| Harganya tidak seberapa mahal. Harganya tidak berapa mahal. Ayat yang manakah betul? | Ayat yang betul ialah "Harganya tidak seberapa mahal." | Tatabahasa | 07.02.2024 |
| "silalah datang ke teratak hamba yang tidak seberapa ini,"kata Dang Anum kepada Dang Setia. tuan, saya tidak faham apakah kesalahan dalam ayat ini. tq | Ini ialah kata penunjuk untuk benda (tempat dan waktu) yang dekat. Jika ayat ini diubah menjadi selalah masuk ke teratak hamba yang tidak seberapa ini ..., ayat ini betul. | Tatabahasa | 20.09.2011 |
| Adakah ccra penulisan bagi rincian berikut harus bermula dengan huruf besar atau tidak? contohnya susunan berikut bagi. a. dan b. Adakah frasa pertama selepas a. huruf besar atau tidak? 3.1 Tanggungjawab Pengurusan Universiti 3.1.1 Pengurusan Universiti akan memberi komitmen, seberapa praktik yang boleh bagi: a. menyediakan dan seberapa kerap yang sesuai mengkaji semula pernyataan bertulis dasar berkenaan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja. b. memastikan sumber disediakan untuk membangun, melaksana, menyenggara dan menambah baik keselamatan dan kesihatan di USIM. Sumber yang dimaksudkan termasuklah sumber manusia, kewangan, latihan, kemudahan infrastruktur dan teknologi. | Berdasarkan Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023) halaman 50 dan 119, setiap huruf awal hendaklah menggunakan huruf besar. Tanda titik bertindih (:) digunakan sebagai penanda untuk memperkenalkan atau menambah keterangan. Cara penulisan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 3.1 Tanggungjawab Pengurusan Universiti 3.1.1 Pengurusan Universiti akan memberikan komitmen, seberapa praktik yang boleh bagi: a. Menyediakan dan seberapa kerap yang sesuai mengkaji semula pernyataan bertulis dasar berkenaan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja. b. Memastikan sumber disediakan untuk membangun ..... | Tatabahasa | 02.04.2024 |
| Dia tidak berapa pandai memandu kereta. Dia tidak seberapa pandai memandu kereta. Ayat yang manakah betul? | Ayat yang betul ialah: Dia tidak berapa pandai memandu kereta. Untuk maklumat lanjut berkaitan penggunaan perkataan berapa, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 267. | Tatabahasa | 07.02.2024 |
| apa yang betul polisim atau polisemi? bolehkah bagi contoh-contoh polisemi seberapa banyak yang boleh. | Polisemi - (Lin) sesuatu bentuk kata, ungkapan, dsb yg mempunyai lebih drpd satu makna yg bertalian rapat antara satu sama lain. Contoh: Kepala: - kepala (bhgn tubuh), kepala surat, kepala angin, kepala santan dsb. | Lain-lain | 26.06.2009 |
| Rumah di kawasan setinggan itu rapat-rapat belaka. Penggunaan "rapat-rapat" dalam ayat ini betul ? | Penggunaan "rapat-rapat" itu betul yang bermaksud "dengan seberapa rapat yang boleh atau dengan betul-betul rapat. | Tatabahasa | 30.10.2009 |
| Adakah istilah ketik gambar boleh dijadikan nama pertandingan? Jika tidak, apakah istilah yang sesuai? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud ketik ialah: 1. Mencuri (benda-benda yang tidak seberapa harganya); 2. Memagut atau menggigit 3. Berbunyi seperti bunyi mesin taip Maka penggunaan ketik gambar tidak sesuai, cadangan nama pertandingan ialah merakam gambar, mengambil gambar atau menangkap gambar. Walau bagaimanapun, menangkap gambar tidak boleh digunakan dalam ayat kerana digunakan dalam bahasa percakapan. | Makna | 09.09.2021 |
| adakah HADIAH KARYA ILMIAH DBP 2009 telah diumumkan?bila ianya akan diumumkan? | Hadiah Karya Ilmiah DBP masih belum diumumkan. Proses penghakiman telah dilaksanakan. Pengumuman tentangnya akan dibuat seberapa segera yang mungkin. | Lain-lain | 11.02.2011 |
| Assalamualaikum, perkataan TAUN adakah penyakit kolera , rujukan dalam Kamus Dewan menyatakan penyakit kolera, soalan saya adakah perkataan taun ini di ambil asalnya dari bahasa arab , pohon penjelasan dari pihak tuan seberapa segera, kerana taun dalam bahasa arab merujuk kepada sakit lain bukan kolera. | Kamus Dewan tidak menyatakan etimologi (asal usul) kata, sila rujuk ensiklopedia atau buku yang berkaitan, terima kasih. | Makna | 23.08.2008 |
| sALAM sEJAHTERA! saya ingin mendapatkan istilah yang betul bagi perkataan berikut dalam bahasa melayu & inggeris : karipap kentang, karipap sardin, koci pandan, koci labu, lopes pandan, pisang goreng/goreng pisang. Saya harap pihak tuan dapat membantu seberapa segera Terima kasih! | Encik Azfar, Bukan semua kuih-muih dalam bahasa Melayu boleh diterjemahkan. Kebiasaannya kuih-muih ini diberi huraian dalam bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Inggeris bagi beberapa kuih yang saudara kemukakan adalah seperti yang berikut: karipap kentang : currypuff with potato filling karipap sardin : currypuff with sardine filling koci pandan : a sweet pandan flavoured delicacy made of glutinous flour with coconut filling koci labu : a sweet delicacy made of pumpkin with coconut filling lopes pandan : a sweet pandan flavoured delicacy made from glutinous rice rolled in coconut and serve with a kind of brown sugar pisang goreng : banana fritters | Tatabahasa | 18.05.2010 |