| secarik baju perkataan ini boleh tak carik boleh digunakan dalam baju? | Carik bermaksud cabik atau koyak memanjang atau berlubang-lubang kecil yang biasanya merujuk kepada kain, kertas dan lain-lain. Perkataan secarik pula merupakan penjodoh bilangan. Berdasarkan makna tersebut, penggunaan secarik baju tidak betul, sebaliknya yang betul ialah secarik kain. | Makna | 17.10.2021 |
| Ali menggunakan secebis/secarik kain untuk membalut luka? adakah penjodoh bilangan cebis dengan carik membawa maksud yang sama? terima kasih. | Cebis sama maksudnya dengan carik, iaitu potongan kecil. Oleh itu, cebis dan carik kedua-duanya betul dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 16.06.2013 |
| Jawapan mana yang paling tepat ? 1. Kakak mengambil ____________ kain untuk menampal baju adik yang koyak. ( secarik/ secebis ) 2. "_______________ kaki dan tangan sangat penting bagi memastikan sesuatu permainan badminton itu baik," kata Razif Sidek. ( Gerakan / Pergerakan / Penggerakan / Menggerakkan ) | 1. Yang paling sesuai dengan pilihan yang diberikan ialah 'secebis' kain. Namun yang paling sesuai dengan ayat ini ialah sepotong kain. 2. Pergerakan kaki dan tangan..... | Tatabahasa | 25.09.2008 |