Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebidang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Saya ingin tahu apakah perbezaan antara 'sehelai" dan "sekeping"? 2. Adakah penggunaan "sekeping tanah" betul? Bagaimana pula dengan "sebidang tanah"? 3. Apakah perbezaan antara "sekeping tanah" dan "sebidang tanah"? Terima kasih.
1. Menurut data kami, perkataan sehelai bermaksud satu helai manakala sekeping bermaksud satu keping.
2. Penjodoh bilangan yang betul ialah sebidang tanah.
3. Penggunaan penjodoh bilangan yang tepat ialah sebidang tanah.
Tatabahasa10.10.2017
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang penjodoh bilangan "sebidang". Adakah sesuai untuk digunakan untuk padang? sebidang padang.Penjodoh bilangan yang paling sesuai ialah sebuah padang.Tatabahasa02.03.2020
AS salam. Sebidang tanah untuk dijadikan tapak masjid diwakafkan beliau. Adakah ayat ini boleh diterima walaupun tiada perkataan ' oleh' selepas diwakafkan?Ayat "Sebidang tanah untuk dijadikan tapak masjid diwakafkan beliau" adalah betul.Tatabahasa13.05.2015
1)Cik Amy membentangkan (sehelai/sebidang/sekeping) tikar untuk tetamu-tetamunya yang baru sampai.Jawapan yang mana tepat?Cik Amy membentangkan sehelai tikar untuk tetamu-tetamunya yang baru sampai. Tatabahasa17.07.2011
apakah penjodoh bilangan untuk padang? sebidang padang ke sebuah padang?Sebuah padang.T.kasih.Lain-lain30.07.2008
Apakah penjodoh bilangan untuk tikar,selain dari sebidang.Apakah sehelai juga boleh digunakan?Penjodoh bilangan untuk tikar ialah sehelai.Tatabahasa19.07.2010
apakah penjodoh bilangan bagi tanah lapang?Penjodoh bilang bagi tanah ialah "sebidang"Tatabahasa25.09.2014
Tuan penggunaan penjodoh bilangan dalam ayat ini adakah betul? Datuk dan nenek ada sebidang kebun.

Puan Rony,

penjodoh bilangan yang digunakan adalah betul

Tatabahasa29.06.2010
Apakah penjodoh bilangan untuk, 'bidai'? Encik Nazharul menggantungkan _______ bidai di hadapan kedainys bagi menahan pancaran terik matahari. A sehelai B sebidang C sekeping D sekajang

Saudara Shevir,

Penjodoh bilangan yang sesuai ialah sekeping bidai. Walau bagaimanapun penggunaan penjodoh bilangan bergantung pada bentuk sesuatu benda, iaitu sekiranya bergulung bolehlah menggunakan segulung bidai. 

Tatabahasa03.08.2009
Salam sejahter, apakah penjodoh bilangan yang tepat untuk tikar? 1. Ibu membentangkan segulung tikar di bawah pokok sebelum menghidangkan makanan. @ 2. Ibu membentangkan sebidang tikar di bawah pokok sebelum menghidangkan makanan. Sekian, terima kasih.Penjodoh bilangan untuk tikar ialah sehelai.Tatabahasa26.12.2012
12

Kembali ke atas