Selamat pagi... 1. Bagaimanakah cara menyebut perkataan "tragedi" dan "teknologi" ? Adakah sebutannya tragedi atau trajedi ? Adakah sebutannya teknologi atau teknoloji ? 2. Adakah perkataan "berjawab, berjahit, berbasuh" termasuk dalam kategori kata kerja pasif ? Contoh ayat : Bajunya belum berbasuh. | Sebutan yang betul ialah tra-ge-di, tek-no-lo-gi. Perkataan tersebut kata pasif. | Lain-lain | 31.01.2010 |
1. Apakah sebutan yang betul bagi perkataan ‘taman eko’? Adakah sebutannya ‘eh-ko’ atau ‘eee-ko’? 2. Apakah sebutan yang betul untuk ‘generasi’? Adakah sebutannya ‘jeh-ne-ra-si’ atau ‘ge-ne-ra-si’? 3. Apakah istilah yang sesuai untuk ‘art teacher?’ Bolehkah ‘guru seni lukisan’ diterima? | Sebutan yang betul ialah "eko" dan "generasi". Padanan bahasa Melayu "guru seni lukis bagi perkataan "art teacher" boleh digunakan. | Ejaan | 03.04.2021 |
Bagaimanakah ejaan sebenar perkataan "resensi" (buku), yang boleh dengan lebih jelas menunjukkan cara sebutannya? 1) résénsi atau 2) resénsi Jika boleh, mohon sertakan juga rakaman audio cara sebutannya. | Sebutan bagi resensi ialah (résénsi), iaitu kedua-dua huruf e dalam perkataan tersebut merupakan e taling. Buat masa ini kami tidak mempunyai rakaman audio tentang cara sebutan sesuatu perkataan. | Ejaan | 27.05.2022 |
ejaan perkataan dalam tulisan jawi : Smart | Tulisan Jawi untuk "smart" bergantung kepada sebutan yang tuan pilih. Jika sebutannya tanpa bunyi "R" ejaannya سمت tetapi jika sebutannya ada bunyi "R" ejaannya ialah سمرت | Ejaan | 19.10.2016 |
Assalamualaikum tuan. Berdasarkan entri kata "fasih" dalam kamus merujuk maksud berikut:Definisi : 1. lancar dan baik sebutannya (ketika bercakap-cakap), petah; ~ lidah = berlidah ~ lancar dan mudah bercakap, pandai berkata-kata; 2. lancar dan baik sebutannya (apabila bertutur dlm sesuatu bahasa lain), petah: ~ berbahasa Perancis; memfasihkan menjadikan fasih (berkata-kata atau bertutur dlm sesuatu bahasa), memetahkan; kefasihan perihal fasih, kepetahan: ~nya bertutur dlm bahasa Melayu membanggakan kami; ~ berkata-kata. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Mohon penjelasan tuan, bagaimanakah istilah "fasih digital" atau "kefasihan digital" diwujudkan dan apakah rasional memilih perkataan "fasih" bagi istilah tersebut? | Istilah kefasihan digital terbentuk daripada istilah sumber digital fluency. Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, kefasihan (kelas kata nama) bermaksud hal atau keadaan fasih yang merujuk kata sumber fluency. Fasih mempunyai takrifan yang ketiga (3), iaitu tahu benar tentang sesuatu bidang. Oleh sebab itu, padanan istilah bahasa Melayu kefasihan digital menepati konsep digital fluency. | Istilah | 10.01.2024 |
Manakah yang betul, "tag" atau "teg" untuk terjemahan "tag" dalam bahasa Inggeris. Jika "tag" yang betul, bagaimana sebutannya, /tag/ atau /teg/? Jika "teg" yang betul, kenapa dalam istilah Teknologi Maklumat digunakan "tag"? Terima kasih | Ejaan yang betul ialah tag dan sebutannya ialah [tag]. | Ejaan | 09.03.2011 |
Kenapa perlu dimelayukan perkataan inggeris namun sebutannya dalam bhasa melayu seperti suspek dan bukannya saspek. | Peminjaman usur-unsur bahasa asing merupakan kelaziman. Peminjaman dilakukan kerana beberapa faktor, antaranya termasuklah: tiada perkataan dalam BM dan keperluan memberikan nama am atau khsusus kepada benda, perkara (fenomena) dan perkataan BM belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing. Walau bagaimanapun sebutan kata pinjaman adalah seperti ejaan, jika suspek, sebutannya juga suspek (bukan saspek). | Istilah | 15.07.2016 |
fogging machine dalam Bahasa Malaysia : adakah sebutannya mesin kabut atau mesin penyembur kabut Terima kaish | Cadangan terjemahan untuk fogging machine ialah Penyembur Kabut. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.07.2022 |
Salam. Apabila menyebut istilah (akronim Local Area Network), adakah sebutannya "lan", "lén", atau "él éi én" (sebutan setiap huruf)? Terima kasih. | Sebutan yang betul ialah "LAN." | Lain-lain | 04.05.2022 |
Apakah cara yang betul untuk menyebut perkataan "label"? Adakah sebutannya sama dengan sebutan Bahasa Inggeris? Bolehkah tunjukkan di mana tempat untuk merujuk cara menyebut perkataan Bahasa Melayu dengan betul? Terima kasih. | Cara menyebut perkataan label ialah [la.bel]. Sebutan bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain didasarkan kepada pedoman umum yang menghendaki supaya setiap huruf dilafazkan menurut nilai bunyinya dalam bahasa Melayu. Saudara boleh merujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi untuk sebutan bahasa Melayu yang betul. | Ejaan | 28.07.2021 |