Ayat mana yang betul? A) Saya memberikan ibu saya sebiji epal. B) Saya memberikan sebiji epal kepada ibu saya. dan A) Saya memberi ibu saya sebiji epal B) Saya memberi sebiji epal kepada ibu saya. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Saya memberikan sebiji epal kepada ibu saya". | Tatabahasa | 08.11.2009 |
Selamat sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penjodoh bilangan yang digunakan oleh bumi. Sebagaimana yang sedia maklum, mengikut pengetahuan saya bulan dan matahari menggunakan penjodoh bilangan 'biji'. Sebiji bulan. Sebiji matahari. Adakah bumi menggunakan penjodoh bilangan 'biji' ? | Sdr. Lye terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Untuk pengetahuan Sdr. tidak semua perkataan mempunyai penjodoh bilangannya. Matahari, bulan dan bumi memang tidak ada penjodih bilangan yang ditetapkan.terima kasih | Tatabahasa | 24.06.2009 |
Ayat mana yang betul? A) Saya memberi ibu saya sebiji epal B) Saya memberi sebiji epal kepada ibu saya. Terima kasih. | Yang betulnya ialah 'saya memberi ibu saya sebiji epal. | Tatabahasa | 10.11.2009 |
salam.apakah penjodoh bilangan yang paling sesuai untuk batu.sebiji atau seketul?Atau kedua-duanya boleh digunakan?tq | Sebiji batu dan seketul batu, kedua-duanya betul. Jika dalam saiz yang kecil lazimnya digunakan sebiji batu dan jika dalam bentuk gumpalan seperti tanah boleh digunakan seketul batu. | Tatabahasa | 10.08.2011 |
Perkataan "Sebiji Periuk" adakah perkataan yang betul? Terima kasih. | Penjodoh bilangan yang betul ialah sebuah periuk. | Tatabahasa | 08.04.2010 |
Apakah perbezaan diantara penjodoh bilangan biji dan buah? Bilakah ia digunakan.Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan, biji merupakan penjodoh bilangan bagi buah-buahan yang berbiji seperti sebiji rambutan atau sebiji durian manakala buah pula merupakan penjodoh bilangan utk benda (bentuk atau jenisnya tidak tentu) seperti sebuah rumah atau beberapa buah kerusi. | Tatabahasa | 29.09.2006 |
Penjodoh Bilangan "biji" and "buah". Yang manakah lebih sesuai - biji mangga atau buah mangga? | Menurut Kamus Dewan, biji merupakan penjodoh bilangan bagi buah-buahan yang berbiji seperti sebiji rambutan atau sebiji durian manakala buah pula merupakan penjodoh bilangan utk benda (bentuk atau jenisnya tidak tentu) seperti sebuah rumah atau beberapa buah kerusi. Jawapan yang betul ialah biji. | Tatabahasa | 13.04.2012 |
Apakah simpulan bahasa yang betul sebiji karipap atau seketul karipap | Yang betul ialah sebiji karipap. | Lain-lain | 17.11.2011 |
pasukan badminton negara telah membawa balik sebiji piala pusingan berserta hadiah wang tunai Tuan, kesalahan pada sebiji.. tuan, apakah perkataa yang sesuai digantikan. TQ | Penjodoh bilangan yang betul ialah sebuah piala. | Tatabahasa | 20.09.2011 |
Penjodoh bilangan untuk tayar: sebuah tayar atau sebiji tayar? Terima kasih | Jika mengambil kira penjodoh bilangan yang biasa digunakan ialah sebiji. Namun, tidak semua benda mempunyai/memerlukan penjodon bilangan. | Tatabahasa | 02.12.2010 |