Apakah penjodoh bilangan untuk jarum? Sebilah jarum atau sebatang jarum? | Mengikut Kamus Dewan penjodoh bilangan yang sesuai ialah bilah, sebilah jarum. Walau bagaimanapun penggunaan sebatang jarum telah mantap dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, kedua-dua penjodoh bilangan ini, iaitu sebilah jarum dan sebatang jarum diterima berdasarkan rumus dan kelaziman penggunaannya. | Tatabahasa | 22.08.2019 |
Sebatang paku atau sebilah paku. Yang mana satu betul? Tolong beri penjelasan. Begitu juga dengan sebilah kapak, sebatang cangkul. Terima kasih atas pertolongan. | Jawapan yang betul ialah sebatang paku, batang - penjodoh bilangan untuk benda-benda yang panjang seperti rokok dan cangkul, manakala bilah - penjodoh bilangan untuk benda-benda yang tipis dan panjang seperti pisau, keris dan pedang. Lazimnya dalam penggunaan harian sebatang paku yang digunakan. | Tatabahasa | 26.08.2010 |
Pak Abu menggunakan sebilah parang pendek untuk ............... dahan pokok itu. Yang manakah jawapan paling tepat; MEMOTONG / MENCANTAS / MEMANGKAS | Pak Abu menggunakan sebilah parang pendek untuk mencantas/memangkas dahan pokok itu. | Tatabahasa | 09.05.2012 |
sepasang gunting atau sebilah gunting? | Tidak semua benda menerima penjodoh bilangan. Gunting tiada penjodoh bilangan yang khusus. Penjodoh bilangan yang paling hampir bagi gunting ialah sebilah. | Tatabahasa | 28.08.2013 |
Penjodoh bilangan untuk jarum ialah sebilah, sepucuk atau sebatang? Saya mengalami masalah kerana dalam buku yang berlainan jawapan yang diberi berlainan. Ada buku yang mengutarakan jawapan A. sebilah B. sebatang C.Sepucuk. Jadi, murid mengalami masalah memilih jawapan. Harap pihak DBP boleh membantu. | Menurut Kamus Bahasa Melayu, maksud bilah ialah penjodoh bilangan untuk benda-benda yang tipis dan panjang seperti pisau atau keris. maksud batang pula ialah penjodoh bilangan bagi benda yang panjang-panjang manakala batang pula ialah penjodoh bilangan bagi surat (senjata api dan lain-lain. Maka jawapan yang tepat bagi penjodoh bilangan jarum ialah sebatang jarum. | Pembinaan Bakat | 10.09.2019 |
sebatang pendayung atau sebilah pendayung? | Penjodoh bilangan yang betul ialah sebatang pendayung. | Tatabahasa | 10.10.2012 |
Yang mana tepat, sebilah jarum atau sebatang jarum? | Yang tepat ialah sebatang jarum. | Lain-lain | 23.10.2009 |
Yang manakah yang betul? 1 sebatang cangkul atau sebilah cangkul 2 Beliau merupakan Guru Besar SK Bayan Permai atau Beliau merupakan guru besar SK Bayan Permai Terima kasih | 1. Sebatang cangkul. 2. Beliau merupakan Guru Besar SK Bayan Permai. | Lain-lain | 01.05.2007 |
Berdasarkan gambar, seorang pekerja sekolah sedang ( ) pokok bunga dengan sebilah gunting besar. A. memangkas B. mencantas | Sila rujuk visual, memangkas bermaksud memotong hujung tumbuh-tumbuhan supaya pendek dan mencantas bermaksud memancung sesuatu dengan benda tajam dengan sekali ayun. | Tatabahasa | 17.03.2014 |
se______ gunting a. pasang b. bilah terima kasih | Jawapannya ialah sebilah gunting | Tatabahasa | 17.07.2019 |