Salam sejahtera, Nenek menjalani pemeriksaan berkala sebulan sekali di klinik kesihatan. sebulan sekali atau sekali sebulan? Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul ialah “Nenek menjalani pemeriksaan berkala sebulan sekali di klinik kesihatan”. | Tatabahasa | 03.04.2024 |
Yang manakah betul? A Saya melancong sekali sebulan. atau B Saya melancong sebulan sekali. Juga A Kamu makan di luar dua kali sebulan. atau B Kami makan di luar sebulan dua kali. | Kesemua ayat tersebut boleh digunakan tertakluk pada konteks penggunaannya. | Tatabahasa | 06.11.2023 |
Sebulan telah berlalu, saya cuma ingin tahu status manuskrip Memori Silam 1 dan Memori Silam 3. Terima kasih. Saya difahamkan ia hanya memakan masa 1 bulan untuk penilai menyatakan manuskrip tersebut layak diterbitkan atau tidak. Terima kasih. | Manuskrip saudara telah diterima dan akan dibawa ke mesyuarat penilaian Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sasera Kanak-kanak, dan seterusnya akan dihantar kepada penilai luar, sekiranya kedua-dua mesyuarat dan penilai luar mendapati karya saudara layak untuk diterbitkan, pihak kami akan membawanya ke mesyuarat Jawatankuasa Editorial. | Lain-lain | 18.06.2009 |
As-salam, Sukacita sekiranya DBP dapat menyemak penggunaan perkataan 'sebulan sekali' seperti ayat di bawah. Adakah lebih tepat 'setiap bulan sekali'? Terima kasih. Hisham Ishak Mahkamah memerintahkan atas persetujuan bersama bahawa Defendan hendaklah membayar segala keperluan berkaitan persekolahan anak-anak tersebut untuk sebulan sekali dengan jumlah kos sekurang-kurangnya RM100 untuk setiap orang anak. | Sebulan sekali dan setiap bulan sekali membawa maksud yang sama. Ayat yang lebih gramatis ialah Mahkamah memerintahkan atas persetujuan bersama bahawa Defendan hendaklah membayar segala keperluan berkaitan persekolahan anak-anak tersebut sekali pada setiap bulan dengan jumlah kos sekurang-kurangnya RM100 untuk setiap orang anak. | Tatabahasa | 06.08.2018 |
Adakah ayat ini ada bermasalah? Pihak kami menjangkakan kerja-kerja penebangan ini akan dilakukan selama sebulan,namun kita yakin akan dapat diselesaikan awal. | Cadangan ayat yang betul ialah Pihak kami menjangkakan kerja-kerja penebangan ini akan dilakukan selama sebulan dan kami yakin akan dapat menyelesaikan kerja ini dengan lebih awal. | Tatabahasa | 09.07.2021 |
Assalamualaikum, Saya ingin mohon bantuan daripada pihak DBP berkaitan penggunaan perkataan yang betul bagi ayat di bawah: - Sebulan sahaja lagi majlis konvokesyen dan saya terpaksa melangkah keluar dari@daripada dunia kolej dan memasuki semula dunia sebenar. Persoalan saya, mana satukah penggunaan kata sendi yang betul dalam ayat di atas, sama ada dari ataupun daripada. Bantuan dan kerjasama daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. | Sebulan sahaja lagi majlis konvokesyen dan saya terpaksa melangkah keluar daripada dunia kolej dan memasuki semula dunia sebenar. Daripada - menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda dan unsur mujarad. | Sastera | 16.11.2011 |
Mohon Pengesahan Bahasa untuk ini. semua cek hendaklah dibuat atas nama ini Cetak Master. Kami berhak untuk mengenakan faedah @ 1.5% sebulan jika bayaran tidak dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh invois. | Berikut merupakan ayat yang telah dipinda: Semua cek hendaklah dibuat atas nama Cetak Master. Kami berhak untuk mengenakan faedah sebanyak 1.5% sebulan sekiranya bayaran tidak dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh invois. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.02.2015 |
Tuan, Minta memberi ulasan, perkataan-perkataan berikut dilihat sangat relevan dan menepati makna pada tempat pengunanya dan mudah difahami. Tepi ia masih tidak mantap status dalam kamus Melayu, antaranya: 1) (Pembaikian) rumah itu memakan masa sebulan. 2) (Perasmi) majlis ialah YB Lee. 3) DYMM Raja perempuan Kelanta (mengampuni perkenan) untuk mencemar duli melawat sekolah kita. 4) Dia ingin tahu (duduk) perkara sebenar. Terima kasih. frpd: liahhooi | Encik Lee, Berikut dikemukakan ayat yang mengikuti tatabahasa Melayu yang betul; (1) Jangkamasa membaik pulih rumah itu memakan masa sebulan. Atau; Jangkamasa pembaikan rumah itu memakan masa sebulan. (Rujuk makna kata "pembaikan"; perihal (perbuatan, usaha, dsb) membaikkan atau membaiki; ~ tanah perbuatan) (2) Perasmi majlis itu ialah YB Lee. atau Majlis itu dirasmikan oleh YB Lee. (Rujuk makna perasmi ialah orang yang merasmikan majlis ). (3) DYMM Raja Perempuan Kelantan perkenan untuk mencemar duli melawat sekolah kita. perkenanizin (keizinan), kelulusan, kerelaan, persetujuan; ~ diraja persetujuan rasmi yg diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan, Yang Dipertua Negeri dsb. (4) Dia ingin tahu akan kedudukan perkara sebenar. ( Makna kedudukan keadaan yg sebenarnya (bkn sesuatu hal dll): | Tatabahasa | 13.03.2009 |
No permohonan 86389/2020 Permohonan kami sudah melebihi sebulan tetapi tiada kelulusan diberikan. Kami telah perbetulkan kesalahan ejaan pada papan tanda kami. Tolong luluskan permohonan kami secepat mungkin. Pembetulan telah dihantar 4 hari yang lepas. | Berdasarkan semakan daripada pihak kami, permohonan iklan tuan telah pun diluluskan pada5/11/2020 yang lalu. Sila cetak sijil pengesahan tersebut. Tuan/puan perlu mengklik ikon cetak (berwarna merah) di sebelah kanan permohonan yang berstatus lulus. Terima kasih. | Lain-lain | 05.11.2020 |
TIADA BANDINGAN Internet 10Mbps + 50 Saluran TV RM98.99 sebulan | Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama tuan/puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. | Lain-lain | 12.03.2014 |