1) penjodoh bilangan yang sesuai bagi jarum dan cangkul?? 2) ibu menjahit sepasang baju menggunakan seutas/selembar/sebuku benang...yang mana jawapan yang paling sesuai? apakah perbezaan seutas,selembar,dan sebuku... | 1. sebatang cangkul, sebatang jarum. 2. Utas penjodoh bilangan yang digunakan bagi rantai (termasuk jam tangan dalam bentuk rantai), tali dan benang. Lembar penjodoh bilangan bagi tali atau benang. 2 penjodoh bilangan untuk benda yang panjang atau yang luas bidangnya (tali, benang, kertas dll). tali atau benang. Buku pula penjodoh bilangan untuk benda berbongkah seperti sebuku sabun, sebuku benang. Penjodoh bilangan yang sesuai ialah sebuku benang. | Tatabahasa | 10.08.2014 |
Selamat sejahtera, Apakah perbezaan antara selembar benang dengan sebuku benang? Terima kasih. | Selembar benang bermaksud benang dalam saiz yang panjang dan sebuku benang bermaksud benang dalam saiz berbongkah. | Tatabahasa | 27.06.2016 |
Lizalawati Marzuki Aug 28th, 6:30pm assalamualaikum. ..nak tanya tentang penjodoh bilangan utk kek.... sebiji kek @ sebuku kek... terima kasih. | Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Aug 28th, 7:13pm Wa`alaikumussalam. Terima kasih bersahabat dengan FB DBP. Alangkah mudahnya jika persoalan ini diselesaikan secara maya di http://prpm.dbp.gov.my dengan cara menaip "sebiji kek" dan klik pada ikon cari dan klik pada Khidmat Nasihat dan akan terpapar jawapan di sana. Sungguhpun begitu, disertakan juga jawapan kepada persoalan anda. Penjodoh bilangan bagi kek bergantung pada bentuknya. Boleh digunakan sebiji kek (jika kek itu belum dipotong) ataupun sepotong kek. Moga ini membantu. Terima kasih. | Tatabahasa | 28.08.2014 |
1)Istilah manakah yang sesuai untuk serpihan kaca?:- a) bertaburan b)berhamburan c) berserak-serakan 2) Apakah penjodoh bilangan untuk satu buku kupon/tiket? a) sebuku b) senashkah 3) Manakah antara berikut yang betul penggunaannya? a) membeli banyak hadiah b) banyak membeli hadiah | 1. bertaburan atau berserakan. 2. keping. 3. membeli banyak hadiah. | Tatabahasa | 08.10.2009 |
Adakah penggunaan buku dalam ayat ini betul? Simon pergi ke kedai untuk membeli sabun buku. | Buku ialah penjodoh bilangan untuk benda yang berbongkah seperti sabun. Ayat yang lebih tepat ialah "Simon pergi ke kedai untuk membeli sebuku sabun". | Tatabahasa | 13.04.2013 |