sebelumnya; terdahulu. Kedua-dua padanan ini boleh diberikan padanan tepat dengan mengambil kira konteks penggunaan dalam ayat.
Makna02.02.2014
Bolehkah saya dapatkan satu senarai lengkap yang menunjukkan tatabahasa yang sebelumnya gramatis , dan telah ditukar menjadi tidak gramatis supaya kami lebih senang mengajar murid-murid semasa mereka menulis karangan. Contohnya, "hal ini demikian" sebelumnya gramatis tetapi telah dibetulkan menjadi "hai ini dikatakan demikian". Terima kasih.

Pertanyaan yang diajukan terlalu luas untuk dirungkaikan. Pihak puan boleh membuat rujukan atau carian melalui buku atau saluran yang bersesuaian, seperti pangkalan data www.prpm.gov.my, buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) dan pelbagai buku terbitan DBP yang berkaitan.

Tatabahasa27.08.2024
Assalamualaikum, saya masih tidak memahami penggunakan kata "pun". Bila perkataan "pun" ini perlu dicantumkan pada perkataan yang sebelumnya dan bila pula di tulis berpisah daripada perkataan sebelumnya. harap kekeliruan ini dapat tuan perjelaskan. Terima kasih.

Walaupun, sekalipun, kendatipun dan sebagainya hendaklah dieja bersambung, "pun" yang bermaksud juga hendaklah dijarakkan ejaannya seperti dia pun (juga), sesiapa pun (juga) dan sebagainya.

Tatabahasa05.12.2009
Penggunaan perkataan "ku" dan "mu". Adakah ia sentiasa bersambung dengan perkataan sebelumnya dan selepasnya? Contohnya: kurasakan, kucintai dirimu, aku menyintaimu, kaulah gadis idamanku, akan kutempuhi. Bantuan pihak tuan/puan amat saya hargai.Berdasarkan Kamus Dewan, 'ku' bersambung dengan perkataan sebelum atau selepasnya manakala 'mu' bersambung dengan perkataan sebelumnya.Tatabahasa08.12.2006
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya ada kemusykilan tentang cara menulis tanda elipsis dengan betul. Perlukah tanda elipsis itu dijarakkan daripada ayat sebelumnya atau tidak perlu. Contoh ayat (saya ambil dari laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu sendiri): "Kalau begitu ... ya, marilah kita bergerak." Setahu saya, tanda elipsis pada ayat tidak perlu dijarakkan daripada perkataan sebelumnya. Minta jasa baik pihak tuan untuk mengesahkan yang mana satu betul. Terima kasih.Perlu dijarakkan elipsis dari ayat sebelum atau selepasnya seperti ayat contoh yang diberi.Tatabahasa17.07.2012
Terima kasih untuk jawapan sebelumnya. Oleh itu, saya ingin pastikan arti yang betul dari pada tajuk thesis saya iaitu "Thinking and Deliberating in moral education between Japan and Malaysia" adalah "Pemikiran dan Pertimbangan dalam Pendidikan Moral antara Jepun dan Malaysia". Apakah ini betul? Terima kasihPadanan terjemahan yang diberikan adalah betul. Walau bagaimanapun, terjemahan tersebut boleh digunakan bergantung pada konsep penulisan dan kajian yang dijalankan. Sila berbincang dengan pensyarah saudara untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.Penyemakan dan penterjemahan16.06.2022
Saya ingin bertanya: Apakah maksud sebelum dan sebelumnya? Apakah perbezaan antara kedua-dua perkataan ini? Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, sebelum bermaksud sewaktu belum, pada waktu belum: ~ mandi pagi, dia bersenam; kita seharusnya berusaha ~ terlambat.

Fungsi 'nya' ialah sebagai kata pembenda dan penekan selain bertindak sebagai kata ganti nama diri ketiga.

Tatabahasa02.02.2014
Apakah terjemahan untuk mobile upload? (Dua soalan sebelumnya terputus.)Untuk makluman, istilah mobile upload tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Padanan bahasa Melayu untuk istilah mobile ialah mudah alih, mudah gerak, boleh gerak dan bergerak. Istilah bahasa Melayu untuk upload ialah muat naik.Istilah22.08.2011
Salam sejahtera,

saya ingin bertanya, apakah partikel "kah" itu harus selalu di tulis bersambung dengan perkataan Melayu atau kata nama khas sebelumnya.

Umpamanya untuk contoh-contoh berikut:

"Ya kah, apa dia kata begitu?"

"Si Lehakah yang datang?"

Atas penjelasannya saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih.

Salam hormat,

Ahmad Shah

Dalam bahasa Melayu, terdapat kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat,  iaitu -kah, -tah dan -lah. Partikel -lah, -kah dan -tah mesti ditulis bersambung dengan perkataan sebelumnya. Untuk maklumat lanjut , sila rujuk buku Tatabahasa Dewan , halaman 261.
Tatabahasa17.04.2020
JABATAN KASTAM SABAN TAHUN MENYAMBUT HARI KASTAM SEDUNIA.TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA KAMI MENGGUNAKAN PERKATAAN " SAMBUTAN" NAMUN TAHUN DEPAN PIHAK PENGURUSAN BERCADANG MENGGUNAKAN PERKATAAN " PERAYAAN HARI KASTAM SEDUNIA".ADAKAH PENGGUNAAN ISTILAH BAHASA "PERAYAAN" ITU BETUL MENGIKUT PANDANGAN DBP.MOHON DIPERJELASKAN KEDUA-DUA ISTILAH BAHASA DI ATAS. TERIMA KASIHSambutan bermaksud penerimaan atau cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu (hari raya, tetamu, dan lain-lain), manakala perayaan bermaksud pesta utk merayakan sesuatu peristiwa, keramaian, perjamuan, seperti perayaan hari kemerdekaan. Berdasarkan makna tersebut, kata perayaan itu betul dan begitu juga dengan sambutan, oleh itu saudara boleh memilih mana satu yang hendak digunakan.Makna03.12.2008
12345678910...

Kembali ke atas