| Salam. Hi Admin, Saya ingin bertanyakan soalan berkenaan dengan ejaan sebenar Walimatulurus. Adakah ejaan sebenar adalah Walimatulurus atau Walimatul Urus? | Ejaan yang tepat ialah Walimatulurus, iaitu kenduri perkahwinan. (Rujukan: Kamus Dewan Edisi Keempat) | Ejaan | 05.02.2020 |
| Mana satukah ayat berikut benar? 1. Mengenal integer berdasarkan situasi sebenar. 2. Mengenal integer melalui situasi sebenar. Terima kasih | Ayat yang paling tepat ialah 1. Mengenal integer berdasarkan situasi sebenar. | Tatabahasa | 28.06.2011 |
| Saya ingin mendapatkan kepastian bagi perkataan kain sampin atau kain samping.Diantara dua istilah tersebut mana satu perkataan yang sebenar? | Perkataan yang sebenar ialah kain samping. | Lain-lain | 25.01.2007 |
| Maksud sebenar perkataan : larut malam | Salam sejahtera, Frasa larut malam biasanya merujuk kepada waktu dalam satu-satu hari yang sudah jauh atau lewat. Contoh penggunaannya, 'Hari sudah larut malam, marilah kita tidur.' | Makna | 01.10.2025 |
| Ejaan Sebenar Resam Uthmani Atau Rasm Uthmani | Jawapan yang betul ialah Rasm Uthmani. | Lain-lain | 10.06.2024 |
| ejaan sebenar untuk : mengambilkira | Ejaan yang betul ialah mengambil kira | Ejaan | 19.06.2023 |
| ejaan sebenar ialah menfokuskan atau mengfokuskan | Ejaan yang betul ialah memfokuskan | Ejaan | 01.08.2016 |
| ejaan sebenar sesi atau sessi | Ejaan bahasa Melayu yang betul ialah "sesi" | Ejaan | 17.07.2016 |
| ejaan sebenar bagi perkataan bandar di Raja Perak | Ejaan yang betul ialah Diraja. | Tatabahasa | 26.10.2014 |
| ejaan sebenar bagi jogaton...jogathon | Untuk makluman tuan, perkataan jogathon atau jogaton tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun merujuk sumber yang ada kita telah menerima perkataan walkaton yang disesuaikan ejaannya daripada perkataan walkathon, maka perkataan jogathon dieja sebagai jogaton dalam bahasa Melayu. | Ejaan | 03.09.2013 |