1. apakah perbezaan maksud antara ayat a)Ali menghadiahkan sebentuk cincin kepada kekasihnya. b)Ali menghadiahi sebentuk cincin kepada kekasihnya. 2. adakah buku panduan Tatabahasa Bahasa Melayu masih boleh dijadikan panduan untuk rujukkan tentang tatabahasa Bahasa Malaysia?Adakah versi yang paling baru telah dijual di pasaran? | 'Menghadiahi' digunakan untuk 'yang bernyawa' dan menghadiahkan digunakan untuk objek yang tidak bernyawa. Bagi ayat di atas, yang betulnya ialah ...'menghadiahi'... Harap maklum. | Tatabahasa | 25.05.2008 |
hai.. apakah penjodoh bilangan untuk 1 anak kunci sahaja Seen by Mohd Ridwan at 2:54pm sebentuk, sebuah atau sebiji anak kunci??? | Penjodoh bilangan untuk anak kunci boleh digunakan sebentuk atau sebatang. | Tatabahasa | 20.06.2017 |
1. Sila bina ayat untuk membezakan rangkai kata ~'ayam kari' dan 'kari ayam'. 2. Adakah ayat ini betul~Dahlan telah menyarungkan Salmiah sebentuk cincin emas. a. ayat ini boleh mempunyai dua objek? b. Adakah kita boleh menukarkan ayat ini kepada~ 'Dahlan telah menyarung sebentuk cincin emas di jari manis Salmiah' 3. Apakah maksud 'bermesyuarah'? 4. Yang manakah betul~'Klinik Pergigian Mansor' ATAU 'Klinik Gigi Mansor'? | 1. Pola yang betul ialah kari, iaitu yang diterangkan ialah kari dan yang menerangkan (jenis) ialah ayam. Ayam kari mungkin betul apabila merujuk sejenis ayam seperti ayam hutan. 2. Ayat yang betul ialah Dahlan menyarungkan sebentuk cincin emas di jari Salmah, cincin (objek tepat) dan Salmah (objek sipi) 3. Perkataan yang betul ialah bermesyuarat. 4. Klinik Pergigian Mansor dan Klinik Gigi Mansor, kedua-dua bentuk frasa ini betul. | Tatabahasa | 11.09.2015 |
Salam sejehtera. A Sultan Selangor telah mengurniakan beliau sebentuk pingat keberanian. B Ibu menghidangi lauk-pauk yang amat istimewa untuk kami pada hari ini. C Penduduk Taman Jati sentiasa mengamalkan sikap saling bantu-membantu. D Pengusaha makanan dingin beku itu memperoleh pendapatan yang lumayan. Mohon pandangan tuan, ayat yang mana betul ? Terima kasih. | Salam Sejahtera, Ayat yang betul ialah ayat D, walau bagaimanapun, istilah yang lebih tepat ialah makanan sejuk beku. Ayat A ( pembetulan- mengurniakan sebentuk pingat); Ayat B ( pembetulan- menghidangi kami) ; Ayat C (pembetulan – saling membantu). | Tatabahasa | 24.07.2018 |
mohon penjelasan berkaitan penjodoh bilangan. soalan : Ali menjumpai ................. kunci dan .............. keronsang mutiara di dalam laci almari lama neneknya. adakah sebentuk kunci dan serawan keronsang sesuai digunakan. jika tidak apakah penjodoh bilangan yang sesuai. | Kedua-dua penjodoh bilangan tersebut boleh digunakan berdasarkan bilangan dan bentuk benda tersebut. Penjodoh bilangan untuk kunci boleh juga sebatang (untuk satu) dan segugus sekiranya dalam bilangan yang banyak. Sebentuk juga boleh digunakan untuk kerongsang. | Tatabahasa | 26.07.2011 |
Salam sejahtera. Tolong bantu saya. 1) Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk kerongsang? Dalam Kamus Dewan. rawan untuk kancing baju, adakah penggunaan rawan juga sesuai untuk kerongsang? Atau, kerongsang tidak perlu ada penjodoh bilangan? 2)Yang mana satukah yang betul? a) sebentuk anak kunci, atau b) sebatang anak kunci? a) sebuah ibu kunci/mangga, atau b) sebentuk ibu kunci/mangga,atau c) tidak perlu penjodoh bilangan? 3)Adakah apa-apa kesilapan dalam ayat ini? 'Sampah sarap itu berpunca daripada sikap penduduk yang tidak bertanggungjawab' Terima kasih. | Penggunaan penjodoh bilangan lazimnya bergantung kepada bentuk fizikal bahan tersebut. Melihat kepada fizikal kerongsang penjodoh bilangan yang sesuai ialah bentuk. Walau bagaimanapun jika bentuk fizikal kerongsang seperti kancing baju maka boleh digunakan rawan sebagai penjodoh bilangannya. Begitu juga dengan penjodoh bilangan untuk anak kunci boleh digunakan sebentuk atau sebatang, lihat kepada bentuk fizikalnya. Kami telah beberapa kali menerima pertanyaan tentang soalan ini, kami cadangkan suadara rujuk kepada Majlis Peperiksaan atau Jabatan Pelajaran Negeri yang menyediakan soalan tersebut. | Tatabahasa | 03.08.2011 |
Tuan, Saya ada masalah dengan penjodoh bilangan sauh. Sebuah sauh Sebentuk sauh Sebangkar sauh Atau ada jawapan lain yg tepat. Sekian, terima kasih | Tidak semua benda menerima penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan yang paling hampir ialah sebuah. Penggunaan perkataan sauh tanpa penjodoh bilangan adalah betul. | Tatabahasa | 19.04.2015 |
Apakah penjodoh bilangan bagi kunci (satu sahaja)? | 1 kunci - sebentuk kunci. lebih daripada 1 kunci - segugus kunci | Tatabahasa | 15.04.2008 |
apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk kerongsang? | Penjodoh bilangan yang sesuai ialah sebentuk kerongsang. | Tatabahasa | 26.07.2011 |
Adakah 'seberkas' kunci itu betul? Kerana selama ini, kita hanya belajar sejambak kunci atau sebatang kunci sahaja. | Kata bilangan untuk kunci: - 1 kunci - sebentuk kunci
- lebih daripada 1 kunci - segugus kunci
| Tatabahasa | 23.03.2019 |