Adakah 'seberkas' kunci itu betul? Kerana selama ini, kita hanya belajar sejambak kunci atau sebatang kunci sahaja. | Kata bilangan untuk kunci: - 1 kunci - sebentuk kunci
- lebih daripada 1 kunci - segugus kunci
| Tatabahasa | 23.03.2019 |
dengan sekuat-kuatnya atau sekuat-kuatnya? seberkas sayur atau seikat sayur? dengan maklumat yang diberi oleh dbp, seberkas sinonim dengan seikat. | dengan sekuat-kuatnya atau sekuat-kuatnya – kedua-duanya boleh digunakan mengikut kesesuaian ayat. Seberkas sayur atau seikat - Kedua-dua istilah ini adalah sinonim dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 01.08.2019 |
seberkas dan seikat adakah penjodoh bilangan tersebut sama ? | Menurut terjemahan daripada Istilah bahasa Melayu, istilah sumber bundle (a bundle of) bermaksud seikatan atau seberkas. Kedua-dua istilah ini adalah sinonim. | Makna | 03.07.2019 |
Salam Sejahtera. Saya ingin bertanya adakah ayat-ayat berikut betul/salah? 1. Ali menyapu sampah yang bertaburan di atas lantai. 2. Ali menyapu sampah bertaburan. 3. Adik membantu ibu memasang langsir. 4. Adik membantu ibu untuk memasang langsir. Selain itu, apakah penjodoh bilangan yang sesuai digunakan untuk surat khabar yang telah diikat? Seberkas surat khabar lama? Seikat surat khabar lama? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 1. Ali menyapu sampah yang bertaburan di atas lantai. 2. Adik membantu ibu memasang langsir. 3. Seberkas/seikat surat khabar lama. Kedua-duanya betul. | Tatabahasa | 27.02.2015 |
1.Tugas guru (ialah, adalah) mengajar murid-murid. 2. Dia (mencatat, mencatatkan) nama di dalam buku catatan. 3. Se(berkas, batang) penyapu lidi. 4. Mengapakah kebanyakan kata kerja di dalam buku teks KSSR terbitan baru DBP untuk SRJK Tahun 1 ditulis tanpa imbuhan me-? Contohnya> Mereka tanam pokok. Mereka nyanyikan lagu. Mereka kibarkan bendera. | 1. Tugas guru ialah mengajar murid-murid. 2. Dia mencatatkan nama di dalam buku catatan. 3. Seberkas penyapu lidi. 4. Terima kasih atas maklumat yang diberikan, pihak kami akan memaklumkan kepada pihak yang berkenaan tentang perkara ini. | Tatabahasa | 20.03.2011 |